Kenikmatan Kurma Milk Fruit Cocktail, Segar Dan Mengenyangkan

Share

Sahur kadang kala buat anda blur sekejap nak masak apa yang semua boleh makan. Tapi jika anda yang sedang berdiet atau nak menjaga usus, minum ini sudah memadai dan mengenyangkan. Jom try ni. Tak perlu yang lain , ini dah cukup untuk anda.

Kurma milk fruit cocktail
Bahan-bahannya
1 sudu besar buah epal merah -didadu kecil.
1 sudu besar buah Mangga -didadu kecil
3 biji isi buah kurma
2 sudu besar isi nata de coco tanpa air
2 sudu besar madu
1/3 cawan susu fullcream.
1 sudu surya cuka kurma sider


Sedikit air batu.

Cara membuat:
1. Masukkan madu ke dalam cawan hidangan.
2. Masukkan cuka kurma sider, isi buah kurma dan susu fullcream. Kacau sehingga sebati.


3. Masukkan buah mangga, buah epal, nata de coco dan sedikit air batu.
4. Kacau sekali lagi sehingga mesra.
5. Siap untuk dihidang.

Kredit:Amir Gani

Published by
Putri Adila Saari