Ada lebihan ubi kentang di dapur. Nak buat karipap kentang macam dah bosan. Jadi kita buat lah menu minum petang iaitu kentang berinti ni. Untuk menyediakan kentang berinti ni kita perlu sediakan doh kentang dan juga intinya. Inti lebih sedap menggunakan daging cincang.
Resipi doh kentang
Bahan-bahan:
1/2 kg kentang
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar butter
Cara membuat:
1.Kentang dibuang kulit dan dibelah enam.Rebus kentang bersama garam.bila kentang dah lembut, angkat dan toskan.
2.Hancurkan kentang (macam nak buat mashed potato) dan uli bersama tepung gandum, butter dan telur.
3.Bila dah siap uli, bulatkan doh kecil-kecil.dohnya agak lembik.masa nak isikan inti golekkan doh pada sedikit tepung gandum supaya tak melekat sangat pada tangan.
4.Isikan inti ke dalam doh. Tekan doh supaya leper sedikit. goreng di atas kuali dan balik-balikkan sehingga agak garing.
Resipi Inti
Bahan-bahan:
200g daging cincang
1 labu bawang besar
1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar rempah kari ayam
1 mangkuk mixed vege
serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI
garam
Cara memasak:
1.Potong bawang besar dan tumiskan bersama sedikit minyak
2.Masukkan daging cincang.biarkan seketika.
3.Masukkan sos tiram, rempah kari dan mixed vege.
4.Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan garam.
5.Kacau rata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan.
(Nota:Minyak untuk menggoreng kentang berinti tak perlu banyak.Cukup sekadar separuh tenggelam sahaja)
Kredit: Zainoor Aliza Ali
INGIN MENUKAR HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR BARU, BOLEH LIHAT DI SINI