Lauk kentang dan bilis berlada ni boleh dikatakan sebagai lauk legend yang mudah nak disediakan. Goreng je kentang dan ikan bilis kemudian tumis dengan bawang dan lada.
KENTANG DAN BILIS BERLADA
Bahan-bahan
100 gram ikan bilis (digoreng garing)
3 biji ubi kentang (dipotong baji dan digoreng)
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
1/2 sudu teh garam
Bahan kisar
100 gram cili merah (dikisar)
50 gram cili padi merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 helai limau purut (dikisar)
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Kicap Mak Ros. Pekat, Likat, Memang Sedap.
Sambal Kicap Mak Ros ni memang power. Kalau nak belajar buat Sambal Kicap yang sedap, inilah resipinya. Menerusi perkongsian FB saudari Zee Azean Widawati, Sambal Kicap ini adalah resipi rahsia ibunya iaitu Puan Rossilawati Bt Ya’aman dan memang disukai ramai. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Memang sedap kalau makan bersama Mi Sup, Tempe, Tauhu dan pisang goreng.
CARA BUAT SAMBAL KICAP MAK ROS
BAHAN-BAHAN:
- 50 biji cili padi
- 10 ulas bawang putih
- 3 sudu makan gula
- Kicap secukupnya – bergantung pada kehitaman sambal yang anda nak
- 5 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan serbuk cukup rasa
- Air masak – jumlah ikut kepekatan yang dikehendaki
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan semua bahan dan kisar hingga halus.
2. Jika guna kicap manis, boleh tambah secubit haram. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.
3. Andai mahukan sambal kicap yang pekat likat, jangan letak banyak air. Seimbangkan kepekatannya.
4. Tuang sambal kicap dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan berbulan-bulan.
5. Enak dinikmati bersama aneka hidangan seperti sup, makanan bergoreng dan sebagainya.
Kredit resipi & foto: Zee Azean Widawati
Siap Tak Sampai 5 Minit, Mudah Nak Buat Sambal Toktok Jawa Tumis
Bila sebut perihal sambal, orang kita memang favourite nombor satu! Makan nasi wajib ada sambal. Lagi-lagi orang yang sukakan makan pedas.
Resipi homemade sambal toktok Jawa tumis oleh Razalina Baharudin ini memang mengancam! Letak pula atas ayam bakar memang sedap dan terangkat.
Cara nak menyediakan pun mudah saja. Jom kita cuba!
HOMEMADE SAMBAL TOKTOK JAWA TUMIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang Holland – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
1 biji tomato
4 tangkai lada besar merah – beli online di sini
2-3 tangkai lada besar hijau
30 tangkai cili padi – beli online di sini
50g @ segenggam ikan bilis – beli online di sini
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
TONTON Kue Teow Goreng | Dapur Rasa Live
CARA MEMASAK:
1. Cuci semua bahan di atas.
2. Potong-potong semua bahan.
3. Goreng dalam sedikit minyak untuk mendapatkan kesan karamel (caramelized) pada semua bahan yang telah dipotong dan ikan bilis menjadi rangup.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Kemudian kisar kasar semua bahan tadi.
5. Setelah itu masukkan semula bahan yang telah dikisar kasar tadi dalam kuali untuk ditumis.
6. Masukkan bahan perasa, garam, gula dan air asam jawa mengikut selera masing-masing.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Jangan tumis terlalu lama untuk mengelakkan warna lada bertukar layu. Padam api setelah pecah minyak.
8. Sesuai dimakan bersama ayam goreng dan ulaman serta tauhu goreng.
Kredit resipi: Razalina Baharudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
5 Resipi Kuih Melayu Dengan Olahan Baru, Sesuai Minum Petang
Ini Tipnya NakTelur Rebus Menjadi Dengan Cantik & Senang Dikupas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Chili Oil Yang Pedas ‘Giler’, Guna Cili Jenis Ini. Makan Dengan Apa Pun Sedap
Chili oil ini memang boleh jadi penyedap hidangan, kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, kena ada. Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.
Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih dan elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.
Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap
Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!
Bahan-bahan
100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili
Cara membuat
1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai di atas kuali sehingga merah gelap. Sejukkan dan kisar sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca
2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.
3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.
4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.
5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.
6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.
Selamat mencuba
Sumber: Mary Teo Lee Na.