
Isi Kandungan
ToggleKentang parmesan rangup ini sangat mudah yang mudah untuk disediakan. Anak-anak pun laju je makan kudapan ini. Ses
Suai dijadikan kudapan selepas solat tarawih atau ketika menonton TV bersama famili. Bagi yang tak suka makan makanan berat masa bersahur, boleh makan ini juga. Sedap.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Khadijah Jaafar ini ye.
Kentang Parmesan Rangup
Bahan-bahan:
Ubi kentang
Keju parmesan – boleh beli online di sini
Rosemary – boleh beli online di sini
Parsley – boleh beli online di sini
Serbuk bawang putih
Cara Memasak:
Panaskan oven pada 200 C. Gaulkan ubi kentang dengan minyak zaitun. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Bahan-bahan itu boleh agak mengikut kuantiti dan cita rasa sendiri.
Lapikkan tray dengan baking paper dan sapukan dengan minyak. Kalau nak mudah gunakan cooking spray boleh dapatkan di kedai bakeri.
Susun ubi kentang di atas tray. Bakar di dalam oven selama 40-45 minit. Selepas 30 minit, balik-balikkan kentang supaya kedua-dua bahagian masak rangup sekata.
Siap dan boleh dihidangkan. Kentang tetap kekal rangup walaupun dah sejuk. Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Begini Buat Tauhu Sumbat Ayam Lada Hitam Sedap dan Menyelerakan
Crab Rangoon Cicah Sos Creamy Hijau Ala Thai, Satu Memang Tak Cukup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Biji-bijian Super Sihat Ni , Harus Anda Jadikan Snek Ringan . Usah Makan ‘Jajan’ Lagi…

Isi Kandungan
ToggleBiji-bijian yang asalnya adalah dari biji benih mempunyai segala khasiat mencukupi untuk ia tumbuh membesar menjadi tumbuh-tumbuhan. Jadi bila dijadikan makanan dan snek ringan memang penuh nutrisi.
Eloknya dipanggang atau disangai aje, jangan pula ditambah gula. Buat sendiri lagi terbaik, beli biji-bijian mentah buat sendiri, Dah tentu tak ada perasa, gula atau garam berlebihan. Barulah kekal khasiatnya.

Snek ringan ini memang kaya dengan sumber serat. Ia juga mengandungi asid lemak tak tepu iaitu asid lemak sihat monounsaturated dan lemak polyunsaturated serta banyak kandungan vitamin, mineral dan anti oksidan.
Ia boleh menjadi sebahagian amalan diet sihat terbaik yang dipercayai boleh mengurangkan paras gula darah, kolestrol dan tekanan darah.
Jom semak 6 biji-bijian super sihat nih :
*RDI merujuk kepada pengambilan nutrisi mencukupi untuk keperluan tubuh sihat, Amerika Syarikat)
1. FLAXSEEDS ( Biji flaks )

Flaxseeds adalah sumber serat dan asid lemak omega 3 yang baik terutamanya asid alpha linolenic (ALA). Bagaimanapun asid lemak omega 3 ini hadir dalam kulit luar biji yang sukar dihadam oleh manusia. Cara terbaik eloknya dimakan flaxseed yang sudah dikisar (serbuk).
Setiap 28m flaxseeds mengandungi nutrisi :
Kalori : 152
Fiber : 7.8gm
Protein :5.2gm
Lemak Monounsaturated (tak tepu) : 2.1gm
Lemak Omega 3 : 6.5gm
Manganese : 35 % daripada RDI (Reference Daily Intake )
Thiamin (vitamin B1) : 31% daripada RDI
Magnesium : 28 % daripada RDI
Flaxseeds juga mengandungi beberapa polyphenols berbeza terutamanya lignan yang bertindak sebagai anti oksidan di dalam tubuh.
Lignan seperti juga serat dan lemak omega 3 kesemuanya membantu mengurangkan kolestrol dan beberapa faktor risiko penyakit jantung. Kajian mendapati flaxseeds boleh menurunkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam badan.
Terdapat kajian yang menunjukkan ia boleh menurunkan tekanan darah jika dimakan setiap hari selama lebih dari 12 minggu. Khasiat lain ia juga dipercyai boleh mengurangkan risiko kanser.
Lignan di dalam flakseeds juga mengandungi phytoestrogens yang mempunyai persamaan dengan hormon estrogen wanita jadi ia boleh mengurangkan pertumbuhan tumor kanser payu dara. Juga ia diyakini dapat mengurangkan paras gula darah dan mengurangkan risiko diabetis.
2. BIJI CHIA

Pernah dengar biji chia. Anda boleh juga memasukkan dalam minuman. Kaya dengan serat dan omega 3 di samping nutrisi lain.
Setiap 28gm biji chia mengandungi nutrisi :
Kalori : 137
Fiber/serat : 10.6gm
Monounsaturated Fat (lemak tak tepu) : 0.6gm
Lemak omega 3 : 4.9gm
Lemak omega 6 : 1.6gm
Thiamine (vitamin B1) : 15% daripada RDI
Magnesium : 30 % daripada RDI
Manganese : 30 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga dikatakan mengandungi antioksidan penting polyphenols. Menariknya terdapat kajian yang menyatakan biji chia boleh meningkatkan paras ALA iaitu asid lemak omega 3 yang boleh menurunkan keradangan.
Biji Chia juga dipercayai dapat menurunkan paras gula darah. Biji chia yang sudah dikisar menjadi serbuk boleh dimakan sebaik selepas makan untuk menurunkan gula darah dengan lebih efektif.
Manfaat lain adalah ia boleh mengurangkan selera makan , baik untuk mereka yang berdiet. Dan boleh mengurangkan penyakit jantung.
Lebih mengagumkan biji chia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan akibat bahan kimia yang diambil oleh tubuh.
3. BIJI BIJAN

Di negara barat dan Timur Tengah bijan dikenali sebagai tahini.
Setiap 28gm bijan mengandungi nutrisi :
Kalori : 160
Fiber/ serat : 3.3 gm
Protein : 5gm
Lemak Monounsaturated (lemak tak tepu) : 5.3gm
Omega 6 : 6gm
‘Copper’ : 57% daripada RDI
Manganese : 34% daripada RDI
Magnesium : 25 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga mengandungi banyak lignans, dan salah satunya disebut sesamin. Sebenarnya bijan adalah sumber terbaik lignans.
Sesamin dalam bijan boleh bertukar menjadi sejenis lignan yang lain iaitu enterolactone oleh bakteria baik dalam usus. Ia bertindak seperti hormon seks estrogen yang berkait boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser payu dara.
Ada kajian yang menyatakan wanita pos-menopos yang memakan 50gm serbuk bijan setiap hari selama lima minggu dikatakan mengalami kadar penurunan kolestrol dalam darah dan meningkatkan status hormon seks.
Bijan juga dipercayai menurunkan keradangan dan ketegangan oksidatif termasuk arthritis dan kerosakan otot.
4. BIJI LABU

Biji labu rasanya lemak manis memang jadi kegemaran. Tapi bukan yang putih tu ya, yang masin betul tu. Tu dah diproses
Ia sumber yang kaya dengan fosforus, lemak monounsaturated dan Omega 6.
Setiap 28gm biji labu mengandungi nutrisi :
Kalori : 151
Fiber : 1.7gm
Protein : 7gm
Lemak monounsaturated (lemak tak tepu) : 4gm
Lemak Omega 6 : 6gm
Manganese : 42% daripada RDI
Magnesium : 37% daripada RDI
Fosforus : 33% daripada RDI
Biji labu adalah sumber yang baik mengandungi phytosterols yang boleh membantu menurunkan kolestrol darah.
Dikatakan mereka yang mengambil biji labu dan biji bunga matahari menunjukkan pengurangan risiko kanser payu dara. Dan juga mengurangkan risiko batu karang dengan menurunkan jumlah kalsium dalam air kencing.
Kajian menunjukkan minyak biji labu boleh membantu memperbaiki simpton gangguan prostat dan pundi kencing. Di kalangan wanita post menopos pula baju labu juga dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah, meningkatkan HDL kolestrol (baik) dan mengatasi masalah simpon menopos.
5. BIJI BUNGA MATAHARI

Biji bunga matahari mengandungi jumlah protein, lemak mounounsaturated, dan Vitamin E.
Setiap 28gm biji bunga matahari mengandungi nutrisi :
Kalori : 164
Fiber/serat : 2.4gm
Protein : 5.8gm
Lemak monounsaturared (lemak tak tepu) : 5.2gm
Lemak Omega 6 : 6.4gm
Vitamin E : 47% daripada RDI
Manganese : 27% daripada RDI
Magnesium : 23% daripada RDI
Biji bunga matahari sering dikaitkan dengan penurunan keradangan di kalangan orang pertengahan usia dan warga emas. Bijian ini dikatakan boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Terdapat kajian yang mendapati memakan biji labu boleh mempengaruhi parass kolestrol darah di kalangan wanita post menopos yang mengalami diabetes tahap 2.
Didapati diet biji bunga matahari mengurangkan triglycerides di dalam darah lebih dari memakan badam. Bagaimana pun, biji bunga matahari juga turun menurunkan paras HDL kolestrol (baik), bermakna ia mengurang kan kedua-dua kolestrol baik dan jahat.

Kesemua biji-bijian ini juga boleh ditambah ke dalam salad, yogurt, sajian oat dan ‘smoothies’ selain dijadikan snek ringan.
Cucur Udang Geragau Inspirasi Resipi Baba Nyonya, Padu Rasa Dia!

Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
- 200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
- 2 sdt serbuk penaik (baking powder)
- 1 sdt serbuk kunyit
- 1 sdt serbuk cili
- 1 gelas (230 ml) air
- 4 sdb udang geragau kering
- Sebiji bawang besar (hiris halus)
- Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
- Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
- 1/2 batang lobak merah (sagat halus)
- 3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
- Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
- Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
- Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota:
– Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
– Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Kongsi resipi: Noor Ashikin
Rujukan: Bull Bull (Baba Nyonya Recipe Sharing Group)
Cara Senang Buat Bawang Putih Goreng Crunchy & Tak Pahit

Resipi bawang putih goreng, kerepek rangup sedap dan crunchy ini bagus membuang angin dalam badan.
Namun, jika salah cara membuat bawang putihnya terlebih garing dan pahit. Sebenarnya, nak goreng bawang putih jadi rangup, cantik dan tak pahit jika kena dengan caranya.
Jom kita buat mengikut cara yang dikongsi Masfaliza Ab Jaafer.
BAWANG PUTIH GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih (ikut berapa banyak ingin digunakan & kalau boleh, pilih saiz yang besar) – beli online di sini
Garam
Minyak untuk menggoreng – beli online di sini
Tepung gandum (optional) – beli online di sini
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
TONTON Spageti Sos Rendang | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Pilih bawang yang besar-besar bagi memudahkan kerja nanti. Leraikan, kemudian rendam dengan air selama 15 minit dan toskan.
2. Kopekkan semua bawang. Kemudian, bawang putih disagat.
3. Bawang yang telah siap disagat, rendam dengan air + garam (6 sudu kecil). Sambil itu, ramas manja-manja untuk buang getah bawang.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Rendam selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air paip sebanyak 3 kali dan toskan.
5. Tuang minyak ke dalam kuali. Sebelum goreng, boleh taburkan sedikit tepung, atau digoreng begitu sahaja. Mana-mana kaedah boleh digunakan, insya-Allah bawang jadi rangup.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Gunakan minyak yang banyak dan api yang kuat untuk dapatkan tekstur bawang yang garing.
7. Bila bawang dah masak, dia akan timbul begini (macam dalam gambar). Cepat-cepat angkat dengan menggunakan penapis seperti dalam gambar.
8. Sejukkan. Saya taburkan sedikit perasa Hilal (boleh google) dan ikan bilis.
9. Bila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara.
*TIP nak dapat bawang putih goreng yang cantik:-
1. Masak dengan menggunakan api yang besar.
2. Masa mula letak bawang tu, minyak jangan panas, nanti terus masak layu.
3. Semasa bawang dalam proses nak masak, balik-balikkan bawang dan kecilkan sedikit api.
Kredit resipi: Masfaliza Ab Jaafer
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sudah Lebih 10 Tahun Buat Kek Red Velvet, Resipi Ini Paling Menjadi
Rasa Seperti Makan Di Kedai, Sedap Betul Resipi Mee Goreng Mamak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: