Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar membeli barang dapur. Justeru tak mustahil ada yang tersalah beli atau keliru untuk membezakan antara lengkuas dengan halia. Maklumlah rupanya lebih kurang sama dan orang yang tak biasa membeli akan mudah keliru.
Bagi yang sudah biasa memasak, mesti kenal dan boleh bezakan halia dan lengkuas. Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin waswas sebab secara fizikal kedua-duanya hampir sama. Kedua-duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan yang mempunyai bau. Walaupun hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dalam masakan. Nak tahu apa dia, anda baca tipi yang rasa kongsikan ini.
Warna Dan Tekstur Kulit
Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut. Sementara lengkuas coklat yang lebih gelap dan mempunyai rerambut akan pada ruas lengkuas. Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia. Tekstur isi halia lebih lembut dan berserabut, sedangkan lengkuas lebih keras, sementara warna halia lebih kepada kuning muda.Tekstur kulitnya juga lembut berbanding lengkuas.
Ads
Bau Dan Rasa
Halia dan lengkuas mempunyai aroma yang segar sifatnya, namun bila diamati betul-betul, ia sangat berbeza. Halia mempunyai bau yang lebih hangat dan manis. Sementara lengkuas memiliki sedikit aroma citrus yang tersendiri dan menyegarkan. Kedua-dua rempah ratus ini mempynyai rasa yang pedas panas, tetapi lengkuas lebih kuat berbanding halia.
Ads
Penggunaan Dalam Masakan
Kedua-dua bahan ini digunakan kerana fungsinya yang memberikan aroma dalam masakan. Namun lengkuas jika digunakan dalam masakan dengan carra hirisan atau ketuk, ia tidak boleh dimakan sekali kerana keras. Sedangkan halia, walaupun tidak dihancurkan ia boleh dimakan bersama bahan masakan yang lain sebab kembut dan rasa pedas hangat yang lembut.
Ads
Jenis Masakan
Disebabkan aromanya yang hangat lembut, halia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan juga minuman sereta kuih muih berbanding dengan lengkuas yang panas, pedas. Kerana itu, lengkuas banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Asia yang lebih pedas dan panas sifatnya seperti rendang, tomyam dan singgang..
Jelaskan berbezaannya? Jadi jangan tersalah beli dan penggunaannya ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah, taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan kundang. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah, ia membantu buahberubah warna dan menjadi lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel yang midah lebam bila dipotong. Oleh itu, selepas potong apel rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Secara tidak langsung garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Masakan bercili dan bersambal terutamanya yang guna cili kering, memang susah nak agak tahap kepedasannya. Takkan nak gigit dulu cili tu sebelum beli. Ada kala, beli cili rasa tak pedas. Bila stok habis, beli lagi cili, haihhh..pedas berapi. Susah sungguh! Jika anda alami masalah masakan terlajak pedas ni, ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan kehangatannya. Nanti boleh cuba.
6 PETUA KURANGKAN PEDAS DALAM MASAKAN
1. LETAK GULA
Paling biasa! Jika masakan terlalu pedas, mak-mak kita akan tambah gula bagi mengurangkan rasa menyengat cili. Jumlahnya bergantung kepada citarasa anda. Sebaiknya, letak sedikit demi sedikit dan rasa. Bukan apa, bimbang terlebih manis nanti tak sedap juga. Selain gula, anda juga boleh tambah madu atau aneka pemanis yang lain.
2. TAMBAH ASAM JAWA
foto: spiceography.com
Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa pedas melampau ni dengan menambah perasa masam. Jika buat sambal tumis, anda boleh masukkan air asam jawa ataupun asam gelugur. Jika anda menyediakan sambal belacan, boleh tambah perahan lemon, limau nipis atau cuka.
3. HIRISAN UBI KENTANG
foto: swincarnurseries.co.uk
Masukkan hirisan ubi kentang di dalam masakan dan masak bersama sehingga empuk. Ubi kentang mampu menyerap rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan yang disediakan. Bagus kan? Ingatkan ubi kentang ni boleh kurangkan rasa masin je.
4. TAMBAH SANTAN
foto: livestrong.com
Jika sambal tumis anda terlajak pedas, boleh juga mengurangkan tahap kepedasan dengan menambah sedikit santan. Selain mengurangkan rasa pedas, ia boleh membuatkan masakan anda terasa lebih lemak dan pekat.
5. GUNA BAWANG BESAR
foto: oomenonions.com
Bawang besar terutamanya bawang Holland mempunyai rasa yang manis. Oleh itu jika ditambah dalam masakan pedas, ia dapat menyeimbangkan rasa. Jumlahnya pula bergantung kepada kesesuaian hidangan. Cubalah. Pasti ada bezanya.
6. MASUKKAN TOMATO
Yang ni pula sesuai untuk masakan seperti sambal tumis yang menggunakan cili padi serta sambal belacan. Bila masak guna cili segar ni faham-fahamlah. Laju je masuk dalam pengisar. Bila dah ditumis atau dicuba, wahh..Pedas tak terkata. Jadi, untuk kurangkan pedas tu bolehlah gunakan buah tomato. Untuk masak sambal yang bergoreng, boleh tambah kisaran tomato manakala untuk sambal belacan, masukkan hirisan buah tomato yang telah dipotong kecil. Rasa tomato yang masam-masam akan mengimbangi rasa pedas malah menjadikannya lebih sedap!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!