Kepada Ketua Keluarga, Ini 5 Cara Bezakan Halia Dan Lengkuas

Share

 

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar membeli barang dapur. Justeru tak mustahil ada yang tersalah beli atau keliru untuk membezakan antara lengkuas dengan halia. Maklumlah rupanya lebih kurang sama dan orang yang tak biasa membeli akan mudah keliru.

Bagi yang sudah biasa memasak, mesti kenal  dan boleh bezakan halia dan lengkuas.  Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin waswas sebab secara fizikal kedua-duanya hampir sama. Kedua-duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan yang mempunyai bau. Walaupun hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dalam masakan. Nak tahu apa dia, anda baca tipi yang rasa kongsikan ini.

Warna Dan Tekstur Kulit

Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut. Sementara lengkuas coklat yang lebih gelap dan mempunyai  rerambut akan pada ruas lengkuas. Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia. Tekstur isi halia lebih lembut dan berserabut, sedangkan lengkuas lebih keras, sementara warna halia  lebih kepada kuning muda.Tekstur kulitnya  juga  lembut berbanding lengkuas.

Bau Dan Rasa

Halia dan lengkuas mempunyai aroma yang segar sifatnya, namun bila diamati betul-betul, ia sangat berbeza. Halia mempunyai bau yang lebih hangat  dan manis.  Sementara lengkuas  memiliki sedikit aroma citrus yang tersendiri dan menyegarkan.  Kedua-dua rempah ratus ini mempynyai rasa yang pedas panas, tetapi lengkuas lebih kuat berbanding halia.

Penggunaan Dalam Masakan

Kedua-dua bahan ini digunakan kerana fungsinya yang memberikan aroma dalam masakan. Namun lengkuas jika digunakan dalam masakan dengan carra hirisan atau ketuk, ia tidak boleh dimakan sekali kerana keras. Sedangkan halia, walaupun tidak dihancurkan ia boleh dimakan bersama bahan masakan yang lain sebab kembut dan rasa pedas hangat yang lembut.

Jenis Masakan

Disebabkan aromanya yang hangat lembut, halia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan juga minuman sereta kuih muih berbanding dengan lengkuas yang  panas, pedas. Kerana itu, lengkuas banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Asia yang lebih pedas dan panas sifatnya seperti rendang, tomyam dan singgang..

Jelaskan berbezaannya? Jadi jangan tersalah beli dan penggunaannya ya.

 

Published by
Maryam Elyas