Kepak ayam goreng madu, kalau buat memang akan jadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang pedas manis. Ditambah pula dengan bahagian kepak ayam juicy lagi sedap bila diratah.
Mak-mak pula rasanya tiada masalah untuk sediakan hidangan ini sebab mudah sangat membuatnya. Bahan perapannya pun cukup ringkas. Resipi ini sesuai sangat bila dah ketandusan idea untuk menyediakan lauk ayam.
Resipi Kepak Ayam Goreng Madu
Bahan-bahan
500gm kepak ayam
3 sudu besar mentega
2 sudu minyak masak
3 senduk cili kisar
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (ketuk, potong dadu)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram (jika suka)
3 sudu besar sos cili Thai (jika suka)
5 sudu besar madu (ikut cita rasa)
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan kekuningan.
3. cili kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Ads
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos cili Thai, dan madu. Kacau semua bahan sampai sebati.
5. Masukkan kepak ayam dan gaul rata hingga ayam disalut sos sepenuhnya.Masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat. Siap!
Ads
Tip RASA
Untuk hilangkan bau hanyir ayam, siram atau rendam ayam dalam air panas selama 5–10 minit, kemudian toskan sebelum masak. Cara ini juga bantu masakan tahan lebih lama dan tak mudah basi.
Nampak macam ayam sambal tapi bukan. Ayam sira pedas ini berbeza rasa dan cara memasaknya. Menurut Fuza Abas yang berkongsi resipi ini rasanya pedas, manis dan akan jadi lagi sedap jika dimakan dengan daun kari yang ditabur di atasnya.
Resipi Ayam Sira Pedas
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil
Tepung jagung -secukupnya
1 labu bawang putih – diketuk
7 tangkai daun kari
2 senduk cili kisar.
Garam
Gula/ madu secukupnya
Cara memasak
1. Ayam yang dipotong kecil digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian salutkan dengan tepung jagung.
2. Goreng ayam hingga garing. Angkat dan tos.
3. Untuk membuat sos, tumis bawang putih dan daun kari guna lebihan minyak goreng ayam tadi.
4. Masukkkan cili kisar, dan tumis hingga masak.
5. Masukkan garam, gula secukupnya serta sedikit air. Apabila kuah agak pekat, terus masukkan ayam goreng. Gaul dengan cepat supaya sebati.
6. Goreng asing daun kari dan tabur di atas ayam sira pedas. Siap!
Sebut je laici mesti terbayangkan air laici atau beberapa jenis dessert yang sejuk. Tapi tahukah korang bahawa buah laici ini juga boleh dijadikan bahan campuran dalam masakan lauk pauk, terutamanya dalam menu yang ada rasa masam manis dan pedas. Apa yang penting berani mencuba dan kreatif mengolah. Kalau nak cuba ini RASA kongsikan.
AYAM MENTEGA LAICI
BAHAN-BAHAN:
250gm isi ayam | potong dadu
6-8 biji laici dalam tin
3 sudu makan mentega
1 cawan susu cair
1 pokok daun bawang | hiris 3-4cm
5 biji cili padi | hiris
4 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang putih, bawang Holland dan cili padi hingga wangi.
Masukkan isi ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
Seterusnya masukkan pula susu cair, gaul rata dan tambahkan laici sekali.
Perasakan dengan serbuk perasa ayam, garam.
Biarkan mereneh seketika dan masukkan daun bawang.
Tutup api, dan Ayam Mentega Laici sedia dihidangkan.
IKAN BAWALTIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | siang dan bersihkan
4 biji laici | hiris kecil
1/2 biji tomato | potong dadu
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1/2 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 pokok akar & batang ketumbar
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan yang telah dibersihkan tadi dengan garam halus dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Perasakan dengan sos cili, cuka, garam dan gula secukup rasa.
Terus kacau hingga kuah pekat, baru masukkan laici, tomato dan daun ketumbar.
Tutup api dan gaul rata.
Tuangkan sos di atas ikan, Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
FILLET IKAN DORI LEMON LAICI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK IKAN DORI
300gm ikan dori | potong dadu, bersihkan dan tos
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam halus
1 mangkuk tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
5 biji laici dalam tin | potong dadu
Sedikit cili banggala kuning dan merah | potong dadu
1 biji lemon | jus sahaja
2 ulas bawang putih | cincang
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
1 sudu makan pati sanqick
1 sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Gaulkan rata tepung gandum bersama garam dan lada sulah. Ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata.
Celupkan ikan dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung dan letakkan atas kertas tisu.
Sementara itu, panaskan minyak masak dalam kuali.
Goreng fillet ikan hingga perang keemasan. Tos dan ketepikana.
Sediakan pula sos lemon.
Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
Masukkan pati sanquick, jus lemon dan sedikit air.
Kacau rata dan masukkan hirisan laici dan cili benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata dan tutup api.
Tuangkan sos atas fillet ikan yang telah digoreng tadi.
Fillet ikan sedia dihidangkan.
UDANG LAICI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
350gm udang saiz XL| bersih dan tos
6 biji laici dalam tin | belah dua
Sedikit cili banggala merah dan hijau | potong dadu
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama sedikit garam halus dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kulit bertukar warna merah. Angkat dan tos.’
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland, bawang putih dan halia muda hingga wangi.
Tambahkan dengan sos cili, tomato dan plum, kacau rata dan tambah dua sudu makan air.
Kacau rata, masukkan hirisan cili banggala dan laici.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sakali masukan semula udang goreng, kacau seketika. Tutup api.
Udang Laici Masam Manis sedia dihidangkan.
KERABU SOTONG NANAS LAICI
BAHAN-BAHAN:
350gm sotong buang kulit luar, cuci dan tos
4 biji laici dalam tin | hiris
1 keping nanas dalam tin | hiris halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 biji limau nipis | jus sahaja
1 biji tomato| buang biji dan potong dadu kecil
Sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 biji bawang Holland | hiris nipis
1 biji cili merah | cincang halus
5 ulas cili padi | hiris halus
Garam dan garam | pelengkap rasa
CARA MEMASAK:
Sotong yang telah dibersih, kelar-kelar dan hiris.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
Celur sotong seketika, angkat dan tos.
Seterusnya campurkan sos cili Thai, jus limau nipis, hirisan cili padi, cili merah cincang garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sotong, hirisan tomato, nanas, laici dan daun ketumbar dalam mangkuk salad.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!