Kepak ayam madu sedap yang memang sesuai sangat diratah. Diperap dengan bahan-bahan yang membuatkan rasanya manis-manis pedas dah tentu ia akan diratah sampai ke tulang.
Sebab itu, menu ini disaran buat lebih supaya dapat menikmati keenakannya. Makan seketul memang tak cukup.
15 ketul kepak ayam
5 sudu besar madu
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos BBQ
1 inci halia (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Serbuk cili atau paprika secukup rasa
2 sudu besar gula perang atau gula putih
2 sudu besar minyak jagung atau butter cair
Serbuk Cukup Rasa
Pewarna merah (pilihan)
Garam secukup rasa
1.Campurkan semua bahan di atas dalam sebuah mangkuk besar. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
2. Masukkan kepak ayam ke dalam campuran perapan dan gaul rata. Pastikan semua kepak ayam dilapisi dengan baik.
3.Perap kepak ayam dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Untuk rasa lebih sedap, boleh perap semalaman!
4.Bakar kepak ayam dalam oven atau air fryer pada suhu 180°C selama 20-30 minit, atau hingga ayam masak sempurna dan sedikit garing.
TIP
-Untuk rasa lebih ‘kick’, boleh tambah lebih banyak serbuk cili atau paprika.
-Pastikan ayam dibakar dengan suhu yang sesuai agar kulitnya menjadi rangup.
Kredit resipi & foto: Nur Masri
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA