Kepak Ayam Panggang Ala Thai, Sedap DiRatah Masa Berbuka.

Share

Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia.

Jom cuba pula resipi kepak ayam panggang ayam Thai ni.

KEPAK AYAM PANGGANG ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ketul kepak ayam
  • 4 sudu makan sos Thai
  • 3 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 6 biji bawang putih | cincang halus
  • 4 cm halia | cincang halus
  • 4 helai daun limau purut | hiris halus
  • 1 sudu makan gula atau secukup rasa
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh serbuk cili Thai
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, gaul kepak ayam dengan kesemua bahan dan perap semalaman simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih optimum.
  2. Untuk memasak ayam, susun ayam di dalam loyang pembakar serta sapukan sedikit sos perap pada kepak ayam. Bakarlah di dalam ketuhar selama 30-45 minit menggunakan api atas bawah.  Masaklah lebihan sos perap di dalam kuali sehingga agak pekat. Bolehlah ditambahkan sos cili Thai dan sos ikan jika perlu.
  3. Dari masa ke semasa lebih kurang 15 minit, sapukan sos tersebut pada kepak ayam agar kepak masak cantik dan berkilat serta menambah perisa pada kepak ayam.
  4. Sedia dinikmati panas.

 

Info chef: Garam tidak perlu masukkan kerana pelbagai jenis sos sudah ada rasa masin.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

RESIPI NI PUN BEST GAK :

Published by
Faridah Talib