Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Jom cuba pula resipi kepak ayam panggang ayam Thai ni.
KEPAK AYAM PANGGANG ALA THAI
Ads
BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam
4 sudu makan sos Thai
3 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan minyak bijan
6 biji bawang putih | cincang halus
4 cm halia | cincang halus
4 helai daun limau purut | hiris halus
1 sudu makan gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk cili Thai
Minyak untuk menumis secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaul kepak ayam dengan kesemua bahan dan perap semalaman simpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih optimum.
Untuk memasak ayam, susun ayam di dalam loyang pembakar serta sapukan sedikit sos perap pada kepak ayam. Bakarlah di dalam ketuhar selama 30-45 minit menggunakan api atas bawah. Masaklah lebihan sos perap di dalam kuali sehingga agak pekat. Bolehlah ditambahkan sos cili Thai dan sos ikan jika perlu.
Dari masa ke semasa lebih kurang 15 minit, sapukan sos tersebut pada kepak ayam agar kepak masak cantik dan berkilat serta menambah perisa pada kepak ayam.
Sedia dinikmati panas.
Ads
Info chef: Garam tidak perlu masukkan kerana pelbagai jenis sos sudah ada rasa masin.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Simple, sedap dan berkhasiat. Patutlah resipi Ayam Kukus Halia yang dikongsi oleh Jo Isabelle Joannesni mendapat perhatian ramai di FB. Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Ada lauk ni, tak perlu dah lauk pauk utama yang lain. Cukup sekadar jamu selera dengan nasi putih sahaja. Kalau nak rasa pedas, boleh makan bersama cili potong atau sos thai. Bagi melengkapkan hidangan, anda juga boleh nikmatinya bersama sayur Bak Choy Sos Tiram dan Taugeh Celur. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
Ayam – dipotong kecil
BAHAN-BAHAN PERAP:
3cm halia – hiris kecil
2 ulas bawang putih – cincang
1/2 sudu makan kicap cair
Sedikit garam
Serbuk lada putih – jika suka
1/2 sudu makan minyak bijan
Daun bawang – dihiris
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian lumur ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit. 2. Panaskan periuk kukusan dan kukus selama 10-15 minit. 3. Waktu kukusan juga berbeza bergantung kepada berapa banyak ayam yang digunakan. Jika banyak anda masak, lebihkan masanya supaya semua ayam masak sekata. 4. Setelah ayam masak, tabur hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.
Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.
Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi (basuh toskan) Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
2-3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.
2.GULAI DAGING/KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging + tulang basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
2 kuntum Bunga lawang
4 Buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
Daun kari
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
5biji buah keras
Sedikit halia
Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
Santan dari 1 biji kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perisa kalau guna.. Biasa ayah saya guna hilal
Sedikit gula dlm 1 sudu teh
1 senduk kerisik
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan bahan tumis.
Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
Masukkan air. Masak sampai daging empok.
Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.
3.KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
8 biji kentang | belah empat
2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
1 biji santan kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Sedikit gula
1 senduk kerisik
4 biji cili merah dan hijau-belah 2
3 biji bawang besar-belah 4
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK
.
BAHAN-BAHAN :
.
8 biji bawang kecil (merah)
Segenggam ikan bilis
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi
½ biji limau Kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.
.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
.
4, Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.