
Kerabu Ayam Goreng resipi dari Thai yang sangat menyelerakan. Buat yang tak selera makan, hidangan ini memang sesuai untuk dijadikan menu.
Lengkap rasanya masam, manis, masin dan pedas. Yang nak diet pun sesuai makan kerabu macam ni.
Jika di Thai, menu ini turut dikenali dengan nama Yam Kai Sep, biasanya ia dihidangkan sebagai salad untuk makan bersama makanan lain.
Kerabu Ayam Goreng/ Yam Kai Sep

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam – di goreng bersama tepung GOGI/BESTARI dan goreng hingga kekuningan
1 labu bawang merah bombay
1 tangkai daun ketumbar
2 sdb beras pulut digoreng dan tumbuk
3 sdb jus limau
3 sdb sos ikan
2 sdb gula thai
1 sdb cili flakes
Bahan-bahan sampingan (dihiris)
Salad
Kobis purple
Carrot

Cara-cara:
- Campurkan jus limau, sos ikan, gula thai, cili flakes dan beras pulut yang digoreng. Gaul hingga rata.
- Masukkan bahan-bahan sampingan dan ayam goreng yang telah dipotong-potong. Gaul lagi hingga rata. Rasakan masam-masam pedas dan sedikit manis
- Taburkan daun ketumbar yang dihiris kasar.
- Siap untuk dihidangkan
Kredit:Romaliza Omar
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Buttermilk Chicken Meleleh, Resipi Anak-anak Suka. Makan Dengan Roti Pun Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Goreng Berempah Sukatan 1 Ekor Ayam. Mudah & Elok Berserdak!

Menu Ayam Goreng Berempah ni memang digemari ramai. Makan panas-panas, memang layan! Biasanya ia dinikmati bersama hidangan nasi lemak. Makan dengan nasi putih panas-panas pun layan! Ada pula sambal kan, lagilah berselera. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Norwati Che Kar ni.
AYAM GORENG BEREMPAH ( 1 EKOR AYAM)
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong kecil
- 1 sudu makan kari ayam
- 1 sudu makan serbuk cili atau cili blender (mana satu yang ada)
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan minyak masak
- 3 sudu makan tepung jagung
- Daun kari.
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 batang serai – potong saiz seinci setiap keratan
BAHAN KISAR KASAR & KERING:
- 2 sudu besar ketumbar
- 2 sudu besar jintan kasar
- 2 sudu besar jintan halus
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan gaulkan pada ayam. Perap seketika.
- Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam hingga masak dan garing.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Tip:
- Untuk mendapatkan serdak ayam, masa potong serai, hiris anggaran seinci-seinci untuk setiap keratan.
- Jika perap ayam dalam jumlah yang banyak, kisar serai secara berasingan. Tapis dan buang air kisaran serai dan ambil seratnya sahaja.
Kredit resipi & foto: Norwati Che Kar
Ayam Bakar Madu Hitam Berkilat Bila Disiram Kicap Manis

Menu yang menjadi kegemaran ramai pastinya ayam. Ada yang suka ayam goreng dan anak-anak pasti suka makan ayam bakar madu ni. Diganding dengan nasi putih atau nasi ayam pun sedap Mudah sangat buat dan bakar guna air fryer pun boleh.
Perap ayam dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman. Rahsia nak bagi ayam nampak cantik, hitam dan berkilat, siram kicap manis sebelum dibakar. Kicap yang dimasukkan awal semasa perap akan jadi warna kelabu sebab bercampur dengan bahan-bahan lain.Perap dengan minyak supaya ayam masak juicy.
AYAM BAKAR MADU
Bahan-bahan:
- Bawang putih-ditumbuk
- Halia-ditumbuk
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Gula
- Sos tiram
- Kicap manis
- Madu
- Minyak bijan /minyak masak
Cara membuat:
1.Bakar dalam air fryer pada suhu 200. Bakar dalam masa 10 minit dan balikkan ayam set lagi 10 minit. Total bakar ayam 20 minit (suhu 200).
Boleh juga bakar dalam periuk ajaib dalam 20 minit.
Rahsia nak bagi ayam nampak cantik, hitam dan berkilat siram kicap manis
Bahan sos pencicah
- Cili padi
- Bawang putih
- Cuka
- Limau nipis
- Sos ikan
- Gula
- Daun ketumbar
Cara membuat:
1.Tumbuk kasar cili padi dan bawang putih.
2.Masukkan cuka, limau nipis.
3.Masukkan sos ikan (dah masin) dan gula putih/gula kabung.
4.Masukkan hirisan daun ketumbar.
5.Gaulkan semua.
*Lebihkan rasa manis supaya kurang pejar cili.
Kredit: Noor Hafiza Mohamad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Eh, Sedapnya Kekacang Bila Dijadikan Ramuan. Ni 5 Cara Memasaknya…

Korang tahu tak kekacang boleh jadi sajian hidangan yang enak. Selain kacang tanah kekacang seperti pistachio, badam, kacang kuda dan lain-lain memang lemak dan lazat bila dimasukkan dalam bahan ramuan.

Sajian berasaskan sumber lemak tak tepu yang kaya dengan serat, vitamin E, omega 3 yang terkandung dalam kacang memang istimewa sekali. Ikuti resipi sihat ni darin Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini
1.SKEWED CHICKEN WITH SPICY PEANUT SAUCE

BAHAN-BAHAN :
- 250gm dada ayam | dipotong dadu
- 2 biji lada benggala | dipotong dadu
- 4 batang lidi sate
Bahan perapan :
- ½ cawan madu
- 4 sudu makan kicap cair/pekat
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2.5 sm halia | dicincang halus)
- ¼ sudu teh garam
- ½ sudu teh daun parsli
- 2 sudu makan minyak zaitun
Bahan sos kacang berempah :
- 5 sudu makan mentega kacang
- 4 sudu makan air
- 1 sudu makan minyak bijan
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 ½ sudu kecil serbuk cayenne
- 1 ½ sudu teh serbuk cili
- ¼ sudu kecil gula
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan perapan, kacau sebati.
2. Gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dadu.
3. Perapkan selama dua jam sehingga bahan perapan sebati dengan ayam tersebut.
4. Cili benggala dipotong dadu dan dicucuk secara berselang seli dengan ayam yg diperap tadi
5. Letakkan ayam dan cili benggal yang telah dicucuk lidi sate ke atas pemanggang, dan panggang selama 15 minit.
Cara membuat sos kacang berempah :
6. Cairkan mentega kacang dengan sedikit air.
7. Campurkan minyak bijan, kicap manis dan serbuk cayenne serta serbuk cili.
8. Gaul semua bahan sehingga sebati, perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.
9. Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan :Ala sate tetapi dengan ramuan barat
Keistimewaan : Daging dipanggang dengan sos berempah ramuan barat
Anggaran kos : RM 8
Info Chef : Menu sihat menggunakan minyak zaitun dan ayam tanpa kulit. Penggunaan mentega kacang memberikan rasa yang lazat
2. STEAM SEABASS WITH JAPANESE TOFU & PISTACHIO

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
- Garam secukup rasa
- 50gm halia | dihiris halus
- Daun bawang secukupnya | dihiris halus
- 140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
- 200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Perasakan ikan siakap dengan garam.
2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya.
3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan.
4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api
6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan
7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan.
8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Stim
Jenis masakan : Ikan kukus
Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Anggaran kos : RM 13
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. CHICKEN VEGETABLE WRAP WITH PISTACHIO & CHIC PEAS

BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
- 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
- ¾ cawan tomato yang didadu
- 11/2 cawan keju cedar yang diparut
- 1 cawan pistachio panggang
- 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
- 6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
Penggemar makanan organik bolehlah beli kekacang organik ini di Love Earth:
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Anggaran kos : RM 5
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
4. BEEF STEW WITH PEANUT

BAHAN-BAHAN ;
- 900gm daging dipotong kiub
- 3 sudu makan minyak masak
- 4 kiub stok daging
- 4 cawan air
- 1 sudu teh rosemary kering
- 1 sudu teh selasih /parsli kering
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 3 biji kentang saiz besar | dipotong kiub
- 4 biji lobak merah | dipotong ukuran 2.5 sm sekeping
- 4 batang saderi | dipotong 2.5 sm panjang
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 2 sudu teh kanji jagung
- 2 sudu the air sejuk
- 100gm kacang kuda | direneh dan didih
CARA MEMASAK :
1. Di dalam periuk yang besar masakkan daging di dalam minyak masak dengan kepanasan sederhana hingga perang.
2. Kemudian masukkan air ke dalam periuk. Masukkan rosemary, selasih dan lada hitam serta kiub daging dan kacau rata.
3. Biarkan mendidih dan kemudian kecilkan api ,tutup dan biarkan mereneh selama sejam.
4. Masukkan kentang, lobak merah, dan bawang dan kacang kuda ke dalam periuk, Larutkan tepung jagung dengan 2 sudu teh air dan masukkan ke dalam stew daging.
5. Tutup dan biarkan mereneh lagi sejam.
6 .Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama stew daging
Keistimewaan : Stew daging berperisa dengan ramuan yang sebati meresap dalam daging
Anggaran kos : RM 40
Info Chef : Sajian ini mengandungi kacang kuda yang mempunyai kandungan serat dan boleh membantu penghadaman dan system penceranaan.
5. COCONUT ALMOND SMOOTHIE

BAHAN-BAHAN :
- 1 1/4 cawan susu lemak rendah
- 1/2 cawan air kelapa
- 24 biji badam
- 1 1/2 sudu madu
- 2 sudu makan nata de coco
- 2 cawan ketulan kiub ais
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Smoothie sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Kisar
Jenis masakan : Minuman dan ‘dessert’
Keistimewaan : campuran badam , air kelapa dan susu menjadikan ia ‘dessert’ mengenyangkan
Anggaran kos : RM 8
Info Chef : Badam mengandungi lemak sihat , serat, protein , magnesium dan vitamin E . Khasiat badam dipercayai dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga gula darah.
RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim
TERIMA KASIH : TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor. Emel :kagumas@yahoo.com.my. Laman web : http ://www.kagumas.com.my


