Menu lama yang dikatakan berasal dari dapur Istana Kesultanan Siam. Ia merupakan hidangan daging mentah yang diadun bersama beberapa bahan-bahan bagi dijadikan kerabu. Namun, bukan semua daging boleh digunakan untuk menghasilkan sajian ini. Hanya daging batang pinang sahaja yang sesuai kerana teksturnya yang lebih lembut serta enak. Bagi yang tinggal negeri berhampiran sempadan Thailand seperti sesetengah kawasan di Kedah, menu ini juga antara hidangan yang disajikan dikala kenduri kendara pada zaman dulu-dulu. Bagi yang nak cuba, jom lihat bahan-bahannya.

KERABU DAGING MENTAH
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang
  • 6 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

IKLAN
  • 2 batang serai
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 4 ulas bawang merah

BAHAN MAYANG HALUS:

IKLAN
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
  2. Hiris nipis kemudian cincang halus.
  3. Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
  4. Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
  5. Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
  7. Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
  8. Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
  9. Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.

INFO CHEF: Jika ada suka boleh tambahkan hirisan bunga kantan dan daun kesum untuk aroma dan rasa yang lebih enak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI