
Stok daging korban masih banyak. Jadi selain digoreng atau dibuat gulai buat menu kerabu pun tak kurang enaknya. Kerabu daging pedas ni makan begitu sahaja pun sedap. Rasanya fresh. Ada kombinasi rasa pedas, masam dan manis.
Nue Nam Tok @ Kerabu Daging Pedas

Bahan untuk perap daging:
Daging segar untuk 3 orang makan.
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai (potong serong)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar kicap manis

Cara memasak:
1.Potong daging supaya senang nak panggang dan cepat masak.

2.Campurkan bahan perap dengan daging. Gaulkan sebati dan biarkan dalam 1jam. Kalau lagi lama perap lagi sedap.

3.Lepas tu, panggang daging tadi sampai masak. Jangan lama sangat panggang. Hilang kesedapan dan jusnya nanti.
4.Daging dah masak, angkat dan rehatkan sekejap baru potong.
Bahan-bahan lain untuk ditambah:
Daun ketumbar
Daun pudina
Kubis dihiris nipis
1 batang serai diracik
2 ulas bawang merah(potong biasa)
3 biji limau nipis(perah amik jus)
2 sudu besar chili flakes
Sos ikan
Gula
Garam
Cara membuat:
1. Satu sudu besar beras yang dah digoreng dan ditumbuk.Semua bahan di atas dicampur sekali dengan daging yang dah dipanggang dan dipotong. Pastikan semua rasa cukup.
Kredit: Nora Azni
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Meriahkan BBQ Dengan Bamboo Skewer Braised Lamb Kebab

Sesekali buat jamuan barbeku di rumah, apa kata kita meriahkan lagi dengan menu Bamboo Skewer Braised Lamb Kebab. Dihidangkan pula dengan roti tortilla dan juga raita, memang mengundang selera.
Dah siap bahan-bahan yang diperap, kita cucuk dengan buluh berselang-seli dengan lamb serta sayuran. Sedia untuk dibakar. Tetamu pun dapat menikmatinya panas-panas. Nak tahu cara menyediakannya? Jom ikuti perkongsian resipi daripada Che Azawimie Che Zahari ini. Makan pasti tak cukup sebatang. Jom kita cuba.
BAMBOO SKEWER BRAISED LAMB KEBAB DENGAN ROTI TORTILA & RAITA
BAHAN-BAHAN:
1 paket braised lamb Martion
1 biji capsicum merah*
1 biji capsicum kuning*
1 biji terung*
1 biji zukini hijau*
1 biji bawang Holland* – Boleh beli online di sini
**Semua bahan yang bertanda (*) dipotong petak dan bulat mengikut kesesuaian.
(BAHAN PERAP BRAISED LAMB)
1 sudu besar serbuk kari daging – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit garam
Sedikit lada hitam – Boleh beli online di sini
Sedikit mix herb
Sedikit minyak
**Gaulkan kesemua bahan dan perap seketika.
(BAHAN GLAZE)
Sedikit sos lada hitam – Boleh beli online di sini
Sedikit madu
(BAHAN RAITA @ SALAD)
1 biji tomato*
½ biji timun*
1 biji bawang merah*
Sedikit plain yogurt – Boleh beli online di sini
**Bahan-bahan bertanda (*) dipotong dadu. Kemudian, digaul bersama yogurt.
CARA MEMASAK:
Ambil buluh dan cucukkan lamb serta sayur berselang-seli mengikut warna yang berbeza.
Kemudian, bakar atas bara api dan disapu bahan glaze.

Bakar selama 2 – 3 minit sehingga sayur masak.
Siap. Sedia dihidangkan bersama roti tortilla dan raita serta yogurt.

Selamat mencuba.


Kredit: Che Azawimie Che Zahari
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Puding Red Velvet Oreo. Secantik Kejadiannya, Sesedap Rasanya
Sangat Sedap! Resipi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Rose Mudah
4 Jenis Roti, Idea Untuk Buat Sarapan Atau Snek Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Gulai Daging Kawah Sebijik Rasa Sama Gulai Di Kenduri


Bila ada musim kenduri, menu yang paling dirindui ialah gulai daging kawah. Kalau kena pula dengan segala cukup rasa, boleh bertambah-tambah makan nasi.
Sekarang ini, dengan resipi yang dikongsi Siti Noor Hidayah Samah ini, dapat mengubati rasa masakan gulai daging seperti di majlis kenduri.

Boleh makan beramai-ramai di rumah bersama keluarga. Menurut Hidayah, arwah ayahnya dulu tukang masak kenduri untuk majlis orang kawin, majlis akikah dan tahlil.
GULAI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembu
1 biji kelapa (jadikan santan sederhana pekat)
1 biji bawang besar |dimayang)
2 kulit kayu manis – beli online di sini
3 kuntum bunga lawang – beli online di sini
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar rempah gulai daging – beli online di sini
Gula melaka – beli online di sini
Garam
1 asam keping – beli online di sini
1 sudu besar kerisik – beli online di sini
3 biji ubi kentang – beli online di sini
*7-10 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia – beli online di sini
*1 inci lengkuas – beli online di sini
*1 inci kunyit hidup – beli online di sini
#Kisar bahan bertanda *
CARA-CARA:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah 4 beradik.

2. Kemudian, masukkan cili boh. Masak kejap sampai bau cili boh tu masak.


3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak.

4. Masukkan rempah gulai daging. Kacau sebati.


5. Kemudian masukkan daging. Gaul rata daging dengan rempah.


6. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Masa ni saya pindahkan daging ke periuk tekanan.

7. Masuk periuk tekanan set menu daging (noxxa) 30 minit dan tunggu sampai siap. Kalau tak ada periuk tekanan, masak je atas dapur sampai daging empuk.

8. Dah siap, pindah semula ke kuali tadi dan masukkan kerisik dan asam keping. Keringkan sikit air.

9. Kemudian masukkan santan, ubi kentang, garam, dan gula melaka. Bila kentang dah empuk, perlahankan api dapur dan reneh sekejap dalam 5 minit bagi pecah minyak. Dah siap!

*Untuk hidangan, saya padankan dengan nasik minyak, acar nenas dan sambal belacan.
Kredit resipi: Siti Noor Hidayah Samah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Nasi Air Terengganu Dengan Ramuan Yang Cukup, Gerenti Tak Cukup Semangkuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL

BAHAN-BAHAN :
- 200gm bebola sotong
- 20ml kicap cair
- 20gm bawang holland
- 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
- 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 40gm nenas | dipotong dadu
- 60ml sos tomato
- 60ml sos cili
- 10gm serbuk lada hitam
- 100ml minyak jagung
- 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
- Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
- Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
- Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE

BAHAN-BAHAN :
- 320gm corned beef
- 10gm keju cheddar
- 40gm keju mozarella
- 60gm tomato pronto
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10gm bawang putih | dicincang halus
- 80ml susu segar
- 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
- 4gm parsli Inggeris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
- Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
- Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
- Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
- Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
- Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
- Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
- Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL

BAHAN-BAHAN :
- 20gm baby bayam
- 20gm cili benggala merah | didadu besar
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 40ml minyak zaitun
- 60gm jejari ketam | dikisar kasar
- 10ml jus lemon
- 60gm mentega
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
- Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
- Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
- Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
- Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO

BAHAN-BAHAN :
- 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
- 200gm beras risotto
- 10gm saderi | dicincang halus
- 20gm kacang pis
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10ml minyak zaitun
- 2gm parsli Inggeris
- 20gm asparagus | dipotong
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
- Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
- Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE

BAHAN-BAHAN:
- 180gm bebola daging
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 10gm paprika
- 4gm lada hitam
- 20gm pes tomato
- 20gm saderi
- 20ml minyak jagung
- 320gm pasta tagliatelle
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
- Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
- Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD

BAHAN-BAHAN:
- 240gm sosej daging lembu
- 20gm bawang holland | dihiris bulat
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
- 6 biji roti ciabatta
- 10ml minyak zaitun
- 6gm zaitun hitam
- 20gm tomato | dicincang halus
- 10gm campuran salad
- 2gm lada hitam
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
- Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
- Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
- Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.

RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

