
Dah beli epal hijau banyak, ingat nak makan macam begitu saja tapi rasa masamnya terlebih pula sampai terbantut selera. Daripada terbiar sampai kecut dalam peti sejuk, epal hijau begini elok buat kerabu.
Bukan saja sedap tapi hidangan ini sihat dan senang nak buat. Rasanya ada masam manis dan pedas. Cara membuat dikongsi oleh Zura Tahir.
Cara buat kerabu epal hijau

Bahan-bahan
1 Biji bawang besar(hiris halus)
3 biji epal hijau (hiris halus)
1 biji bawang besar(hiris halus)
1 sudu kecil garam (ikut kesesuaian)
Cili merah dan cili padi (dihiris halus)
2 sudu gula
Secubit belacan
1 sudu Maggi cukup rasa
Cara membuat:
Satukan semua bahan dan gaul sebati. Siap!

Sumber: Zura Tahir.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Kerabu Kerang Cara Orang Thailand. Pedas, Masam Memang Sedap

Sedapnya Kerabu Kerang Thailand ni. Cukup rasa pedas, masam, masin dan manisnya. Ditambah dengan ramuan bahan-bahan segar menjadikan hidangan ini enak sekali. Jika anda gemarkan kerabu, kena cuba resipi Kerabu Kerang perkongsian saudari Fia Sofia. Merecik rasa dia. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KERABU KERANG THAI

BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang
1 sudu teh garam – beli online disini
3 sudu makan gula kabung – beli online disini
2 sudu makan sos ikan – beli online disini
3 sudu makan air asam jawa – beli online disini
4 biji limau nipis
3 biji tomato – dipotong
1 batang lobak merah – dipotong halus memanjang
2 ulas bawang merah – hiris nipis
5 biji cili api – ditumbuk
1 sudu teh serbuk perasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Basuh kerang dan rebus bersama 1 sudu kecil garam.
2. Buang air rebusan kerang dan segera masukkan ais dan juga air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. (ini adalah tip untuk kerang nampak segar)
3. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.

4. Dalam mangkuk berlainan, satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung. Sebatikan.
5. Kemudian gaulkan bersama kerang tadi sehingga mesra.
6. Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris, lobak merah dan juga daun ketumbar. Gaul hingga sebati.
7. Kerabu Kerang Thai siap untuk dinikmati.
INFO: Rasa masin, pedas, manis, masam boleh ubah suai ikut selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Fia Sofia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Tak Muak. Ini Tip Masak Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan
Makan Licin Sampai Ke Tulang. Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Ni Memang Sedap
Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap
Sedap & Tak Kering. Ini Resipi Puding Roti Bakar Sos Kastad Yang Sangat Best.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Menu Rare Begini, Gerenti Bertambah Makan

Apa menu yang membuka selera? Bila ada peluang balik kampung sempena mengundi bolehlah buat menu rare sikit. Kerabu bunga kantan ikan bilis ni makan dengan nasi panas-panas memang tak cukup sepinggan nasi. Bahan-bahan pun tidak renyah untuk membuatnya.
KERABU BUNGA KANTAN IKAN BILIS
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bunga kantan
Serai
Tomato
Bawang besar
Cili
Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis )
Sos ikan
Garam
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing.
2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata.
Tip: garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.
Kredit: Akma Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Pelengkap Menu. Memang Bertambahlah Selera Makan!

Ringkas penyediaannya, namun tetap mampu menambat selera. Sesuai dijadikan hidangan pembuka atau hidangan sampingan untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain. Cubalah! Pasti anda sukakannya.
1. KERABU DAGING TIMUN

BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging lembu
- 1 biji timun } hiris nipis
- 1 batang lobak merah } hiris nipis memanjang
- 1 biji tomato } cincang kasar
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) } mayang halus
- 1 biji bawang besar } mayang halus
- 1 biji cili merah } mayang halus
- 6 biji cili padi } hiris nipis
- 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos cili Thai
- Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu panggang hingga masak. Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata dan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Setelah itu, tuang hirisan daging ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Lebih enak dihidangkan setelah kerabu disimpan di dalam peti sejuk selama sejam.
2. KERABU JANTUNG PISANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang } rebus empuk dan hiris nipis
- ½ cawan kelapa parut }putihnya sahaja
- 2 biji limau kasturi }perah jusnya
- 1 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (tumbuk):
- 4 biji cili merah
- 4 biji bawang merah (bakar)
- 3 biji bawang putih (bakar)
- 3cm belacan bakar
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes. Ketepikan.
- Di dalam sebuah mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan jantung pisang dan kerisik ke dalam mangkuk tersebut. Gaul lagi hingga sebati.
- Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih asli, tumbuk bahan B menggunakan lesung batu berbanding dikisar menggunakan pengisar makanan.
3. KERABU SOTONG ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ekor sotong saiz sederhana } potong dan bersihkan
- 1 biji tomato }hiris nipis
- 2 batang kacang panjang }potong pendek
- 1 biji cili merah } cincang dadu
- 5 biji cili padi }hiris nipis
- 1 biji bawang besar }cincang dadu
- 1 helai daun limau purut }hiris halus
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya)} hiris halus
- 1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
- Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.
- Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.
Info chef: Jangan terlebih kukus sotong. Sangat sesuai dijadikan hidangan pembuka selera.
4. KERABU SUHUN SIAM

BAHAN-BAHAN:
- 200gm suhun
- 10 ekor udang sederhana besar } bersihkan dan celur
- 1 biji tomato } cincang kasar
- 1 biji cili merah } hiris nipis
- 1 biji bawang besar } mayang halus
- 3 biji bawang putih jeruk } mayang halus
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- Daun ketumbar } cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Bijan – sangai (jika suka)
CARA MEMASAK:
- Suhun direndam sebentar dan celur. Toskan.
- Satukan suhun, udang, tomato, cili merah, bawang besar, bawang putih jeruk dan gaul rata.
- Tambah sos ikan, air perahan limau, garam (jika perlu) dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Tabur cincangan daun ketumbar dan bijan sangai.
5. BENDI BERLADA UDANG KERING

BAHAN-BAHAN:
- 10 biji kacang bendi|dihiris nipis
- 1 sudu makan cili kisar
- 5 ulas bawang putih|ditumbuk halus
- 3 ulas bawang merah|tumbuk halus
- 50gm udang kering|ditumbuk halus
- 3cm belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 10ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis lagi sehingga cili masak.
- Masukkan kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.
- Tumis seminit atau sehingga bendi menjadi lembut sedikit.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
6.KACANG PANJANG GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang |dipotong pendek
- 30gm cili kisar
- 30gm udang geragau |ditumbuk halus
- 5gm belacan
- 5 ulas bawang putih |ditumbuk halus
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis sehingga cili masak.
- Masukkan kacang panjang dan tumis beberapa minit.
- Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Info Chef: Pastikan sayur kacang panjang tidak dimasak terlalu lama bagi mengekalkan kerangupannya.
7. NANAS TUMIS UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji nanas
- 15 ekor udang bersaiz besar |dibuang kulit
- 50gm udang kering |ditumbuk
- 2 biji cili merah|dimayang
- 4 ulas bawang merah|dimayang
- 2 ulas bawang putih|dimayang
- ¼ sudu kecil halba campur
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan nenas dan cincang kasar. Tos lebihan air nenas.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dimayang terlebih dahulu.
- Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga wangi.
- Masukkan halba campur dan serbuk kunyit.
- Masukkan udang dan nenas lalu tumis lagi sehingga semua bahan masak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
Info Chef: Pastikan anda memilih nenas yang mengkal atau tidak terlalu masak
8. SAYUR CAMPUR GORENG

BAHAN-BAHAN:
- 100gm udang kecil
- 1 batang lobak merah | dihiris bulat
- 6 batang kacang peas
- 5 biji cendawan butang | dihiris nipis
- 1 biji cili merah|dihiris nipis
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- 30gm sos tiram
- 30gm tepung jagung|dibancuh sedikit air
- 15gm lada sulah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan sos tiram, udang dan kesemua jenis sayur-sayuran. Tambah sedikit air dan didihkan beberapa minit.
- Tambah bancuhan tepung jagung, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
- Masak seminit dua lagi hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Sayur jenis berbatang amat sesuai untuk hidangan ini.

