Kerabu Dari Epal Hijau Ini Bukan Saja Sedap, Sihat Juga. Hiris, Gaul Dah Siap.

Share

Dah beli epal hijau banyak, ingat nak makan macam begitu saja tapi rasa masamnya terlebih pula sampai terbantut selera. Daripada terbiar sampai kecut dalam peti sejuk, epal hijau begini elok buat kerabu.

Bukan saja sedap tapi hidangan ini sihat dan senang nak buat. Rasanya ada masam manis dan pedas. Cara membuat dikongsi oleh Zura Tahir.

Cara buat kerabu epal hijau

Bahan-bahan

1 Biji bawang besar(hiris halus)
3 biji epal hijau (hiris halus)
1 biji bawang besar(hiris halus)
1 sudu kecil garam (ikut kesesuaian)
Cili merah dan cili padi (dihiris halus)
2 sudu gula
Secubit belacan
1 sudu Maggi cukup rasa

Cara membuat:

Satukan semua bahan dan gaul sebati. Siap!

Sumber: Zura Tahir.

 

Published by
Rose