
Korang pernah makan kerabu yang dibuat guna gula perang? Rasanya memang lebih sedap. Selain itu, rasa ikan bilis yang masin-masin tu cukup melengkapi sedapnya resipi kerabu. Rasa yang pedas-pedas ditambah pula dengan masam daripada limau dan manis daripada gula perang, memang cukup menyelerakan. Cubalah!
KERABU IKAN BILIS GULA PERANG

BAHAN UTAMA
1 mangkuk ikan bilis (goreng)
BAHAN HIRIS HALUS
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
5 tangkai cili padi
1 biji tomato
BAHAN PERASA
8 biji limau kasturi (perah)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos ikan
CARA MEMBUAT
1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.
2. Masukkan bahan hiris halus dan gaul sampai semua mesra.
3. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga semua sebati.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asyraf dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.

Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.

Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.

Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.

RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm ikan tenggiri
- 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- 5 helai daun salam
- 2 sudu kecil lada hitam
- 2 cawan air masak
- 1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
- Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
- Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
- Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
- Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
- Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!

1. KERABU SOTONG BERSUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | dibersihkan
- 6 biji limau kasturi
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
- 5 biji cili api |hiris
- 2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
- 150gm suhun | dicelur
- 200ml air
- 1 batang serai | dititik
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
- Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian. Gaul rata.
- Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
2. KERABU PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg perut lembu | dibersihkan
- Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
- 3 ulas bawang merah | hiris halus
- 10 biji cili padi | dihiris halus
- 3 biji limau nipis | ambil jusnya
- 1 biji tomato | hiris
- 2 batang serai |hiris halus
- 5cm halia | hiris tipis
- Daun kesum | dihiris halus
- 1 sudu teh sos ikan
CARA MEMASAK:
- Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
- Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
- Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
- Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
- Sedia untuk dihidang.
Resipi Sup Daging Siam, Sedap Dihirup Kuahnya

Menghirup kuah sup adalah salah satu kelegaan apatah lagi jika tekak sedang tak sedap makan. Sup daging sedap dimakan pada waktu makan tengah hari dan juga cuaca sejuk. Kiranya memang sesuai pada apa-apa keadaan pun. Apa kata kali ni kita cuba buat sup ala Siam. Daging bercampur kentang sudah semestinya sedap dimakan bersama nasi putih ataupun dihirup begitu sahaja.
SUP SIAM

.
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg tulang
• Minyak masak untuk menumis
• 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 1/2 inci halia (ditumbuk)
• 1 peket rempah sup bunjut atau sup tulang
• 1 sudu besar rempah sup serbuk (dikacau bersama sedikit air)
• 1 sudu besar sos ikan
• 2 biji ubi kentang (dipotong 2)
• 4 biji cili padi (diketuk)
• 1/2 biji bawang holand (hiris bulat-bulat)
• 1 biji tomato (dibelah 4)
• 1/2 batang saderi (dihiris)
• 1 biji perahan air limau nipis
• Sedikit garam dan gula
• Sedikit bawang goreng
• Sedikit daun sup
• Sedikit daun bawang
CARA MEMBUAT
1. Rebuskan tulang sejam atau sehingga empuk. Pastikan air menenggelamkan semua tulang. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan rempah sup serbuk, sos ikan dan air rebusan dan tulang tadi.
4. Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5. Kemudian masukkan cili padi, hirisan bawang holand, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6. Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul dan sesuaikan rasa.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Resipi dari Telegram KakiMakan
Ayam Masak Kandar Menu Istimewa Untuk Berbuka

Tiba-tiba terasa pula nak menu yang istimewa hari ni. Selalu beli nasi masak kandar di kedai mamak je. Hari ni terasa nak buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini.
Ayam Masak Kandar
Bahan-bahan:
3 sekawan
3 biji bawang merah
1 batang cili hijau
2 batang cili merah
1 biji tomato
2 batang serai
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan cili kering-kisar-beli online di sini
3 sudu makan serbuk kari ayam-beli online di sini
3 sudu makan kicap pekat/caramel

Cara memasak:

1.Tumis 3 sekawan,pes halia dan bawang putih dan serai

2.Masukkan bawang dan kacau.

3.Setelah bawang layu,masukkan tomato.

4.Masukkan pes cili kering.

5.Masak sehingga pecah minyak dan masukkan serbuk kari.

6.Kacau rata dan biarkan rempah masak sekejap.Masak dengan api perlahan.

7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih sikit.

8.Setelah mendidih,masukkan ayam.

9.Gaul rata dan biarkan sekejap sehingga jus dari ayam keluar.

10.Tambahkan kicap pekat.

11.Gaul rata dan biarkan mendidih lagi.Jika kuah kering boleh tambah sedikit air lagi.Perasakan dengan garam.

12.Masukkan sedikit lada hitam dan kacau.Biarkan mendidih sehingga ayam masak.

13.Tutup api dan taburkan sedikit bawang merah yang dipotong bulat,cili hijau dan cili merah.Sedia dihidang.

