Korang pernah makan kerabu yang dibuat guna gula perang? Rasanya memang lebih sedap. Selain itu, rasa ikan bilis yang masin-masin tu cukup melengkapi sedapnya resipi kerabu. Rasa yang pedas-pedas ditambah pula dengan masam daripada limau dan manis daripada gula perang, memang cukup menyelerakan. Cubalah!
BAHAN UTAMA
1 mangkuk ikan bilis (goreng)
BAHAN HIRIS HALUS
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
5 tangkai cili padi
1 biji tomato
BAHAN PERASA
8 biji limau kasturi (perah)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos ikan
CARA MEMBUAT
1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.
2. Masukkan bahan hiris halus dan gaul sampai semua mesra.
3. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga semua sebati.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asyraf dari Telegram KakiMakan