Korang tahu tak apa manfaat limau kasturi untuk kesihatan? Antaranya adalah untuk bantu legakan batuk, cairkan kahak, singkirkan lemak dalam badan dan juga bantu legakan sakit kepala. Sama ada diminum jusnya begitu sahaja, korang boleh juga campurkan dengan madu untuk mengurangkan rasa masam limau tersebut.
Selain itu, boleh juga limau kasturi ini dicampur dalam masakan. Misalnya kerabu. Selain menambah sedap lauk yang dimasak, boleh juga dapat manfaat limau itu untuk kesihatan. Jom lihat resipi Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi yang diilhamkan oleh Wan Norma melalui facebooknya.
Bahan-bahan
500 gram ikan bilis (Goreng dan toskan)
3 batang serai (hiris halus)
2 labu bawang besar (hiris halus)
7 biji cili api (hiris halus)
1 biji tomato (hiris halus)
5 biji limau kasturi (belah dua dan perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
2. Masukkan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Gaul sehingga rata.
5. Sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: Wan Norma