Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas

Share

 

Korang kalau tak tahu nak makan lauk apa dah, silalah cuba buat lauk yang simple je. Kena ada rasa masin dan pedas sikit. Tentu berselera. Misalnya kerabu ikan bilis yang dicampur limau kasturi.

Selain itu, boleh juga limau kasturi dalam kerabu ini dicampur dalam masakan. Misalnya kerabu. Selain menambah sedap lauk yang dimasak, boleh juga dapat manfaat limau itu untuk kesihatan. Jom lihat resipi Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi yang diilhamkan oleh Wan Norma melalui facebooknya.

Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi

Bahan-bahan
500 gram ikan bilis (Goreng dan toskan)
3 batang serai (hiris halus)
2 labu bawang besar (hiris halus)
7 biji cili api (hiris halus)
1 biji tomato (hiris halus)
5 biji limau kasturi (belah dua dan perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
2. Masukkan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Gaul sehingga rata.
5. Sedia dimakan.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas