Kerabu Kacang Cambah. Cukup Perasa & Lemak. Memang Sedap!

Share

Kacang cambah juga dikenali dengan nama tauge. Jika ada tauge segar, memang enak diadun menjadi kerabu. Jika suka rasa lebih masam manis, boleh menambahkan hirisan nanas untuk membangkitkan rasa kerabu.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm taugeh l dicelur

Bahan A:

  • 4 ulas bawang merah l dihiris
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 biji limau nipis
  • 2 batang serai l dicincang halus
  • 1 kuntum bunga kantan l dicincang halus
  • 2 biji cili padi
  • 100gm udang kering l direndam dan ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan taugeh kemudian dicelur sehingga setengah masak. Ketepikan.
  2. Tumbuk bahan A kemudian digaul bersama taugeh sehingga sebati.
  3. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Gaulkan rata dan sedia dinikmati.
Published by
Nur