Kerabu Makanan Laut

Share

Selain sotong dan udang, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah aneka makanan laut lain yang menjadi kegemaran. Ubah suai rasa mengikut ciatarasa anda.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor udang | direbus
  • 5 ekor sotong | direbus
  • 1/4 biji bawang besar | dihiris
  • 3 biji cili padi | dihiris
  • 1 batang serai | dihiris
  • 1/2 biji tomato | dihiris
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu makan kicap sotong
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Hiriskan kesemua bahan hiris halus.
  2. Satukan kesemua bahan hiris dan gaulkan rata.
  3. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong serta garam dan gula secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan udang dan sotong kemudian digaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.
Published by
Nur