Kerabu Mempelam Telur. Pedas, Masam Semua Cukup. Kecur Liur Aih!

Share

Kerabu Mempelam Telur ni boleh buat anda tidak duduk diam. Lihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk buat orang yang melihatnya terliur. Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Norraihan Ismail‎ ini.

 

BAHAN-BAHAN:

  • Mempelam telur muda
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Cili flake
  • Kacang tanah | disangai
  • Udang kering | digoreng
  • Gula perang secukup rasa

 

BAHAN SOS:

  • Kicap sotong
  • Madu

 

CARA MEMASAK:

  1. Potong nipis mempelam telur seperti dalam gambar dan rendam dalam air sejuk.
  2. Potong bawang merah dan cili. Campurkan cili kering, belacan dan gula perang.
  3. Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain( termasuk sos) kecuali udang kering.
  4. Campur semua bahan hingga rata. Kemudian gaul dan masukan udang kering.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

NOTA:

* Untuk sos, campurkan madu dengan kicap sotong dan masak hingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya.

* Bahan-bahan diatas tiada jumlah yang spesifik. Ikut kesesuaian & citarasa anda.

 

Kredit resipi & gambar: Norraihan Ismail‎ via MAHN

Published by
Nur