
Bagi penggemar kerabu, sajian kerabu perut pastinya menjadi pilihan dan kegemaran pada setiap masa. Rasanya yang kenyal, masam, pedas dan berperisa memang menaikkan selera. Kalau badan dan tekak rasa tidak sihat, suapan kerabu ini mampu memberikan rasa yang berbeza. Jom cuba!
KERABU PERUT SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg perut lembu telah direbus
- 2 batang serai | mayang halus
- 1 biji bawang besar | mayang halus
- 1/2 batang bunga kantan | mayang halus
- 1 biji buah tomato | potong kecil
- 10 biji cili padi | mayang halus
- 1 biji limau nipis | perah jusnya
- Cuka secukup rasa
- Sos ikan/sotong secukup rasa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
- Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan. Cili padi dan tomato.
- Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
- Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
- Sekali lagi gaul rata.
- Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Jenis Kerabu Pembuka Selera Ketika Berbuka. Cukup Rasa Masam Manis!

Hidangan kerabu sering kali dijadikan hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan ketika menikmati juadah utama. Kerabu yang ada rasa masam dan pedas, biasanya disediakan segar, membuatkan selera seseorang bertambah.
1. KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis
- 1 biji tomato hijau | hiris
- 1 biji tomato merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai muda | mayang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
- Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
2. KERABU TAUGEH KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tauge kasar
- 5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang kacang panjang | hiris nipis
- 2 biji cili merah |hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- 1 sudu makan kelapa parut | panggang
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
- Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
3. KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm suhun | rendam dan celur
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang serai muda | mayang halus
- 1 sudu makan perahan limau
- Garam dan gula secukupnya
- Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
- Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
4. KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging
- 1 biji tomato hijau | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai muda | mayang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- 3 helai daun limau purut | hiris halus
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daging direbus empuk dan hiris nipis.
- Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
5. KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | potong kecil dan celur
- 1 biji tomato | cincang nipis
- 2 biji cili merah |mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
- 1 sudu makan air perahan limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Gabungan Ikan Percik & Kerabu Jantung Pisang Membuka Selera

Menu yang paling lazat dan boleh membuka selera makan tengahari, gabungan ikan percik dan kerabu jantung pisang.
Resipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, memang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai menu lauk kampung.
IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembong saiz besar 3 ekor (disiang bersih & dilumur kunyit dan garam)
1 biji kelapa (diambil santan pekat)
1 sudu besar halba – beli online di sini
½ keping gula melaka – beli online di sini
Garam & gula
Perasa
2 asam keping – beli online di sini
½ sudu besar tepung ubi ( memekatkan kuah & bagi kuah kita berkilat nampak cantik) – beli online di sini
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
BAHAN KUAH PERCIK:
4 biji bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci kunyit – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
6 cili kering (dibuang biji & direndam dengan air panas) – beli online di sini
2 batang serai (1 batang diketuk dan 1 batang dimayang nipis untuk dikisar) – beli online di sini
Belacan sebesar hujung jari (sedikit je lah)
CARA MASAK:
1. Kisar semua bahan kuah percik (termasuk tepung ubi) kecuali serai yang diketuk. Kemudian masukkan santan, panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan serai yang diketuk. Kena selalu kacau. Apabila mendidih, masukkan bahan kisar. Kacau bagi sebati.
3. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat. Masukkan garam, gula melaka, asam keping dan perasa.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil sampai kuah pekat (kena selalu kacau ya). Masukkan halba, kacau. Dah pekat, tutup api.
5. Bakar ikan kembong (saya guna dapur arang kerana aromanya yang wangi) biar dia setengah masak.
6. Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang elak ikan hangus).
7. Bakar sampai ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali). Siap. Bila nak hidangkan, boleh masukkan ikan dalam kuah percik.
KERABU JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dipotong dan direndam air garam kemudian direbus hingga empuk. Masukkan asam keping ketika merebus
2 cawan kelapa parut muda
3 ekor ikan selayang | dibakar atau rebus & diambil isi
1 genggam ikan bilis | digoreng ranggup – beli online di sini
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam – beli online di sini
1 batang serai | ditumbuk halus
5 biji cili padi | dihiris nipis – beli online di sini
1 biji limau nipis
Garam & gula secukup rasa
Perasa
3 batang kacang panjang | dipotong kecil
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Tumbuk lada hitam hingga lumat diikuti oleh bawang merah dan putih. Ambil isi ikan dan tumbuk sekali. Ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan kelapa parut tadi. Gorengkan hingga airnya kering. Jangan sampai bertukar warna.
3. Kemudian ambil satu bekas atau mangkuk, masukkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi dan juga kelapa. Gaul bagi rata dan sebati.
4. Kemudian, masukkan jantung pisang yang direbus tadi. Gaul bagi sebati. Masukkan garam dan gula.
5. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan cili padi dan perah limau nipis.Siap untuk dimakan.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Koleksi Resipi Masakan Sotong Yang Sedap, Mudah & Cepat Siap
Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Kerabu Sotong Suhun Versi Ringkas Tapi Kaw. Orang Diet Sesuai Cuba.

Kalau rasa nak makan kerabu sotong ala Thailand, tak perlu dah beli di kedai kerana anda sendiri mampu hasilkannya sendiri di rumah. Cukup masam, masin dan pedasnya. Makan tanpa nasi pun boleh sebab ada suhun di dalamnya.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
- Bawang merah | dimayang halus
- Cuka secukupnya
- Limau nipis secukupnya
- Cili padi | dihiris
- Serai | dihiris nipis
- Daun ketumbar | dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
- Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Kredit resipi & foto: Emma Suzaima