Perut lembu perlu direbus terlebih dahulu supaya lembut dan enak dijadikan kerabu. Jika direbus menggunakan periuk tekanan, biarkan dimasak selama 30 hingga 40 minit.

 

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
Ads
  • 250gm perut
  • 30gm tauge
  • 5 batang kacang panjang | dihiris
  • ½ biji bawang besar | dihiris
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu teh kerisik | jika suka
  • 1 sudu makan gula pasir
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ biji lemon | diambil jusnya
  • 10 biji cili padi | dihiris
  • 3 sudu makan kelapa kering | disangai kekuningan

CARA MEMASAK:

  1. Rebus perut sehingga empuk bersama sedikit garam. Ketepikan.
  2. Tumbuk udang kering bersama bawang besar dan cili padi hingga halus.
  3. Campurkan rata bahan tumbuk bersama perut dan kesemua bahan lain.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa kemudian diperahkan dengan jus lemon. Gaulkan rata.
  5. Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI