
Isi Kandungan
ToggleKerabu perut pucuk paku ini memang sedap kalau ratah macam tu je. Tapi, nak makan dengan nasi pun boleh je. Tak ada masalah.
Bagi yang gemar makan perut lembu muda, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ctie Zubaidah ini ye. Mudah tapi sedap.
Bila dah asyik makan rendang ketupat je, masakan simple macam ni pun dah boleh buat kita makan berselera. Memang laku keras!
KERABU PERUT PUCUK PAKU
Bahan-Bahan:
Perut lembu (bersihkan, rebus sampai empuk)
Pucuk paku (celur)
Taugeh (celur)
Bahan Kisar:
7 biji cili api – boleh beli online di sini
2 tangkai cili besar – boleh beli online di sini
4 batang serai
1 inci halia – boleh beli online di sini
3 labu bawang besar
Belacan – boleh beli online di sini
Kerisik
Sekotak santan 200ml
Garam – boleh beli online di sini
Serbuk perasa – boleh beli online di sini
Bahan Penyedap:
Beras goreng ditumbuk
Limau kasturi (ambil jusnya) – boleh beli online di sini
Cara Membuat Kerabu Perut Pucuk Paku:
Masukkan perut dalam satu bekas. Campurkan dengan bahan kisar, pucuk paku dan taugeh. Gaul sebati.
Untuk lebih sedap, masukkan beras goreng yang ditumbuk dan jus limau. Siap. Mudah je kan?
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin Ni Memang Sangat Sedap
Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis Menu Rare Begini, Gerenti Bertambah Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

Masakan Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka pilihan yang enak serta membuka selera. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang senarai makanan Kelantan ni. Ada diantaranya yang jarang dijumpai. Untuk memartabatkan kembali sajian asli Kelantan kepada generasi muda, saudari Wan Nor Susy Susanthy bermurah hati untuk berkongsian sajian warisan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama para pembaca RASA. Semuanya resipi turun temurun yang sangat enak dan mudah disediakan.
1. TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang
- 500gm tulang / tengkuk/kaki ayam
- 10 tangkai kacang panjang – potong panjang 2 inci
- 6 tangkai cili kering
- 10 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia 1 inci lengkuas
- 5 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 biji kelapa – ambil santannya
- 1-2 keping asam gelugur @ asam jawa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ambil jantung pisang dan hiris halus. Rendam dalam air garam anggaran 30 minit untuk membuang getahnya. Kemudian perah dan keringkan airnya. Ketepikan.
2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan cili padi hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan rempah kari. Masak lagi seketika. 5. Masukkan tulang, tengkuk dan kaki ayam. Masak hingga empuk.
6. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tambahkan hirisan jantung pisang dan kacang panjang. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
9. Masak lagi hingga mendidih dan terbit minyak. Angkat dan boleh dihidangkan.
INFO:
* Hidangan ini sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebanyakan dihidangkan semasa kenduri@sebagai juadah harian.
*Ada sesetengah masak hidangan ini menggunakan Kacang Panjang@Cendawan Sisir sahaja (hanya pada musim tengkujuh di Pantai Timur)
2. BUDU TUMIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg santan pekat (1 Biji Kelapa)
- 8 ulas bawang merah – kisar
- 2 ulas bawang putih – kisar
- 2 inci halia – kisar
- 3 batang serai – kisar
- 3/4 senduk kecil cili kering kisar lumat
- 3 keping asam gelugur
- 1 botol budu kampung @ budu botol
- Gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan kisar hingga halus. Kemudian masak dengan santan serta cili kering hingga pecah minyak.
2. Masukkan budu. Masak hingga terbit minyak.
3. Tambahkan asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
4. Bila budu tumis kelihatan agak pekat, padamkan api dan sejukkan.
5. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih. Untuk menikmatinya, ambil budu tumis, patahkan cili, perah limau nipis dan cicah bersama ikan panggang tawar.
6. Jika ada lebihan, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 6 bulan.
INFO:
*Jika nak buat dalam jumlah yang banyak, tambah kuantitinya.
* Budu Tumis ini sesuai untuk Nasi Putih. Budu Tumis untuk Nasi Kerabu, resipi dan cara masaknya berbeza.)
* Hidangan ini sangat terkenal di kalangan generasi lama kerana cara membuatnya agak rumit.
3. JERUK PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat petai
- 6-8 biji cili padi
- Garam kasar secukupnya
- Air masak
CARA MEMASAK:
1. Rebus@celur petai bersama kulitnya seketika. Angkat dan toskan air.
2. Bila petai telah sejuk, picit kulit petai dan ambil isinya. Basuh dan toskan sekali lagi.
3. Masukkan isi petai ke dalam botol bersih bersama dengan air masak, sedikit garam dan cili padi. Elak letak garam terlalu banyak kerana ia akan masin.
4. Simpan botol petai jeruk di tempat kering supaya tahan lama.
5. Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
INFO:
*Petai jeruk biasanya diperam 2-3 hari @ seminggu supaya rasanya lebih sebati.
*Sedap dimakan bersama Ikan Panggang Tawar@Ikan Rebus dan dipenyek cili.
*Jeruk Jering juga boleh dibuat cara yang sama cuma Jering tidak perlu direbus. (guna jering semai baru sedap dimakan kerana rasanya yang lebih rangup.)
4. SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ikan selayang /sardin – direbus dan ambil isinya
- 14 biji cili solok @ cili hijau – buang biji
- 1 biji kelapa muda – diparut (separuh kelapa parut disangai hingga agak kekuningan (dijadikan Kelapa Goreng)
- Santan secukupnya – anggaran 1/2 – 1 cawan
- 7 biji bawang merah – tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 1 inci Halia
- 2 batang serai – ditumbuk halus
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Sedikit Jus Asam Jawa
- 10-12 tangkai kacang panjang @ pucuk Ubi Kayu
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai,halia garam dan gula hingga halus.
3. Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar.
4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi.
5. Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata.
6. Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis.
7. Ambil periuk bersesuaian, susun(lapik) kacang panjang@pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang@pucuk ubi menyerap pada Solok Lada.
8. Tuang santan, tutup periuk dan rebus Solok Lda Periuk guna api sederhana hingga cili masak dan lembut.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
5. SIRA ROTI GULA
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti babu
- 3 biji telur
- 1 cawan air – boleh lebihkan
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1-2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan hiris nipis-nipis. Kemudian celup dalam telur yang telah dipukul.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti yang dicelup tadi. Lakukan hingga habis. Angkat dan letak dalam pinggan.
3. Dalam periuk berlainan, rebus air bersama daun pandan, gula, bunga cengkih dan sedikit air gula untuk dijadikan air gula.
4. Bila gula telah larut, tuang air gula tadi pada roti yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas dan mempunyai rasa lemak manis.
6. SIRA ROTI SANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti bata @ roti Babu
- 2 cawan santan
- Sedikit air
- 2-3 biji telur
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
- 1/2 cawan gula
- 1-2 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Potong kecil roti dan celup dalam bancuhan telur yang telah dipukul.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng roti telur tadi sekejap sahaja (hingga sedikit garing). Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kuahnya, masukkan santan, gula, garam, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan roti yang digoreng tanpa minyak tadi. Masak sehingga roti sedikit lembut.
5. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Enak Dinikmati Sejuk
7. PINDANG TAPAI UBI (PENCUCI MULUT MUSIM TENGKUJUH)
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- Tapai Ubi Kayu
- 1 helai daun pandan
- Sedikit kiub ais
CARA MEMASAK
1. Masak santan bersama gula hingga larut. Kemudian masukkan daun pandan.
2. Bila santan kembali mendidih, masukkan tapai masak seketika.
3.Angkat dan masukkan sedikit kiub ais. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
INFO:
Pencuci mulut ini popular semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur..Enak dimakan bersama pulut putih@Kosong
Kredit resipi & foto: Wan Nor Susy Susanthy Bt Wan Abdul Nasir ( FB: Susy Susanthy)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya
Resipi Pai Ayam Terlajak Mudah & Sedap. Kalau Jual, Pasti Laris
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
6 Resipi Kerabu Yang Memang Sedap Kalau Makan Waktu Buka Puasa.

Ringkas penyediaannya, namun tetap mampu menambat selera. Sesuai dijadikan hidangan pembuka atau hidangan sampingan untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain. Anda boleh mencuba 6 jenis kerabu yang agak ringkas ini tapi dijamin sedap. Pilih mengikut cita rasa anda.
1. KERABU DAGING TIMUN
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging lembu
- 1 biji timun – hiris nipis
- 1 batang lobak merah – hiris nipis memanjang
- 1 biji tomato – cincang kasar
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – mayang halus
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 1 biji cili merah – mayang halus
- 6 biji cili padi – hiris nipis
- 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos cili Thai
- Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu panggang hingga masak. Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata dan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Setelah itu, tuang hirisan daging ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Lebih enak dihidangkan setelah kerabu disimpan di dalam peti sejuk selama sejam.
2. KERABU JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang – rebus empuk dan hiris nipis
- ½ cawan kelapa parut – ambil putihnya sahaja
- 2 biji limau kasturi – perah jusnya
- 1 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (tumbuk):
- 4 biji cili merah
- 4 biji bawang merah (bakar)
- 3 biji bawang putih (bakar)
- 3cm belacan bakar
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes. Ketepikan.
- Di dalam sebuah mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan jantung pisang dan kerisik ke dalam mangkuk tersebut. Gaul lagi hingga sebati.
- Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih asli, tumbuk bahan B menggunakan lesung batu berbanding dikisar menggunakan pengisar makanan.
3. KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
- 1-2 biji mangga muda
- 50gm ikan bilis – sangai dan tumbuk kasar
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya sahaja) – mayang halus
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 1 biji cili merah – mayang halus
- 5 biji cili padi- hiris nipis
- 1 sudu makan air perahan limau
- 1 sudu teh sos ikan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Buah mangga dibuang kulit dan disagat/hiris halus memanjang. Ketepikan.
- Kemudian di dalam mangkuk, satukan hirisan mangga, serai, bawang besar, cili merah, cili padi dan sos ikan. Gaul rata.
- Tambah garam (jika perlu), gula dan air perahan limau. Gaul sebati.
- Akhir sekali tabur ikan bilis dan sedia dihidangkan.
4. KERABU PERUT KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 400gm perut lembu – rebus dan hiris nipis
- ½ biji kelapa parut – sangai hingga perang
- 2 biji tomato – cincang nipis & ramas sedikit
- 2 biji cili merah – mayang halus
- 6 biji cili padi – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA-MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Jika suka boleh tambah hirisan daun limau purut.
5. KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ekor sotong saiz sederhana – potong dan bersihkan
- 1 biji tomato – hiris nipis
- 2 batang kacang panjang – potong pendek
- 1 biji cili merah – cincang dadu
- 5 biji cili padi – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – cincang dadu
- 1 helai daun limau purut – hiris halus
- 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – hiris halus
- 1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
- Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.
- Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.
6. KERABU SUHUN SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 200gm suhun
- 10 ekor udang sederhana besar – bersihkan dan celur
- 1 biji tomato – cincang kasar
- 1 biji cili merah – hiris nipis
- 1 biji bawang besar – mayang halus
- 3 biji bawang putih jeruk – mayang halus
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
- Daun ketumbar – cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Bijan – sangai (jika suka)
CARA MEMASAK:
- Suhun direndam sebentar dan celur. Toskan.
- Satukan suhun, udang, tomato, cili merah, bawang besar, bawang putih jeruk dan gaul rata.
- Tambah sos ikan, air perahan limau, garam (jika perlu) dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Tabur cincangan daun ketumbar dan bijan sangai.
6 Chinese Food Super Sedap, Wajib Cuba !

Cuti panjang hujung minggu ni sempena sambutan Tahun Baru Cina, Apa kata anda manfaat cuti ke dapur untuk mencuba satu dua resipi yang RASA kongsikan dari Scence Chinese Restaurant, Swiss Garden Hotel & Residences, KL Percayalah memang sedap dan berbaloi cuba sebagai hidangan seisi keluarga bila ahli keluarga semua berkumpul.
CHILLED BAKED FISH BELLY WITH SALAD
BAHAN-BAHAN:
- 80gm Dried Fish Maw | hiris kecil
- 30gm bawang Holland | hiris
- 30gm Chinese Parsley |hiris
- 10gm cili merah | hiris
- 10gm cili padi | hiris
- 20gm daun bawang | hiris
- 50gm sos cili Thai
- 10gm serbuk pati limau nipis
- 10gm sos ikan Thai
- 20gm salad Iceberg Lettuce | hiris
- 10gm bunga kantan | hiris
- 10gm hirisan jeruk bawang
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, goring dried fish Maw hingga garing. Angkat dan toskan.
- Campurkan hirisan bawang Holland, cili merah, cili padi bawang jeruk dan bunga kantan. Gaul rata dan ketepikan.
- Seterusnya campurkan sos cili Thai, sos ikan Thai bersama serbuk pati limau nipis di dalam campuran bahan hirisan tadi dan gaul rata.
- Akhir sekali, hidangkan bersama hirisan salad Iceberg Lettuce, daun bawang dan Chinese Parsley.
- Terus hidangkan untuk mendapatkan keranggupan.
DEEP-FRIED CRISPY SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam cengkerang lembut | bersih & toskan
- 1 biji telur
- 15gm tepung beras
- 10gm tepung Ting Meng
- 0.5gm tepung kanji kentang Hong Kong
- 20gm bawang besar | hiris
- 10gm daun Chinese Parsley |hiris
- 10gm salad Iceberg Lettuce | hiris
- 30 gm timun | hiris
- 30gm lobak merah | hiris
- 10gm daun bawang | hiris
- 0.5gm cili merah | hiris
- Sedikit hirisan bunga kantan
- 0.5gm pati serbuk limau nipis | hiris
- 20gm sos cili manis Thai
- 0.5gm sos ikan Thai
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung beras, tepung Ting Meng, tepung kanji kentang bersama sedikit lada sulah dan garam. Gaul rata.
- Masukkan telur yang telah dikacau dan tambahkan sedikit air. Kacau rata menjadi bancuhan pekat.
- Panaskan minyak dalam kuali di atas api sederhana.
- Celupkan ketam dalam bancuhan tepung, kemudian goreng ketam hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- Campurkan hirisan bawang, cili merah, bunga kantan, timun dan lobak merah, gaul rata.
- Seterusnya, masukkan sos cili Thai,sos ikan Thai dan serbuk pati limau nipis di dalamnya, gaul rata lagi.
- Kemudian campurkan hirisan salad Iceberg Lettuce dan Chinese Parsley. Gaul lagi.
- Akhir sekali masukkan dalam pinggan dan hidangkan bersama ketam goreng tadi.
CREAMY COCONUT PRAWN
BAHAN-BAHAN:
- 300gm undang putih | bersihkan
- 10gm daun kari | leraikan dari tangkai
- 5gm cili padi | hiris halus
- 20gm kelapa parut
- 2 biji telur
- 15gm susu sejat
- 30gm mentega
- 20gm salad Iceberg Lettuce
- 5gm pati serbuk ikan
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur, tambahkan susu sejat dan sedikit garam, gaul rata.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Gaulkan udang dalam bancuhan telur, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Mengunakan kuali lain, tumiskan daun kari, cili padi dan kelapa parut hingga wangi.
- Masukkan udang, dan perasakan dengan serbuk pati ikan.
- Tutup api, angkat dan hidangkan dengan salad Iceberg Lettuce
SZECHUAN MAPO TOFU POT
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket tauhu Jepun
- 100gm isi ayam cincang
- 10gm Hong Kong Starch
- 10gm cili benggala hijau
- 10gm cili benggala kuning
- 10gm cili benggala merah
- 50gm pes cili
- 30gm cuka
- 50gm gula
- 10gm serbuk ikan
- 20gm kanji kentang Hong Kong
- 10gm pes cili
- 10gm sos tiram
- 5gm kicap
CARA MEMASAK:
- Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair.
- Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
- Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi.
- Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah.
- Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi.
- Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.
.
STEAMED FISH WITH CHAOZHOU STYLE
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana & bersihkan.
- 150gm sawi jeruk | hiris halus
- 100 tomato | hiris
- 50gm halia muda | hiris halus
- 100gm Bai Ling mushroom | hiris nipis
- 50gm cili padi | hiris
- 100gm isi ayam | cincang
- 1 keping tauhu lembut | hiris
- 30gm sos plum
- 20gm bawang besar | hiris
- 20gm Chiniese Parsly | hiris
- 10gm lobak merah |hiris
- 20gm minyak masak
CARA MEMASAK:
- Kukus ikan hingga masak dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan halia dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan sawi jeruk, cendawan Bai Ling, isi ayam cincang hirisan lobak merah, tomato dan tauhu.
- Seterusnya masukkan sedikit kuah sup ayam dan perasakan dengan sos plum dan perasa secukupnya. Biarkan kuah mereneh seketika.
- Setelah secukup rasa, tutup api dan tuangkan kuah di atas ikan kukus tadi.
- Ikan kukus sedia dihidangkan.
DEEP FRIED MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
- 50gm cendawan tiram| bersihkan
- 40gm kuning telur
- 5gm serbuk perasa ayam
- 10gm gula
- 100gm metenga
- 100gm tepung gandum
- 60gm air
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati.
- Celup cendawan satu persatu ke dalam adunan tadi.
- Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
- Masukkan cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan kacau sekata.
- Hidangkan ketika panas.