Daun kari ni selalunya orang letak dalam masakan je nak bagi bau naik berselera, saya baru tahu sebenarnya boleh dijadikan lauk! Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari yang dikongsikan oleh Nurul Nadzirah dari Facebook menarik perhatian saya untuk cuba! Cara penyediaan kerabu pucuk daun kari ni pun sangat mudah gaul sahaja dah siap. Jom cuba resipi kerabu pucuk daun kari.
RESIPI KERABU PUCUK DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
Kelapa parut
Cabai Melaka (Cili) anggaran 8 biji nak pedas letak lebih
Cabai besar (Cili Merah)
Air asam jawa – BELI DI SINI
Belacan sedikit – BELI DI SINI
Isi ikan
Isi udang
Kerisik,garam,cukup rasa sedikit – BELI DI SINI
Bawang besar
Daun kari
CARA PENYEDIAAN:
1.Kisarkan cabai melaka, cabai besar, air asam jawa, dan belacan.
2.Rebuskan isi ikan dan udang tapi berasingan periuk.
3.Sediakan kerisik, garam dan perasa.
4.Hiriskan bawnag besar secara nipis.
5.Leraikan daun kari dari tangkainya ramas dan rendam selama 15 minit dengan air garam.
6.Bilas dan tapiskan daun kari tadi dan bolehlah gaul bersama dengan bahan lain tadi sehingga sebati.
SELAMAT MENCUBA!
KREDIT: NURUL NADZIRAH
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://youtu.be/AxuV8KrPNtc
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI