Selain hidangan lauk pauk, mestilah kena ada menu sayur. Barulah lengkap hidangan di atas meja makan. Kerabu Pucuk Paku Kerang antara menu berasaskan sayur-sayuran dan makanan laut yang mampu membuka selera seisi keluarga. Nak buat pun tak susah mana. Bahan-bahan pun sikit sahaja. Marilah kita cuba buat Kerabu Pucuk Paku Kerang ‘mengikut’ resipi yang dikongsikan oleh Erny Yusniza Saad
RESIPI KERABU PUCUK PAKU KERANG
BAHAN-BAHAN:
100 g tauge 100 g isi kerang yang sudah direbus Pucuk paku (dicelur) Sedikit belacan*-BELI ONLINE 1 biji cili merah*-BELI ONLINE 7 biji cili padi*-BELI ONLINE 1 sudu teh asam jawa ekstrak* Garam dan gula secukup rasa 1 biji bawang besar* 2 sudu besar kerisik* 3 sudu besar pati santan*
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Semua bahan bertanda * dikisar tanpa air. Boleh juga guna ‘hand blender.’
2. Masukkan tauge, kerang, kerisik, bahan-bahan yang dikisar tadi dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Kuetiau sedap dimakan untuk sarapan dan makan malam. Boleh dibuat sup dan juga digoreng. Kali ini RASA kongsikan resipi kuetiau goreng bersama udang yang sangat simple tapi sedap cita rasanya. Bolehlah cuba masak untuk seisi keluarga.
KUETIAU GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.
Buat sendiri chicken floss. Lepas tu boleh buat roti. Sedap buat bersahur atau berbuka puasa. Floss adalah daging yang dicarik-carik sehingga menjadi sangat halus. RASA berikan resipi chicken floss yang selalu diletakkan di atas roti yang dijual di kedai.
CHICKEN FLOSS
Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Jintan manis (sangai, tumbuk)
Ketumbar (sangai, tumbuk)
2 biji bawang merah sederhana
Cili blend terpulang kalu nak pedas isi lebih sikit
1/2 cawan santan
Sedikit garam
Dada ayam direbus
Cara membuat
1. Blend bawang dan halia.
2. Sangai ketumbar dan jintan manis. Kemudian tumbuk kasar.
3. Tumis bawang blend dan cili dengan sedikit minyak.
4. Masukkan santan.
5. Perasakan dan masukkan daging ayam yang disiat-siat halus.
6. Kacau hingga kering.
Cendawan atau mushroom adalah sejenis tumbuhan spora (kulat) yang tumbuh di atas tanah atau menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat nutrien daripadanya. Selain daripada tumbuh semula jadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan d ibiakan. Bentuk cendawan adalah pelbagai tetapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.
Cendawan membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan dan dikatakan ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai dan permintaan yang amat tinggi di pasaran. Terdapat pelbagai jenis cendawan dan antara jenis yang agak popular ialah sepertiCendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalon. Cendawan Enokim Cendawan Ganoderma Lucidum, Cendawan Butang, Shitake, Kulat Kukur dan banyak lagi.
Cendawan Sebagai Snek Makan Malam
Bagaimana apabila kita dipanggil pada waktu tengah malam oleh seseorang dan beliau mahu memakan snek sebagai pengalas perut yang lapar. Malam sudah lewat dan perut terasa lapar dan anda mahu menyediakan satu hidangan dengan cepat dan jangan pula membakar kentang kerana ia tidak menyihatkan untuk dimakan pada waktu malam. Apa kata anda membakar bahan masakan ini iaitu cendawan shitake atau apa-apa jenis cendawan yang serupa dengannya yang berada di dalam peti sejuk di rumah anda. Resepi ini sangat mudah. Dalam masa satu minit, ia sudah boleh dihidangkan atau dibawa pergi. Dan semua orang boleh menyediakannya.
Ambil beberapa cendawan shitake atau lain-lain cendawan segar dan bersihkan.
Potong kakinya dan letakkan cendawan ini secara terbalik di atas aloi yang dibalut dengan pembalut aluminium.
Renjiskan sedikit kicap soya manis atau kicap soya cair ke atas cendawan itu.
Letakkan kepingan keju di atas cendawan dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu tinggi selama 1 minit.
Setelah selesai 1 minit, keju akan mencair di atas cendawan dan baunya amat menyelerakan.
Resepi ini sangat mudah dan lazat. Cendawan lebih berzat untuk dimakan sebagai snek dari makanan lain di waktu malam. Cubalah sendiri resepi mudah ini di rumah. Jangan lupa membeli cendawan yang segar di pasar!
Kenapa Cendawan Penting?
Kenapa cendawan perlu ada dalam menu diet anda? Jom semak 4 manfaat yang anda perolehi dengan pengambilan cendawan secara konsisten.
1. Kaya Dengan Vitamin D
Fenomena jerebu yang melanda negara kita mencatatkan penurunan paras vitamin D yang penting untuk sistem tubuh. Jadi, sekiranya tiada makanan tambahan (suplemen) atau cahaya matahari yang suram, pengambilan cendawan adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap vitamin D. Hal ini kerana, cendawan merupakan satu-satunya sumber makanan berunsurkan sayuran yang lazat dan kaya dengan vitamin D (tindak balas yang terjadi dalam cendawan mampu menukarkan ergosterols kepada vitamin D apabila terdedah kepada cahaya).
2. Membaiki Sistem Imun Badan
Selain itu, cendawan juga merupakan sumber vitamin B yang baik dan memainkan peranan penting dalam sistem saraf serta dapat membantu memberikan tenaga dengan memecahkan protein, lemak dan karbohidrat. Betaglucans yang hadir dalam cendawan juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imunisasi seseorang terutamanya bagi mereka yang alergi terhadap sesuatu makanan. Manakala zat selenium dan ergothioneine pula membantu dalam melindungi sel-sel kita daripada rosak yang disebabkan oleh penyakit kronik.
3. KATAKAN TIDAK PADA OBESITI
Siapa yang tidak mahu badan kurus, ramping, cergas dan sihat, bukan? Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tertinggi di Asia. Mungkin ada di kalangan kita yang telah cuba bersenam dan kawal nafsu makan, tetapi berat tidak juga turun-turun.
Nah, ini ada berita baik! Mungkin dengan pengambilan cendawan boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Menurut kajian, ekstrak cendawan boleh membantu melawan obesiti. Sebenarnya ekstrak ini telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional Asia lebih 2,000 tahun dahulu. Ianya dikatakan mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh daripada peningkatan berat badan yang melampau, di samping mengelakkan radang yang disebabkan oleh obesiti dan sistem metabolik yang tidak berfungsi dengan baik (metabolisme yang sangat rendah). Kajian yang dilakukan ke atas tikus gemuk ini memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan.
Cendawan juga mempunyai rasa yang seakan-akan daging ayam. Jadi, bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan amat digalakkan untuk menggantikan daging ayam dengan cendawan.
Bagi penggemar cendawan, tumbuhan spora ini enak jika dicampur bersama ke dalam masakan bergoreng, pai mahupun yang berkuah seperti sup. Kalau sukakan kelainan, dengan mencampurkan cendawan ke dalam kerabu atau salad juga nampak lebih menarik, bukan?
4. Kulit Lebih Anjal
Cendawan mengandungi pelembap yang dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas. Pengambilan secawan cendawan dikatakan mengandungi 25 peratus daripada zat mineral dan menjadi agen antioksida yang mampu membantu menyelamatkan kulit anda dari selaran matahari (sunburn), mengekalkan keanjalan kulit, di samping membantu mencegah dari mendapat kanser kulit
Resipi mudah homemade Sup Cendawan Sihat dari Dapur Brian!