Kerabu pucuk paku salad ala kampung yang punya banyak khasiat. Salah satu resipi kerabu yang sangat popular dan mudah disediakan. ia juga mempunyai nutrisi seperti zat besi dan juga vitamin A.
Nak makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun dah cukup sedap. Letak kelapa, perah limau buatkan kerabu ini lebih istimewa kaya dengan pelbagai rasa.
Yang sukakan sayur tu memang wajib cuba buat kerabu pucuk paku ini. Cukup rasa dan punya khasiat yang tinggi.
KERABU PUCUK PAKU
Ads
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.
Sayur Terung enak dimasak berbagai cara. Salah satunya ialah Terung Goreng Berlada macam ni. Sangat mudah dan ringkas sahaja rencahnya namun keenakannya mampu membuatkan kita menambah nasi di pinggan. Bagi anda yang menggemari menu kampung begini, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hawa Nadila Sari ini. Pasti puas hati.
CARA MASAK TERUNG GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN: Terung bulat (warna ungu/hijau pun boleh) 1/2 genggam ikan bilis – dicuci & nak goreng dulu pun boleh – beli online disini 4 biji cili akar 2 tangkai cili merah 1 biji bawang merah besar – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 1 keping asam gelugur – beli online disini Perasa secukupnya 2 sudu makan minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan terung dan potong dua. Rendam dalam air untuk hilangkan getahnya.
2. Cili akar, cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus. Boleh juga dikisar separuh halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk halus tadi hingga wangi. 4. Seterusnya masukkan ikan bilis dan asam gelugur @ asam keping. Kacau rata 5. Masukkan terung yang telah ditoskan airnya.
6. Bila bila terung kelihatan separuh masak, perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya. 7. Gaul rata dan masak lagi hingga terung masak sepenuhnya. 8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Jika pokok kunyit anda banyak mengeluarkan hasil, jangan biarkan sahaja kerana kunyit segar ni tak tahan lama. Sayang kalau kunyit yang cantik-cantik tu dibiarkan kecut. Begitu juga jika anda ada beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak. Dari dibiarkan kering, lebih baik dijadikan serbuk kunyit. Boleh jimat belanja dapur dan puas hati dapat nikmati hasil tanaman sendiri.
CARA-CARA BUAT SERBUK KUNYIT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar
CARA MEMBUAT:
1. Basuh kunyit bersih-bersih hingga hilang pasir dan tanah.
2. Hiris kunyit nipis-nipis dan susun dalam bekas bersesuaian. Jemur hingga kering dan garing.
3. Kisar menggunakan pengisar kering hingga halus.
4. Ayak serbuk kunyit 2-3 kali bagi mengasingkan serbuk halus dan juga kepingan kunyit yang tidak dikisar halus. Kepingan kunyit kasar boleh dikumpulkan dan dikisar sekali lagi supaya betul-betul halus.
5. Simpan dalam bekas bersesuaian dan boleh digunakan dalam masakan.
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, dek kerana itu walapun sekadar kerabu atau ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Apa kata anda cuba beberapa resipi istimewa sayur yang dimasak mengikut resipi lama untuk hidangan keluarga, ia pasti tidak mengecewakan.
1. KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain enak dihidangkan bersama nasi, kari ini juga enak dihidangkan dengan roti prata atau roti Arab.
2. KELUBAN PUCUK LABU RAMPAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk labu | bersihkan dan celur
200gm udang | buang kulit, celur dan tos
BAHAN URAP:
300gm kelapa | putih sahaja
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan udang kering | kisar
8 biji cili padi | kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
1cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan urap dalam kuali hingga cukup rasa.
Hidupkan api goreng sangai bahan urap hingga sedikit garing.
Setelah cukup rasa dan sedikit garing. Tutup api dan ketepikan.
Masukkan daun labu dan udang yang telah dicelur tadi dalam mangkuk.
Taburkan bahan urap dan gaul rata hingga sekata.
Setalah siap bolehlah dihidangkan:
INFO CHEF: Perkataan keluban ini dari bahasa Jawa. Ia sama sahaja dengan urap.
3. PINCUK PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
Masukkan bersamanya bahan hirisan.
Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
Gaul rata, kemudian masukkan santan.
Gaul lagi sehingga cukup rasa.
Segera dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk resipi ini anda juga boleh gunakan jantung pisang, umbut kelapa atau terung.
4. PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Isian sayur boleh dipelbagaikan ikut cita rasa.
5. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Tujuan celur adalah untuk menghilangkan rasa gatal.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira