Kerabu Pucuk Paku Salad Ala Kampung Penuh Khasiat. Makan Dengan Nasi Atau Ratah Sahaja Pun Sedap

Share

Kerabu pucuk paku salad ala kampung yang punya banyak khasiat. Salah satu resipi kerabu yang sangat popular dan mudah disediakan. ia juga mempunyai nutrisi seperti zat besi dan juga vitamin A.

Nak makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun dah cukup sedap. Letak kelapa, perah limau buatkan kerabu ini lebih istimewa kaya dengan pelbagai rasa.

Yang sukakan sayur tu memang wajib cuba buat kerabu pucuk paku ini. Cukup rasa dan punya khasiat yang tinggi.

KERABU PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN ASAS:

  • 2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
  • Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)

BAHAN TUMBUK:

  • 5 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
  • 1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)

BAHAN PERASA:

  • garam
  • gula
  • 6-7 biji perahan limau kasturi
  • serbuk perasa (pilihan)

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
  2. Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.

INFO:

  1. Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
  2. Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adnilsam Apat

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin