
Kalau rasa nak makan kerabu sotong ala Thailand, tak perlu dah beli di kedai kerana anda sendiri mampu hasilkannya sendiri di rumah. Cukup masam, masin dan pedasnya. Makan tanpa nasi pun boleh sebab ada suhun di dalamnya.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
- Bawang merah | dimayang halus
- Cuka secukupnya
- Limau nipis secukupnya
- Cili padi | dihiris
- Serai | dihiris nipis
- Daun ketumbar | dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
- Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Kredit resipi & foto: Emma Suzaima
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak Kerabu Sardin Lebih Sedap? Tambah Biskut Tawar. Confirm Jilat Jari!

Lazimnya kita buat kerabu menggunakan ikan bilis, sayur-sayuran dan terkini ada kerabu daripada mi segera. Tapi kali ni Rasa nak cuba buat kerabu menggunakan ikan sardin. Senang je tau. Kalau takde lauk kat rumah, boleh buat kerabu sardin ni sebab ringkas dan menyelerakan. Nah min bagi resipi.
Nak tahu apa yang buat kerabu sardin tambah sedap? Rahsianya adalah biskut tawar. Tumbuk biskut tawar tu, kemudian tambahkan dalam adunan kerabu sardin korang. Gitu je. Dah sedap.
KERABU SARDIN

Bahan-bahan
2 biji telur ayam rebus (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 tangkai daun sup (dihiris)
4 keping biskut tawar (ditumbuk halus)
1 tin ikan sardin (dibuang sosnya dan dihancurkan)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Gaul mesra semua bahan.
2. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Kerabu Suhun Ala Thai, Pedas, Masam & Segar!

Kalau sebut kerabu suhun ala Thai, pasti terbayang sajian segar dengan gabungan rasa masam, pedas, masin dan manis yang seimbang. Menu ini juga dikenali sebagai Yum Woon Sen di Thailand, sejenis salad suhun yang penuh dengan rasa dan tekstur menarik.
Paling best, resipi kerabu suhun ini sangat mudah dibuat dan sesuai untuk dihidangkan sebagai pembuka selera, lauk sampingan atau menu sihat untuk makan malam. Dengan campuran suhun, udang segar, sayur rangup dan dressing Thai yang padu, confirm sekali cuba terus jatuh cinta!

Bahan-Bahan Resipi Kerabu Suhun Ala Thai
3 pek kecil suhun (rendam hingga lembut)
15 ekor udang segar (buang kulit & rebus celur sekejap)
- 100g ayam kisar (goreng tanpa minyak)
1/2 batang carrot (hiris halus / sagat)
1/2 labu bawang holland (hiris nipis)
1 tangkai daun ketumbar (dihiris)
10 biji tomato ceri (potong dua)
5 biji cili padi merah (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis (ambil jus)
4 sudu besar gula perang / gula pasir
- 5 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil serbuk perasa/ajinomoto
Cara Masak Kerabu Suhun Ala Thai (Step by Step)
Rendam suhun hingga lembut, kemudian celur sekejap dalam air panas. Toskan.
Sediakan mangkuk besar, campurkan bawang holland, daun ketumbar, cili padi, sos ikan, jus limau nipis dan gula. Kacau hingga sebati.
Masukkan udang, bawang besar, tomato, carrot, daun ketumbar. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan suhun, kacau perlahan supaya dressing merata.
Siap untuk dihidang – paling sedap dimakan segar sebaik siap!
Tips Supaya Kerabu Suhun Ala Thai Bertambah Sedap
Gunakan sos ikan berkualiti untuk rasa Thai yang asli.
Kalau suka lebih pedas, tambah cili padi atau cili kering tumbuk.
Untuk variasi, boleh tambah ayam rebus, sotong atau fucuk.
Makan terus selepas siap supaya sayur kekal rangup dan segar.
Kenapa Wajib Cuba Resipi Kerabu Suhun Ala Thai?
Segar & sihat – banyak sayur dan protein.
Cepat disediakan – tak sampai 20 minit dah siap.
Rasa lengkap – pedas, masam, masin, manis dalam satu hidangan.
Versatil – sesuai untuk menu harian atau jamuan ringan.
Itulah dia resipi kerabu suhun ala Thai yang simple tetapi penuh rasa. Sesuai untuk yang suka makanan segar, ringan tetapi tetap menyelerakan.
Jangan lupa cuba di rumah dan hidangkan bersama nasi panas atau dimakan begitu saja. Confirm sekali cuba, menu sihat ala Thai ini akan jadi kegemaran keluarga!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gabungan Lazat Ikan Percik & Kerabu Jantung Pisang: Menu Kampung Pembuka Selera
Kerabu Sardin Paling Mudah & Sedap. Sekali Cuba Terus Ketagih
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Datin Norlizah Attan Masak Kerabu Kerang Istimewa & Capati Gulung Ayam

Lauk pauk dan pelbagai hidangan pencuci mulut sudah tersedia di meja. Meja makan dihias indah. Kemahiran dan pengalaman memasaknya banyak mendapat insipirasi daripada suami tersayang Datuk Mohd Sharif Yusof dan ibu saudaranya yang mesra dipanggil Mak Usu. 
Baginya tiada had usia dalam belajar memasak.Datin Norlizah Attan ,45 tahun, mengakui beliau lebih serius mendalami ilmu masakan setelah mendirikan rumahtangga. “Sebenarnya saya taklah pandai memasak sangat, suami lagi handal. Saya banyak melihat dan belajar apa yang Datuk ajarkan . Segala bahan ramuan dan rencah saya sediakan dengan tunjuk ajar Datuk. Tetapi bila menumis Datuk yang siapkan.
Tetapi secara beransur dengan memerhatikan dan bersama Datuk bila memasak, skil memasak saya menjadi bertambah baik.” Ceritanya mengenai pengalaman memasak beliau.

Wanita yang berasal dari Paya Jaras, Selangor ini adalah anak bongsu daripada empat abang dan tiga orang kakak. Jadi ketika zaman meningkat dewasa tanggungjawab memasak banyak tergalas di bahu kakak-kakak beliau.
Di samping suami ibu saudara beliau Hajah Jemaah Zakiaria yang dipanggil Mak Usu juga handal memasak. Selain lauk pauk Mak Usu juga mahir memasak sajian pencuci mulut dan kuih muih. Puding Cermin hasil air tangan Mak Usu turut mewarnai meja hidangan tengahari itu.

Sh :Konsep Memasak
Biarpun memiliki segala perkakas memasak elektrik tetapi bila membuat sambal, Datin Norlizah tetap setia menggunakan lesung batu. “ Fryer, grill dan pressure cooker memang memudahkan dan menyingkatkan waktu memasak terutamanya masakan daging. Peralatan ini juga menjadikan makanan lebih sihat tanpa minyak atau sedikit minyak sedikit sahaja.
Tetapi apabila nak buat sambal belacan atau apa jenis sambal pun saya tetap menumbuk dengan lesung batu. Di rumah ni cili api memang tak pernah putus, sebab keluarga saya memang suka masakan pedas. Walau suami pandai masak tetapi citarasanya simple aje, dapat ikan goreng yang kecil dan sambal belacan dengan binjai dan timun dan telur dadar sudah cukup membuatkan Datuk makan dengan berselera,”ujarnya tertawa kecil.
Selain itu masakan Melayu seperti kari dan asam pedas juga menjadi ‘favourit’ keluarganya. Selagi yang mungkin Datin Norlizah juga gemar memasak sajian sihat kurang dan bebas minyak dan juga khasiat makanan seimbang seperti sajian hari ini Capati atau Tortilla dengan dada ayam bakar dan sayur-sayuran serta kerabu.

Ibu kepada tiga cahayamata, dua puteri remaja dan yang bongsu putera sempat berpesan sibuk macam mana biarlah anak-anak makan air tangan ibu bapa kerana di situ ada keberkatannya. Juga banyakkan selawat bila memasak, InsyaAllah anak-anak mendengar kata dan taat kepada kedua ibu bapa.
KERABU KERANG

BAHAN-BAHANNYA :
- 1 kg kerang |direbus dan diambil isinya
- 1 mangkuk taugeh
- 1 ikat pucuk paku | dicelur
- 2 ikat kecil daun selom | dihiris halus
- ½ biji kelapa parut | disangai tanpa minyak, tumbuk kasar
- 4 biji limau nipis | diambil airnya
- 2 biji bawang merah| dihiris nipis
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan perencah yang ditumbuk sederhana halus:
- 4 biji cili padi
- 2 biji cili merah
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kesemua bahan.Perasakan dengan garam dan gula.
2. Siap dihidangkan bersama nasi, pastikan kesemua daun-daun sudah dicelur terlebih dahul
CAPATI GULUNG AYAM

BAHAN-BAHANNYA :
- 3 keping capati segera | masak di atas kuali leper
- Daun salad secukupnya
- Tomato dihiris
- 1 biji bawang besar | dihiris
- Sos Kewpie secukupnya
Bahan ayam bakar :
- Sekeping dada ayam
- Sedikit mentega
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil dada ayam (perapkan dengan garam, serbuk kunyit, paprika, bawang putih dan lada hitam)
2 Biarkan perap sekurang-kurangnya 30 minit dan panaskan oven ke suhu 200 darjah Celcius.
3. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit.
4. Potong kecil dan ketepikan
5. Kemudian panaskan capati di atas kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega. Masak hingga ia menggelembung dan angkat.
6. Sapukan mentega di atas capati susunkan salad, bawang dan hirisan tomato. Picitkan sos kewpie (mayonis) di atasnya.
7. Gulung dan potongkan, hidangan sedia untuk dimakan.
AYAM BEREMPAH (AYAM POP)

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dipotong ikut saiz yang disukai
Bahan yang ditumbuk sederhana:
- 3 sudu makan marjerin
- 3 sudu makan jintan manis | disangai
- 3 sudu makan jintan putih | disangai
- 2.4sm @ 1 inci halia
- 2.4sm @ 1 inci lengkuas
- 1 biji kunyit hidup | besar ibu jari
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 biji kelapa parut
- Sedikit garam |* marjerin juga mempunyai garam
CARA MEMASAK :
Cara perapan ayam :
1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dan dipotong dengan marjerin.
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan gaul mesra
3. Perasakan dengan garam.
Cara memasak :
4. Biarkan dan perapkan selama 3 jam atau lebih.
5. Pijarkan minyak dan goreng dengan minyak penuh.
6. Biarkan dan balikkan sehingga garing dan perang keemasan
7. Angkat dan toskan minyak. Sajian siap dihidang.

