Kerabu Sotong Suhun Versi Ringkas Tapi Kaw. Orang Diet Sesuai Cuba.

Share

Kalau rasa nak makan kerabu sotong ala Thailand, tak perlu dah beli di kedai kerana anda sendiri mampu hasilkannya sendiri di rumah. Cukup masam, masin dan pedasnya.  Makan tanpa nasi pun boleh sebab ada suhun di dalamnya.

KERABU SOTONG SUHUN

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
  • Bawang merah | dimayang halus
  • Cuka secukupnya
  • Limau nipis secukupnya
  • Cili padi | dihiris
  • Serai | dihiris nipis
  • Daun ketumbar | dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap sotong secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
  3. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Nota: Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.

 

Kredit resipi & foto: Emma Suzaima

Published by
Nur