Kerabu suhun memang sangat mudah cara penyediaannya, tak perlu pun masak berjam-jam hanya perbanyakkan menggaul bahan sehingga sebati segala bahannya dan dah siap! Sesuai sangat resipi kerabu suhun ni untuk orang yang sukakan menu ringkas tapi sedap. Resipi Kerabu Suhun yang dikongsikan oleh Cik Ning Haniey di Facebook ada menggunakan kerang dan sotong dalam penyediaan Kerabu Suhun ni memang sangat istimewa rasanya. Jom kita cuba resipi Kerabu Suhun ni.

 

RESIPI KERABU SUHUN

Kerabu Suhun Sedap Di Ratah, Campak Campak Dah Siap

BAHAN-BAHAN:

Kobis jepun

Lobak merah

Jus limau nipis

Ads

Bawang merah

Cili padi merah/hijau

Kerang

Sotong

Suhun

Gula

Garam

Perisa

Cuka

Kicap

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Sediakan bekas yang sesuai untuk menggaul kesemua bahan.

Kerabu Suhun Sedap Di Ratah, Campak Campak Dah Siap

  1. Masukkan garam, gula, cuka, dan kicap mengikut selera masing-masing.
  1. Masukkan bahan lain seperti lobak merah, cili, bawang, sedikit jus perahan limau nipis, sotong (direbus), dan kerang (direbus) boleh cuba rasa dahulu dan tambah apa yang patut jika kurang rasa.

Kerabu Suhun Sedap Di Ratah, Campak Campak Dah Siap

Ads
  1. Masukkan suhun yang telah dicelur gaul sehingga sebati dan serasi.

 

SELAMAT MENCUBA!

 

Kredit: Cik Ning Haniey

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Roti Titab Sarapan Pagi Ala-Ala Kopitiam Di Rumah Sahaja

Ads

Resipi Laksa Johor Kuah Pekat Pasti Menjadi!

Resipi Aneh Tapi Sedap, Ayam Asap Teh Yang Beraroma dan Menyelerakan

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI