Kerabu Telur Dadar. Ringkas & Mudah Disediakan.

Share

Lebihan telur dadar jangan dibuang. Ia boleh diolah menjadi hidangan yang lebih enak. Salah satu yang anda boleh hasilkan ialah Kerabu Telur Dadar.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping lebihan telur dadar | dihiris halus
  • 30 gm daun selum | dihiris halus
  • 1 biji bawang besar | dihiris halus
  • 1 helai daun limau purut | dihiris halus
  • 1 biji cili merah | dicincang halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya

 

CARA MEMASAK:
  1. Masukkan hirisan telur dadar ke dalam bekas bersama dengan bawang besar, cili merah dan daun limau purut.
  2. Perahkan jus limau nipis. Gaul rata
  3. Sedia untuk dinikmati.
Published by
Nur