Lauk paling mudah dan cepat. Jika dah bosan memikirkan menu untuk dimasak hari ini, boleh cuba menu olahan dari telur masin ni pula. Kerabu Telur Masin ni ‘simple’ je tapi rasa dia memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas, fuhhh…terangkat! Makan dengan bubur pun sedap. Jom cuba.
RESIPI KERABU TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur masin – rebus
- 1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis
- 8 biji cili padi – hiris
- 5 sudu makan cuka
- 2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.
- Seterusnya masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Resipi Olahan Pekasam Yang Pasti Bikin Tambah Selera Makan Nasi
Ramai peminat pekasam yang tercari-cari macam mana lagi cara nak buat pekasam jadi lebih sedap dan menyelerakan. Bukan setakat digoreng, tapi pekasam sebenarnya boleh dijadikan kerabu. Bagi menambah lagi rasa pekasam, boleh tambahkan ulam petai dalam masakan pekasam. Rasanya? Jangan cakaplah, memang sedap!
PEKASAM DAGING MERECIK PETAI
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali berasingan, goreng petai dengan sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yang telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
Sepeket pekasam daging
1 biji bawang merah,
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
1 biji tomato
Cili api secukupnya
2 batang serai
Sedikit daun limau nipiss
Sedikit perahan air limau nipis
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Potong kecil Pekasam Daging Merecik dan goreng sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Racik halus bawang merah, bunga kantan, daun ketumbar, tomato, cili padi dan serai. Gaul semua yang telah diracik bersama dengan pekasam.
4. Tuang perahan air limau nipis semasa menggaul.
5. Perasakan dengan sedikit garam.
6. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Resipi Kerabu Ikan Bilis Guna Gula Perang Yang Memang Sedap
Ikan bilis sedap dibuat sambal tumis. Selain itu, ikan bilis pun sedap kalau dibuat kerabu. Rasa yang pedas-pedas ditambah pula dengan masam daripada limau dan manis daripada gula perang, memang cukup menyelerakan. Cubalah!
Kerabu Ikan Bilis
Bahan-Bahan
1 mangkuk ikan bilis (goreng)
Bahan Hiris Halus
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
3 helai daun limau purut
1 biji bawang holland
5 tangkai cili padi
1 biji tomato
Bahan Perasa
8 biji limau kasturi (perah)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos ikan
Cara membuat
1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.
2. Masukkan bahan hiris halus dan gaul sampai semua mesra.
3. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga semua sebati.
Selamat mencuba.
Resipi oleh Asyraf dari Telegram KakiMakan
Kerabu Ikan Bilis Rangup, Best Betul Bila Makan Bunyi Krup Krap
Menu kerabu mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Selain terkenal dengan hidangan sihat dan segar, kerabu antara juadah pembuka selera dan cara penyediaannya juga ringkas dan cepat. Kerabu Ikan Bilis antara menu yang sangat sesuai dimakan sama ada ketika berbuka mahu pun ketika bersahur. Ini resipi Kerabu Ikan Bilis yang dikongsikan oleh Haslina Mohamad
RESIPI KERABU IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis (goreng bagi garing) – BELI ONLINE
Bawang besar
Bunga kantan
Serai
Daun ketumbar (jika suka)
Cili padi – BELI ONLINE
Tomato – BELI ONLINE
Air perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
*sukatan boleh ikut masing-masing dan kuantiti kerabu yang dikehendaki.
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan ke semua bahan dan gaul rata.
2. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
3. Kerabu Ikan Bilis ini sedap dimakan terus selepas semua bahan siap digaul sebati. Bila makan baru rasa rangup. Jika disimpan, ia akan sedikit lemau. Elok sebatikan semua bahan ketika hendak makan. Barulah kunyah rasa sedap dan ikan bilis tidak lemau.
Sumber kredit: Haslina Mohamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis, Sedap Macam Dekat Kenduri!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official