Istimewa bagi pencinta kerabu, menu Kerabu Tembikai perkongsian saudari Misbahul Munirah ni boleh dicuba. Ini kerana menu ‘rare’ orang Utara ni sangat sedap dan mudah disediakan. Lebihan isi pada kulit tembikai yang biasa dibuang begitu sahaja, rupanya boleh dijadikan sajian pembuka selera. Kena cuba ni. Pasti sedap.
RESIPI KERABU TEMBIKAI UTARA
BAHAN-BAHAN:
Ads
Lebihan isi tembikai yang lepas dipotong ( masih di kulit)
1 biji bawang merah
5-6 biji cili padi hijau
Belacan secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Kikis lebihan isi tembikai yang masih ada di kulit hingga ke lapisan putih. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Picit belacan dan cili padi. Kemudian hiris bawang merah halus-halus.
3. Gaul semua bahan dan sebatikan. Tambah secubit garam untuk menyedapkan rasa. 4. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kerabu Tembikai ni kalau lebih pedas, lagi sedap rasanya.
Nak buat agar-agar ni sebenarnya mudah sangat, terpulang nak buat perisa apa janji ada bahan. Kalau baru pertama kali nak mencuba buat agar-agar, bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh Ani Zam di Facebook iaitu resepi agar-agar sirap! Jangan pandang sebelah mata ya dengan resepi ni mentang-mentang sekadar sirap, tapi kalau dah jadi agar-agar yang dah disejukkan, gerenti ketagih banyak kali menyelinap buka peti sejuk ambil agar-agar sirap ni! Bukan anak-anak je yang sukakan agar-agar ni, mak ayahnya pun boleh bergaduh makan agar-agar ni. Jom kita cuba!
Onde-Onde atau kuih buah Melaka antara kuih paling senang dan sedap. Disukai ramai,terutamanya pada bulan Ramadan. Jadi anda simpan resipi ini dalam koleksi kuih muih. Tapi kalau nak buat terus pun takda masalah, resipi disediakan dan senang nak buat.
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu setiap bahagian.
Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Gaulkan dengan kelapa.
Lakukan cara yang sama hingga habis.
Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.