Kerabu Udang Terlajak Sedap. Menyesal Kalau Tak Cuba Ni.

Share

Udang antara makanan lauty yang sangat enak dijadikan kerabu. Bahan-bahannya pun tidak terlalu banyak digunakan. Ia bertujuan untuk menyerlahkan rasa manis udang.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 20 ekor udang | dibuang kulit dan urat belakangnya
  • 2 biji tomato | dipotong
  • 1 biji timun | dihiris nipis
  • 1 cawan hirisan batang saderi
  • 5 biji cili padi | dihiris nipis
  • 2 biji jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos ikan atau sotong
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

 

  1. Celur udang seketika dan toskan.
  2. Dalam sebuah mangkuk besar, satukan sayuran dan udang.
  3. Masukkan sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis. Boleh ditambah kuantiti sos ikan, gula atau jus limau agar seimbang rasa masin, masam dan manisnya.
  4. Gaul hingga rata dan hidangkan.
Published by
Nur