Kerak dalam cawan ini selalu ada pada cawan atau mug yang selalu digunakan di rumah.  Boleh jadi kesan dari kopi atau teh yang kita tuang di dalamnya.

Kadang-kadang cawan di restoren pun ada yang begini sehingga kita rasa geli bila  melihatnya selesai minum. Kesan ini walaupun kita sental memang sukar ditanggalkan. Sebab itu ada yang terus buang saja cawan yang ada kerak begini.

Namun sebenarnya ada petua mudah untuk menghilangkan kesan kotoran ini. Ia hanya perlu direndam dengan tiga bahan dapur saja untuk membersihkannya.

Cara hilangkan kesan kerak degil dalam cawan

Kerak Dalam Cawan, Guna Baking Soda Untuk Bersihkannya

Ads

 

Bahan-bahan diperlukan

1. Baking soda

2. Cuka

3. Pencuci pinggan mangkuk

Kerak Dalam Cawan, Guna Baking Soda Untuk Bersihkannya

Ini langkahnya

1. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.

2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.

Ads

3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.

4. Tambahkan dengan air panas/air suam dan kacau sebati

5. Biarkan selama 10 minit

6. Selepas itu cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.

Ads

TIP: Bagi kotoran yang terlalu degil, rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.

Sumber: Sabunku Malaysia

Baca: Periuk Dah 22 Tahun, Guna Hari-Hari Tapi Kekal Bersih Berkilat. Ini Tip Mencucinya

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI