Kerak dalam cawan ini selalu ada pada cawan atau mug yang selalu digunakan di rumah. Boleh jadi kesan dari kopi atau teh yang kita tuang di dalamnya.
Kadang-kadang cawan di restoren pun ada yang begini sehingga kita rasa geli bila melihatnya selesai minum. Kesan ini walaupun kita sental memang sukar ditanggalkan. Sebab itu ada yang terus buang saja cawan yang ada kerak begini.
Namun sebenarnya ada petua mudah untuk menghilangkan kesan kotoran ini. Ia hanya perlu direndam dengan tiga bahan dapur saja untuk membersihkannya.
Cara hilangkan kesan kerak degil dalam cawan
Ads
Bahan-bahan diperlukan
1. Baking soda
2. Cuka
3. Pencuci pinggan mangkuk
Ini langkahnya
1. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.
Ads
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas/air suam dan kacau sebati
5. Biarkan selama 10 minit
6. Selepas itu cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.
Ads
TIP: Bagi kotoran yang terlalu degil, rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.
Bila beli ayam di pasaraya, kadang-kala servis memotong ayam memerlukan anda menunggu lama lebih-lebih lagi pada hujung minggu, di hari cuti dan juga di musim-musim perayaan. Penat nak menunggu. Silap-silap, ayam anda pun diambil orang. Maklumlah, banyak sangat ayam yang beratur untuk dipotong. Bagi yang nak belajar potong ayam sendiri di rumah, berikut adalah cara-caranya asas yag boleh anda cuba.
BAHAN DIPERLUKAN:
Ayam
Pisau tajam
Papan pemotong
CARA –CARA:
1. Telentangkan ayam dan kelar sedikit pada bahagian pahanya.
foto: olgasflavorfactory.com
2. Balikkan ayam dan potong di bahagian tengah badan diantara paha dan dada ayam.
3. Kepakkan menggunakan tangan bagi mengasingkan bahagian paha dan dada.
4. Asingkan bahagian dada ayam menjadi dua bahagian dengan memotong melalui sisi leher ke bawah diikuti bahagian paha. Penggunaan pisau tajam bersaiz besar amat diperlukan kerana bahagian ayam yang bertulang.
5. Setelah ayam dipotong empat bahagian, anda bolehlah memotong setiap bahagian tersebut menjadi ketulan yang lebih kecil.
INFO:
1. Guna pisau tajam sewaktu memotong ayam bagi memudahkan ayam dipotong dan juga mengelakkan isi ayam hancur.
2.Jika ayam anda bersaiz kecil, sebaiknya dipotong empat atau lapan sahaja.
foto: olgasflavorfactory.com
3. Jika ayam bersaiz besar, boleh memilih untuk memotong secara empat, lapan atau 12 bahagian.
4. Bersihkan ayam terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
foto: sarcasm.co
5. Asingkan ayam dalam beberapa bekas berasingan mengikut jumlah untuk sekali masak. Ia bagi memudahkan proses penyimpanan, defrost serta memasak.
Semua wanita ingin wajah yang cantik dan muda sampai bila-bila. Ada yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk membeli produk kosmetik dan ubat-ubatan mahal.
Persoalannya, adakah produk dan ubat-ubatan ini selamat? Anda mungkin tidak sedar yang anda sebenarnya ada 7 makanan awet muda yang boleh didapati di dapur! Buat apa susah-susah bahayakan diri anda. Baik kita gunakan bahan-bahan ini je, jimat pun jimat!
Avokado
Avokado mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang sangat berkesan, tak kisahlah sama ada anda makan buah ataupun minyaknya.
Menurut My Domaine, avokado adalah sumber vitamin E yang baik, dimana ianya amat baik untuk kulit.
Di samping selalu digunakan untuk merawat kesan parut, kandungan lemak di dalam avokado boleh menjadikan kulit anda licin, lembap, dan lembut. Inilah buah rahsia awet muda yang kita perlukan!
Tomato
Buah tomato sangat tinggi dengan vitamin C, vitamin yang membantu menghasilkan kolagen. Menurut laporan The Huffington Post, kolagen membantu kulit anda untuk kelihatan tegang.
Lycopene di dalam tomato juga boleh menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan membantu sistem peredaran darah anda.
Oat
Karbohidrat kompleks seperti oat mempunyai indeks glisemik yang rendah. Menurut ahli dermatologi Dr. Debra Jaliman dari WebMD, apabila anda memakan oat, ia tidak akan menaikkan gula dalam darah anda atau menyebabkan jerawat dan kedut.
Oat juga boleh menghalang kerosakan kulit dan membantu melegakan kulit yang radang. Jadi, amalkan makanan awet muda ini untuk rahsia kecantikan kulit dan penjagaan kesihatan, sekaligus!
Sayur Bayam
Menurut laporan Fitness Magazine, bayam adalah sumber beta-carotene serta luteinyang baik.
Kedua-dua ini membantu kulit untuk kekal tegang. Sayur bayam juga mengandungi phytonutrients yang boleh melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh matahari.
Kalau anda memperbanyakkan makanan awet muda ini dalam hidangan harian mulai sekarang, nescaya kulit anda akan kekal tegang dan kekal awet muda sampai ke tua!
Salmon
Menurut Today.com, ikan dengan kandungan lemak omega-3 yang tinggi seperti salmon ataupun ikan sardin akan memastikan hati dan sistem saraf anda dalam keadaan yang sihat. Lemak Omega-3 juga akan memberi anda rambut dan kulit yang sihat.
Coklat Pahit
Bukan coklat biasa ya, tetapi coklat pahit. Makanlah coklat pahit dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70% kerana ia sebenarnya baik untuk anda!
Menurut Marie Claire, coklat pahit kaya dengan protein dan vitamin B. Coklat pahit boleh meningkatkan kesihatan kulit, rambut dan boleh membantu anda untuk membakar lemak! Percaya tak?
Terung
Menurut Oprah.com, terung mendapat warnanya dari nasuninsejenis antioksidan, yang juga datang dengan unsur-unsur anti-penuaan.
Nasunin dapat menghalang sel kanser serta memastikan neuron anda sihat dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer atau penyakit orang tua.
Senang saja nak cari semua makanan untuk awet muda ini kan? Jadi jom amalkan pemakanan sihat dengan 7 makanan di atas sebagai langkah awal untuk kekal awet muda. Moga-moga kita dapat kekal sihat hingga ke tua.
Bagi mengekalkana khasiat bawang putih, cara terbaik menggunakannya adalah dengan cara ketuk kemudian cincang bawang putih sebelum dimasukkan dalam masakan. Elakkan dari menumbuk atau mengisar. Tujuannya supaya segala enzim dalam bawang putih tidak hilang dan anda boleh memanfaatkannya untuk kesihatan.
Namun bila anda mencincangnya,ia akan meninggalkan baunya yang sering melekat pada tangan, hal ini agak kurang menyenangkan. Tetapi jangan risau, mudah sahaja mengatasi masalah ini adalah mudah. Anda hanya perlu hiris leman kemudian campurkan dengan garam dan serbuk soda. Gaulkan bersama dan gosokkan pada tangan selama satu atau dua minit sebelum dibilas dengan air bersih. Pasti bau bawang putih tiada lagi.
Tip: Jangan kupas bawang putih jika tidak digunakan. Sebaiknya simpan bawang putih dengan kulit-kulitnya.