Kerang Air Lemon. Menu Sedap Buat Penggemar Mukbang Ala Thailand

Share

Bagi anda yang menggemari sajian ala Thai, patut cuba resipi Kerang Air Lemon perkongsian saudari Cik Yana ni. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah didapati. Tidak perlu susah-susah ke pasaraya. Semuanya ada di dalam peti sejuk. Sekali tengok, persis sajian mukbang orang Thailand. Hmm…terasa pedas, masam, masinnya. Enak dinikmati bersama hirisan timun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini.

RESIPI KERANG AIR LEMON SEDAP

BAHAN BAHAN:
1 kg kerang – basuh,rebus dan kopek kulit
1 biji tomato – dadu kecil
2 tangkai akar ketumbar – hiris
Cili api ikut kepedasan masing-masing – tumbuk
1 biji bawang besar – hiris beli online disini
Jus lemon secukupnya
Garam dan gula secukup rasa beli online disini

Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging

CARA MEMASAK:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan. Hiris halus supaya senang untuk dimakan. Jika tiada ketumbar, boleh diabaikan. Guna isi kerang segar supaya rasanya lebih enak.

2. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.

3. Perah jus lemon dengan secukupnya.

4. Tambahkan garam serta gula mengikut cita rasa masing-masing.

5. Gaul semua bahan hingga rata. Rasa dan tambah perasa jika ada yang berkurang.

6. Kerang Jus Lemon sedia untuk dihidang. Enak dinikmati bersama hirisan timun.

Kredit resipi & foto: Cik Yana via Rasa Share Resipi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur