Kerang Goreng dan Pekasam Daging, Dua Menu Buat Tambah Selera

Share

 

 

Ini adalah dua resipi yang RASA pasti korang akan suka. Hidangan tradisi macam ni memang sangat membuka selera. Lagi-lagi kalau ada pekasam yang lengkap dengan petai. Tak cakap banyak, terus ambil pinggan dan duduk makan. Cubalah buat. Simple je dua lauk ni.

KERANG GORENG

Bahan-bahan
½ kg kerang
25 gram cili kering
3 sudu besar udang geragau
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos tiram

Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan kecuali kerang, gula, garam dan sos tiram.
2. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan gula, garam dan sos tiram. Kemudian masukkan kerang.
4. Gaul sehingga sebati dan tunggu sehingga kerang masak. Siap untuk dimakan.

PEKASAM DAGING MERECIK PETAI

Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH

Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali berasingan, goreng petai dengan sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yang telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas