Makan

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang, Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Share

Kerang goreng kunyit dengan kentang ini boleh dijadikan pilihan untuk masakan kerang selain dibuat sambal atau direbus.

Cara membuat pun ringkas, campak-campak siap.

Resipi kerang goreng kunyit berkentang

Bahan-bahan

1 mangkuk kerang -dibuang kulit
2 biji kentang – hiris sederhana nipis, digoreng dulu.
1 biji bawang besar -dihiris dan bahagi 2 bahagian.
3 tangkai cili padi
1 tangkai cili besar -dihiris
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Garam, gula, serbuk perasa

Cara memasak

1. Panaskan minyak, goreng kerang. Kacau dan biar masak.

2. Masuk bawang besar dan bawang putih. Kacau sampai bawang sedikit layu.

3. Masuk cili besar dan cili padi dan serbuk kunyit. Kacau.

4. Letak 2 sudu besar sos tiram. Kacau lagi.

5. Masuk sedikit air kemudian letak kentang goreng.

6. Masuk lebihan bawang, dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Kacau hingga sebati. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Tip ekstra : Petua bersih kulit kerang

Guna serai

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo

ada serai la kan.

Pelepah pisang

Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Hampas kelapa

Hampas kelapa yang sudah diperah santannya jangan buang dulu. Boleh guna untuk bersihkan kerang. Cuma gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. 

Kredit resipi & foto: Liza Idris

Baca Lagi : Resipi Kerang Sambal Tumis, Tak Perlu Buang Kulit. Paling Sedap Diratah

 

Published by
Rose