Kerang Rebus Sos Butter Chili, Resipi Yang Pedas & Berkrim

Share

Hidangan yang cukup membuka selera, tentunya Kerang Rebus Sos Butter Cili. Nampak cukup enak, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas. Cukup dengan rasa pedas dan ‘creamy’ dari mentega.

Gunakan Mentega Anchor Salted kerana mentega ini diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Dengan warna keemasan semula jadi dan rasa berkrim, Mentega Anchor memang sesuai digunakan untuk hidangan ini. Jom cuba! 

KERANG REBUS SOS BUTTER CHILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kerang – bersihkan

BAHAN-BAHAN B (SOS):

  • 100gram Anchor Butter Salted
  • 400ml Susu Full Cream Fernleaf
  • 200gram Anchor Cooking Cream
  • 1 sudu makan chili flakes
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu teh paprika
  • 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 6 biji cili padi – cincang
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kerang dibersihkan lalu rebus mengikut yang diingini. Buka kerang dan susun dalam pinggan/mangkuk yang sesuai.
  2. Untuk membuat sos; cairkan Anchor Butter Salted dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari, cili padi, paprika dan chili flakes.
  3. Tuang Susu Full Cream Fernleaf dan Anchor Cooking Cream.
  4. Masukkan gula, lada sulah dan garam secukupnya. Didihkan sebentar hingga semua bahan sebati.
  5. Tuang sos butter cili ke atas kerang rebus dan hidangkan.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma