Korang dah mula mengumpul biskut raya ke? Ada yang terlebih rajin lebih suka membuatnya sendiri. Lagi puas makan katanya. Biskut Batang Buruk ini kalau buat awal pun boleh simpan buat kuih raya nanti atau mungkin juga boleh buat kudapan lepas bertarawih.
BISKUT BATANG BURUK
Bahan-bahan:
* 2 bungkus besar kulit popia
* 3 bungkus tepung kacang hijau
* 800 gram gula aising
* 2 biji putih telur – sebagai pelekat
* Straw saiz besar
* Minyak – untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Potong kulit popia memanjang seperti didalam gambar mengikut ukuran pembaris
2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung di straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat
3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi sekejap dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya
4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan
5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan.
6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising – kisar gula sampai jadi halus.
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati.
8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat
9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.
Nota: Ada yang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau, hanya gaulkan bagi rata. Resipi ini dapat 2 kilo setengah, kalau nak buat sikit, boleh bahagikan 2 bahan-bahan di atas.
Kredit Ruzita Hashim
Kaswi Pandan Lemak Manis, Menggoda Sungguh Tak Sabar Nak Buat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Olahan Enak Bakeri & Pastri Dari Makanan Laut,
Menepati tema makanan laut yang diberi barisan tenaga pengajar dari SG Academy, Kuala Lumpur terdiri daripada Chef Fariburz , Chef Nadzirah dan Chef Wan Noraini berjaya mengolah lima bakeri dan pasteri yang lazat.Bun, tart dan croissant gebu dan enak daripada udang, ketam dan kerang menghasilkan keunikan rasa yang hebat. Jom semak resipi ini.
1. BUN SERUNDING KERANG
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk bun :
- 1kg tepung gandum | diayak
- 4 sudu makan marjerin
- 4 sudu makan gula halus
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 paket yis mauripan
- 2 1/4 cawan air suam
Bahan serunding kerang :
Bahan A :
- 1kg kerang
- 3 sudu makan air asam jawa
- 10gm kelapa parut
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Bahan B (dikisar ):
- 3 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh jintan halus
- 1 sudu teh jintan kasar
- 2.5sm halia
- 10gm cili kering | direbus dahulu
CARA MEMASAK :
Cara masak bun:
1. Campurkan air suam, yis, gula, susu tepung, marjerin dan garam dalam bekas besar dan kacau rata.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit (sekiranya masih lembik), uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
3. Uli agak lama untuk mendapatkan doh yang lembut dan gebu.
4. Bentukkan bulat dan rehatkan pada bekas dan tutup dengan tuala ataupun kain basah selama beberapa 1/2 jam agar doh naik .
5 Tumbuk doh untuk membuang angin pada doh.
6. Bentukkan adunan doh kepada beberapa bahagian , bulatkan dan masukkan serunding kerana mengikut citarasa sendiri dan susun ke dalam loyang.
7.Bakar roti selama 20 minit.pastikan suhu oven pada 180c .
Cara masak serunding kerang :
1. Rebus kerang & buang kulitnya
2. Kisar bahan B
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar B. Tumis hingga naik bau dan masukkan kerang.
4. Masukkan gula,garam dan air asam sehingga kering.
5. Masukkan kelapa goreng dan goreng sehingga rendang kerang betul-betul kering supaya tahan lebih lama .
6. Bila serunding dah siap masak, masukkan dalam adunan doh
Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak : 1 jam 10 minit
Cara memasak : Tumis (saute) dan bakar
Keistimewaan : Bun serunding kerang pilihan lazat untuk penggemar makanan laut
Jenis masakan : Roti bun
Anggaran kos : RM10
INFO CHEF : Pilih kerang yang betul-betul segar, cengkerang tertutup rapat.
2. CROISSANT SANDWICH ISI KETAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- 227gm (8 oz) isi ketam | dicincang
- ½ cawan mayonis
- ½ cawan yogurt
- ¼ cawan daun saderi | dicincang
- 2 sudu teh keju cheddar | diparut halus
- 1 sudu teh bawang besar | dicincang halus
- Garam secukup rasa
- 1/8 sudu teh lada hitam
- 4 helai daun salad
Bahan croissant (pastry lapis):
- 250gm tepung protein tinggi
- 13gm telur
- Garam secukup rasa
- 25gm gula kastor
- 10gm susu tepung
- 5gm yis
- 20gm mentega
- 112gm air ais
- 113gm pastri majerin *ada dijual di kedai bakeri
- ½ sudu teh bread softener
CARA MEMASAK :
Cara membuat croissant (pastri lapis)
1. Masukkan tepung, telur, garam, gula kastor, susu tepung, yis, bread softener dan mentega, gaul hingga sebati.Kemudian masukkan air ais dan uli hingga sebati dan menjadi doh, tutup doh dengan kain lembap dan biarkan doh selama 10-15 minit
2. Canaikan doh setebal 10mm dan letakan pastri majerin di tengah-tengah. Buat lipatan sebanyak tiga kali.
3. Canai lagi hingga nipis dan buat lipatan
4. Canai lagi dan buat lipatan 3 dan lipat buku, rehatkan doh 10 minit
5. Canaikan doh setebal 5 mm, Potong melintang menjadi segitiga.
6. Letakkan di atas dulang yang telah di gris dan biar ia naik 2 kali ganda
7. Sapu dengan telur dan bakar pada suhu 190C selama 15 minit.
8. Siap untuk dihidang
Cara masak inti :
1.Masukkan dalam mangkuk, selepas itu,masukkan isi ketam, saderi, bawang dan keju.
2. Kemudian masukkan mayonis dan yogurt,garam dan lada hitam gaul sehingga sebati
3.Selepas siap kita masukkan inti ke dalam Croissant
4.Siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 35minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Croissant adalah menu berasal dari Austria dan Perancis
Jenis masakan : Pastri lapis
Anggaran kos : RM10
INFO CHEF : Isi ketam harus segar dan simpan di dalam chiller untuk mengelakkan terbit bau hanyir.
3. BURGER IKAN DORY
BAHAN-BAHAN :
Bahan roti burger :
- 500gm tepung roti
- 2 biji telur
- 11gm yis
- 1 liter air
- 80gm mentega
- Garam secukup rasa
- 10gm baking powder
- 15gm bijan
Beberapa titik pewarna *jika suka
Bahan isi (patty) ikan :
4 keping isi fillet ikan dory | tanpa kulit, tanpa tulang
2 sudu makan minyak zaitun
1 biji lemon | zest halus parut
1 sudu makan daun parsli | dicincang halus
Garam secukup rasa
10gm breadcrumb
2 biji telur
10 gm tepung gandum | campurkan sedikit air untuk dicelup
Bahan sos tartar :
1 cawan mayonis
1 sudu makan gherkins *sejenis acar timun | dicincang halus
1 bawang merah | dicincang halus
1 sudu makan jus lemon
*Gaulkan kesemua bahan
CARA MEMASAK:
Cara masak roti burger:
1. Masukkan tepung roti, telur, mentega, gula kastor,garam dan yis dalam 1 adunan .
2. Kemudian uli sehingga menjadi doh sehingga mejadi lembut
3. Selepas itu, rehat doh dalam 45 minit.
4. Selepas doh kembang, bahagikan doh menjadi 40 gm tiap satu.
5. Bentukkan menjadi bebola dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah di gris.
6. Rehatkan doh sebentar selama 15 minit dan taburkan bijan
7. Akhir sekali, bakar pada suhu 180c selama 15 minit
Cara masak patti ikan :
1. Campurkan minyak zaitun,lemon,pasli,garam dan lada dalam bekas.
2. Kemudian celupkan dengan tepung ,telur dan bread crumb.
3. Selepas itu, panaskan pan dan grill sehingga masak dalam
2-3 minit dan terbalik- balikan sehingga warna keperang-perangan.
Cara hidangan :
1. Selepas roti dah siap dibakar ( sejukkan)
2. Kemudian potong roti dari sisi tepi.
3. Selepas itu , sapu sos tartar dan letak patty ikan
4. Kemudian siap untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 35minit
Cara memasak : Bakar dan gril
Keistimewaan : Sesuai dihidangkan dalam jamuan petang dan koktail.
Jenis masakan : Burger
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Ikan dory usah dimasak lama supaya patty ikan tidak kering
4. ÉCLAIRS UDANG
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk eclairs:
- 300gm tepung gandum
- 200gm mentega
- 500ml susu segar
- 4 biji telur
- Garam secukup rasa
Bahan inti (sos krim masam) :
250ml krim masam
5gm daun ketumbar | dicincang
60ml sos cili
4-6 ekor udang telah digoreng
CARA MEMASAK :
Cara masak éclair:
1. Ayak bersama tepung dan garam.
2. Kemudian masukkan mentega kedalam periuk yang sudah mendidih pada api sederhana.
3. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi dan kacau dengan cepat selama 3 Minit sehingga bentuk doh. Masukkan susu segar.
4. Masukkan telur satu demi satu dan kacau dengan sebati.
5. Selepas itu,masukkan ke dalam beg piping dan picitkan pada dulang pembakar dengan cara memanjang.
6. Bakar Eclairs di ketuhar suhu 180c dan bakar selama 30 minit atau sehingga keemasan dan dimasak.
7. Kurangkan haba hingga 160°C dan bakar selama 10 minit atau sehingga kering. Sejukkan dan potong memanjang dibelah dua.
Cara masak inti sos krim masam :
1. Masukkan krim masam,ketumbar dan sos cili kacau sehingga sebati
2. Sudah siap sapu pada eclair atas dan bawah sehingga Rata.
3. Akhir sekali, selepas sapu inti krim masam kita buat eclair macam sandwiches dan letak udang.
4. Siap untuk dihidang
Saiz hidang : 6 ketul éclair, 3 orang
Waktu memasak : 30minit
Cara memasak : Bakar
Keistimew : Menu savoury sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera
Jenis masakan : Pastri choux
Anggaran kos : RM12
INFO CHEF ; Untuk membentuk udang, gunakan lidi pencucuk, dah masak jangan lupa buang lidi
5. TART UDANG
BAHAN-BAHAN :
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla
Bahan krim keju :
500gm krim keju
3 sudu teh perahan lemon
5gm parsli kering
100ml susu segar
CARA MEMASAK :
Cara buat kulit tart :
1. Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur dan air.
2. Putar lagi sehingga adunan sebati
3. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
4. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C sehingga masak.
6. Keluarkan kulit tart mengunakan pengcungkil gigi jenis tajam tekan di tepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.
Cara buat krim keju :
1. Pukul krim keju sehingga kembang
2. Kemudian masukkan susu segar dan kacau sehingga rata
3. Bila sudah sebati masukkan jus lemon dan parsli kering dan kacau.
4. Bila siap adunan krim keju masukkan ke piping bag dan piping ke acuan tart tadi
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 30minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Inti udang goreng dengan sos krim keju memang amat lazat .
Jenis masakan : Pastri rapuh
Anggaran k : RM 13
INFO CHEF : Kalau udang hendak ranggup kita celupkan dengan tepung dan bread crumb dan goreng dalam 5 minit
Cara Buat Kek Beras & Masak Tteokbokki Homemade
Bagi peminat drama dan rancangan Korea, pasti biasa melihat menu Tteokbokki ni. Ia berupa sajian kek beras yang dimasak menggunakan sos pedas. Sangat popular di negara Kimchi. Di Malaysia, hidangan ini boleh dinikmati di restoran masakan Korea namun harganya agak mahal. Malah jika buat sendiri pun, bahan-bahannnya agak sukar didapati.
Istimewa bagi anda yang nak cuba menu ini, saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada di Malaysia je. Jom cuba!
RESIPI KEK BERAS & TTEOKBOKKI HOMEMADE
BAHAN KEK BERAS:
- 1 cawan tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- Secubit garam
- Sedikit minyak bijan
- Air suam
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Uli doh memanjang dan potong kecil.
3. Sapukan minyak bijan pada pinggan. Letak potongan kek beras dan kukus selama 5 minit.
4. Setelah siap dikukus, rendam kek beras ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalannya.
5. Ketepikan kek beras dan sedia untuk menyediakan sos Tteokbokki.
BAHAN KUAH TTEOKBOKKI:
- 3 ulas bawang putih – cincang
- Sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan pes cili giling
- Sedikit air
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- Gula
- 1 sudu teh stok ayam
(jika nak pedas, boleh masukkan sos pedas Korea) - Beberapa batang sosej – hiris
- Telur rebus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan pes cili giling, sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan stok ayam. Masukkan sos pedas Korea jika mahukan rasa Teokbokki yang pedas.
3. Kacau rata hingga sos likat dan mempunyai rasa pedas dan manis.
4. Kemudian masukkan Tteokbokki (kek beras) dan hirisan sosej ke dalam kuah. Masak selama beberapa minit.
5. Hidang Tteokbokki bersama telur rebus dan taburan biji bijan.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Minuman Campuran Herba & Rempah. Ada Khasiatnya…
Herba seperti serai dan halia memang mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Begitu juga dengan kulit kayu manis dan cengkih. Ni perkongsian dari Maria Bentalib mengenai campuran herba dan rempah yang dikatakan dapat menyihatkan tubuh.
Katanya ini lah minuman yang boleh menjadi petua meredakan atau menghilangkan sakit lutut, sakit sendi, angin mencucuk dengan menggunakan bahan mudah dan senang. Semuanya ada kat dapur kita aje. Kalau malas jugak tak tahulah nak kata apa.
Malah minuman ini juga dipercayai boleh menurunkan kencing manis dan darah tinggi.
MINUMAN CAMPURAN HERBA DAN REMPAH
.
BAHAN-BAHAN :
.
- 1 liter air
- 2 batang serai | dititik
- 1 batang kayu manis ceylon
- 7 biji cengkih
- 3 hiris halia
CARA PENYEDIAAN :
.
1. Rebus kesemua bahan dalam satu liter air.
.
2. Rebus selama 20 minit dan tutup api.
Minum bila dah suam suam dua kali sehari. Insya Allah boleh menyihatkan tubuh.
.
Kredit : Maria Bentalib
JIKA ANDA GEMAR MEMBELI SECARA ONLINE, DAPATKAN PERKAKAS ELEKTRIK DAN BARANGAN DAPUR SERTA KEPERLUAN RUMAH DENGAN MELAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA PETUA INI :
5 Herba & Makanan Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Mudah Aje DiCari