Kerap Disangka Wanita, Chef Ini Kreatif Hasilkan Donut Pelangi

Share

Bila sebut bab masakan, selalunya wanitalah yang kerap berkongsi resipi dan cara membuat menu lauk pauk atau kuih.

Namun kali ini, RASA kongsikan kisah seorang lelaki yang juga seorang chef, yang kerap disangka wanita dek kerana minatnya berkongsi resipi dalam group masakan di Facebook.

Che Azawimie Che Zahari, seorang chef di Hotel UiTM Dungun ini, suka memasak dan menjamu kawan-kawan makan dengan hasil masakannya.

“Saya memang jenis minat buat benda-benda macam ni. Selalu ada je idea dan kreatiti untuk hasilkan menu-menu baru.

“Bagi saya, nak buatnya mudah saja, sebab saya selalu buat deco kek. Jadi idea datang secara tiba-tiba. Try and error saja.

“Disebabkan selalu buat kek dan juga kuih, ramai juga yang ingat saya ni wanita. Siap ada panggil ibu lagi!

“Tapi bila jumpa depan-depan, customer akan minta maaf sebab ingatkan perempuan,” kata Che Azawimie yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Menyentuh tentang penggunaan pewarna dalam donut, Che Azawimie mempunyai pandangannya sendiri.

“Biasanya saya akan dapat pujian, kecaman tidak adalah. Tapi untuk donut berwarna, saya guna warna yang tidak terlalu terang. Contohnya, warna pastel.

“Kecuali untuk donut hitam yang saya pernah buat sebelum ini, itu tidak dapat dielakkan. Kerana hitam itu adalah campuran serbuk koko dan arang.

“Cumanya untuk golongan makcik lebih suka dengan donut asli, dan golongan muda akan suka dengan donut yang berwarna,” katanya.

 

DONUT PELANGI @ RAINBOW DOUGHNUTS

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung gandum @ tepung roti – beli online di sini
1 peket kecil yis – beli online di sini


1 sudu besar shortening
1 sudu teh gula – beli online di sini
1 sudu teh garam
1 sudu teh k-fine @ pelembut roti
Susu uht secukupnya
Perisa & pewarna

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan semua bahan kering ke dalam mixer.
2. Mix dan uli sampai jadi doh.


3. Masukkan susu sikit-sikit je. Kalau rasa doh tak melekat di tangan, kiranya doh sudah okay.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Bahagikan kepada 4 bahagian, warnakan dan perisakan setiap bahagian.
5. Kemudian, gelek satu per satu bahagian. Susun ikut warna pelangi.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Gelek lagi bagi nipis anggaran 2cm dan terap je. Lepas terap tu, baru rehatkan bagi ye kembang lagi.


7. Dalam anggaran 2 jam, doh donut sudah kembang dengan jayanya.
8. Kemudian, bolehlah digoreng. Pastikan minyak jangan panas sangat.


9. Bila digoreng, pastikan kena kacau selalu. Jangan biarkan, nanti hangit pula.
10. Bila dah masak, angkat dan toskan. Gaulkan dalam gula kastor ketika donut masih panas-panas.

Kredit: Che Azawimie Che Zahari

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff