Kerap Gagal Bisnes, Hutang Puluh Ribu, Wanita Ini Kembali Tersenyum Kedai Vendor Jual Dessert Sukses

Share

Orang kata, jiwa orang bisnes ni kental. Nampak ada betul kenyataan ini apabila pemilik nama Asmidar Hanan yang berasal dari Kelantan, tidak pernah serik berniaga walau banyak kali tersadung sehingga menanggung hutang puluhan ribu.

Pernah aktif berniaga dalam syarikat yang membuka bisnes sistem ejen namun dia kurang berpuas hati. Pernah juga membuka syarikat menyediakan servis menghantar parcel, namun entah di mana silapnya, kos ditanggung tidak berbaloi dengan untung.

“Saya pernah juga cuba jadi pemborong dan pengedar telur ayam tapi tak tahan dengan turun naik harga serta permintaan tidak menentu. Susah nak untung. Akhirnya, inilah yang saya buat iaitu menyediakan lokasi jualan bagi vendor di sekitar kawasan kediaman iaitu Hanan Khadeeja Vendors. Kedai saya ini lokasinya strategik. Justeru mudah menarik perhatian pelanggan asalkan produk yang dijual menarik hati pembeli. Selebriti Yoe Parey pun dah pernah sampai sini,” ujar Asmidar Hanan yang selesa dipanggil As.

Yoe Parey ialah jejaka dari Kelantan yang terkenal dengan lawak jenaka bersahajanya.

CEREWET DENGAN KUALITI

Sebelum mengambil produk vendor, As mengakui mencuba dulu produk tersebut. Jika kena dengan selera dia dan insan terdekat, barulah dia buat keputusan meletakkan produk itu di dalam kedainya.

Semakin hari, kedainya semakin mendapat perhatian masyarakat sekitar. Jualan produk-produk vendor semakin laris.

“Saya sangat bersyukur kerana ada vendor yang dah rasa duit bisnes lebih daripada gaji yang mereka dapat ketika bekerja dulu. Ada suri rumah yang mengakui pada awalnya hanya nak pendapatan sampingan saja. Namun nilai jualan banyak daripada yang disangka,” tambah As seronok berkongsi rezeki.

As mempunyai pelbagai perancangan jangka panjang untuk Hanan Khadeeja Vendors.

PELBAGAI DESSERT, PRODUK FROZEN & READY TO EAT

Menjadikan produk pencuci mulut atau dessert dan makanan sejuk beku sebagai daya tarikan, As ingin menjadikan Hanan Khadeeja Vendors sebagai one stop centre untuk masyarakat sekeliling mencari produk sedemikian. Malah kedai ini turut menyediakan makanan ready to eat seperti mihun sup, makaroni bakar, macaroni dan cheese, spageti dan daging harimau menangis.

Pelbagai kek dan manisan lain.
Meriah!

“Hanan Khadeeja Vendors mempunyai pelbagai kerepek ubi, biskut raya, kuih kapit, kerepek nangka, kerepek sayur, cocojar, sambal garing, popcorn dan baulu rangup. Pelbagai variasi kuih-muih untuk sarapan dan minum petang juga ada,” katanya yang mengakui kedainya ini lubuk makanan bagi sesiapa sahaja yang lapar.

Makaroni bakar.
Gebu betul!
Buat minum petang syok ni kan?
Haaaa pilih, pilih!

Tagline Dea masuk tok jupo jale tubik! sangat mencuit hati kerana membayangkan pelanggan yang masuk pasti terpesona dengan produk makanan yang dijual. Semuanya dijual menggunakan sistem pack and go, memudahkan pembeli untuk membawa pulang makanan yang dibeli.

“As turut menjual pelbagai produk sejuk beku misalnya kambing perap, popia carnonara dan keropok losong. Akan datang, As bercadang tambah freezer untuk meletakkan karipap frozen pula,” ceritanya yang mengimpikan lebih banyak freezer dalam kedainya untuk meletakkan lebih banyak produk jualan.

Mak oii sedap ni!
Pelbagai produk sejuk beku.
Yummy!
Durian crepe sentiasa jadi pujaan ramai.

ADA PEMBANTU CEMERLANG

Sebagai empunya binses, As akui pentingnya mempunyai pekerja atau pembantu yang bagus. Menurut As, dia bersyukur kerana mempunyai pekerja yang sangat membantu urusan kedainya.

“Saya suka ambil pekerja yang ada pendidikan tinggi sekurang-kurangnya diploma atau ijazah. Ini kerana saya boleh nampak beza cara mereka bekerja dan menyelesaikan task yang diberikan. Pekerja As sanggup susah payah dengan As. Alhamdulillah, kerjasama ini sangat memberangsangkan. Daripada As hanya mampu bayar gaji hari, kini As boleh bayar gaji bulan,” tambah As.

As mempunyai perancangan jangka panjang terhadap Hanan Khadeeja Vendor. Telah melalui banyak kegagalan, As tidak mahu mengulangi kesilapan demi kesilapan yang pernah menghantui dirinya lagi.

“As banyak tanggung hutang atas kesilapan bisnes lampau. As ingin selesaikan sedaya upaya dan jadikan Hanan Khadeeja Vendors ni lokasi bisnes terbaik dengan bisnes yang betul. Pengalaman lalu membuatkan As tak meletakkan harapan kepada sesiapa pun. Banyak kecewa. Kini As hanya letakkan segala harapan dan kebergantungan kepada Allah. Hasilnya As lebih tenang walau ada hutang puluhan ribu. As tahu Allah akan tolong As langsaikan hutang selagi As berusaha,” tambahnya menutup bicara.

HANAN KHADEEJA VENDORS

ALAMAT:
Lot 3829 Hadapan Petronas Manal 1,
17500 Tanah merah kelantan
(Menghadap Petronas Manal 1)

WAKTU OPERASI:
Buka setiap hari dari pukul 10 pagi – 8 malam

Sumber: facebook Asmidar Hanan dan Hanan Khadeeja Vendors

Published by
Maryam Elyas