SempenaTahun Baru Cina ini, Chef Patrick Eg, Ekskutif Chef dari Tung Yuen Restaurant, Bluewave yang sudi berkongsi resipi istimewa Ikan Kerapu Dua Rasa. Satu ikan dimasak untuk dua menu berbeza, boleh ke? Tak ada yang pelik, anda wajib cuba menu istimewa ini.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerapu | saiz besar
1 mangkuk kecil kerabu mangga
200gm tepung gandum
Serbuk perasa ayam secukupnya
1 biji telur
Garam halus secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
BahanTumisan:
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan batang leak
Sedikit kacang pis | potong dua
BAHAN LAIN:
Bakul Suhun
Kerabu Mangga
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Bersihkan ikan, kemudian asingkan isi ikan di kedua-dua belah menggunakan pisau tajam.
Ads
LANGKAH 2 : potong dadu isi ikan.
LANGKAH 3: Panaskan minyak, gaulkan rangka ikan dengan sedikit garam, serbuk perasa ayam dan tepung, kemudian goreng garing. Ketepikan.
LANGKAH 4: Gaulkan separuh isi ikan dengan garam, serbuk perasa ayam, dan telur. Kemudian gaulkan dalam tepung gandum dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Ads
LANGKAH 5: Sebahagian isi ikan tadi, gaulkan dengan garam dan serbuk perasa ayam. Goreng seketika, angkat dan toskan.
LANGKAH6: Panaskan sedikit minyak tumiskan hirisan batang leak, lobak merah dan kacang pis. Kemudian masukkan isi ikan yang digoreng tanpa tepung tadi,
Ads
LANGKAH 7: Angkat dan masukkan dalam bakul suhun yang telah siap di dalam pinggan bersama rangka tulang ikan tadi.
LANGKAH 8: Susun isi ikan goreng tepung tadi di sisi luar bakul. Kemudian tuang Sos Cili Thai.
LANGKAH 9: Letakkan Kerabu Mangga di atasnya dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Gunakan pisau tajam untuk memotong ikan, kemudian gunakan minyak yang banyak dan api besar untuk menggoreng rangka dan isi ikan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasanya bila buat Sambal Tempoyak, anda akan guna cili padi. Tapi menerusi perkongsian saudari Fairuz Abu Hassan beliau menunjukkan cara-cara membuat Sambal Tempoyak Petai Bilis yang sedap menggunakan cili besar. Ha…Walaupun stok cili padi tiada di rumah, masih boleh masak sambal sedap ni tau. Bolehlah cuba. Pasti makan nasi bertambah-tambah.
CARA MASAK SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN: Tempoyak 8 biji cili besar – dikisar 7 biji bawang merah – dikisar – beli online disini 4 ulas bawang putih (ambil yang kecil sahaja untuk elak lebih rasa bawang putih) – dikisar – beli online disini Petai yang siap dikupas Ikan bilis yang telah digoreng – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak gorengan ikan bilis tadi.
2. Masak sampai agak-agak kering. 3. Masukkan tempoyak. Gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
5. Masak sambal hingga pekat. Siap dan sedia untuk dihidang.
6. Jika mahukan sambal yang kelihatan berminyak, boleh masukkan lebih sedikit minyak masak sewaktu menumis.
Anda ada tip masakan warisan turun temurun? Jom kongsi dengan kami dan rebut peluang menang wang tunai RM500! Mana tahu rezeki anda kali ini. Jom daftar dan kongsi tip anda sekarang!
Sup antara menu paling digemari setiap kali tibanya Aidil Adha, selain mudah disediakan sup juga lebih segar bila dinikmati. Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi. Kepada anda yang menggemari sup, kali ini RASA bawakan lapan jenis sup dari sup tulang rawan, ekor, gear box, rusuk, mahupun keting keting.
Wau sedapnya kalau ditambah dengan sedikit sambal kicap. Memang berpeluh menghirup kuahnya. Apa lagi cubalah salah satu sup yang berkenan.
.
SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rawan
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 batang serai | titik
Daun sup secukupnya | hiris halus
Daun bawang secukupnya | hiris halus
Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
Sup sedia untuk dihidang.
SUP URAT KETING BAHAN-BAHAN:
1kg urat keting
3 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRIS:
4cm halia
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
BAHAN LAIN:
Daun sup | hiris
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
Sambal kicap
CARA MEMASAK:
Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.
Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.
Setelah urat keting lembut dan kuah secukup rasa, tutup api.
Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Hidangkan panas=panas.
.
SUP TULANG MERAH SINGAPURA BAHAN-BAHAN: Bahan Direbus Sekali:
2kg tulang kambing dengan isi | dicuci bersih dan toskan
4cm halia | dihiris nipis
6 ulas bawang putih | dititik
1 sudu makan garam
Bahan Rempah Penumis:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
Bahan Kisar:
3 biji bawang besar
15 biji bawang merah
5cm halia
12 ulas bawang putih
Bahan Lain:
5 biji kentang | kupas dan belah empat
1 batang lobak merah | dipotong kiub
3 biji tomato merah | dipotong dadu
2 biji bawang besar | dpotong dadu
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan penuh tomato pure
2 sudu makan sos tomato
1sudu makan kicap masin
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan satu cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit pewarna merah
Hirisan daun ketumbar
Kacang pis | jika suka
Bawang goreng secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masukkan rempah penumis, tomato didadu.
2. Diikuti bahan kisar, kacau hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan masak timbul minyak.
4. Seterusnya tambah tomato puri dan sos tomato, kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit.
5. Masukkan tulang kambing, gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih.
6. Masukkan kentang, bawang besar dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk.
7. Tambahkan pewarna merah, garam, gula, kicap, kacang pis dan daun ketumbar.
8. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
2 ketul gearbox | rebus hingga empuk
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah sup
Garam dan perasa secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 ulas buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan rempah sup dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata dan masukkan sedikit air, biarkan tumisan rempah pecah minyak baru masukkan gearbox bersama air rebusanya ke dalam periuk.
Setelah mereneh, perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan perasa secukupnya.
Apabila cukup rasa, tutup api dan sup sedia dihidangkan.
.
SUP DAGING ALA MAMAK BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
.
SUP EKOR SPECIAL BAHAN-BAHAN:
400gm ekor | bersihkan dan rebus ¾ masak
400ml air rebusan ekor
1 biji tomato | belah 4
1 batang saderi | potong
1 batang serai | titik
5 tangkai cili padi | ketuk
1 keping asam gelugur
2 inci lengkuas
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali ekor.
2. Masukkan air rebusan ekor tadi ke dalam periuk dan didihkan.
3. Biarkan kuah sup mendidih seketika dan masukkan ekor dan tutup api.
4. Angkat dan sedia dinikmati panas.
.
SUP TULANG RUSUK BAHAN-BAHAN:
400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk
400ml air rebusan tulang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
50gm rempah sup
2 inci halia | hiris tebal
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang rusuk.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
Telur Dadar sememangnya antara hidangan kegemaran ramai. Menu yang cepat, mudah dan ringkas. Jom kita olah dengan menambah keju pada hidangan ini. Pasti lebih enak dan mengenyangkan. Nak lebih sedap, gunakan Anchor Cheese Slice. Keju yang diperbuat daripada susu dari New Zealand ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping Anchor Cheese Slice
5-6 biji telur size besar
75gram Anchor Cooking Cream
30gram Anchor Unsalted Butter
½ cawan parutan lobak merah
½ biji cincangan bawang besar
1 batang daun bawang – cincang
1 biji cili merah – cincang
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama Anchor Cooking Cream hingga sebati. Tambah garam dan lada sulah secukupnya.
Masukkan parutan lobak, cincangan bawang besar, cincangan daun bawang dan cili merah. Gaul sebati.
Panaskan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper non stick. Tuang bancuhan telur tadi lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian.
Letakkan kepingan Anchor Cheese Slice di atas telur dadar dan biarkan 2-3 minit di atas api hingga keju cair sedikit. Tabur lebihan cincangan daun bawang untuk hiasan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.