Pernah cuba makan Kerepek Biji Durian? Musim durian tengah banyak ni bolehlah cuba buat kerepek unik ni. Biasanya isi durian sahaja kita makan. Bijinya dibuang. Kali ni boleh simpan biji dan sediakan kudapan ringan yang enak ini. Cara penyediaan Kerepek Biji Durian cukup mudah malah tidak menggunakan banyak bahan pun. Buat sambil santai-santai di waktu petang. Sseronok! Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Rozana Hashim AsSalihin. Pasti puas hati.
RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Biji durian
Air garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan biji durian. Jika rajin, boleh kikis kulit berwarna coklat. Jika tidak, boleh dibiarkan sahaja. Rendam biji durian dalam air garam semalaman.
2. Keesokkannya, sagat biji durian nipis-nipis.
3. Bila siap disagat, biarkan biji durian tadi selama 1-2 jam. Kemudian boleh goreng dalam minyak menggunakan api sederhana perlahan. Hirisan biji durian agak mengambil masa untuk garing. Pastikan selalu dikacau.
4. Kerepek menunjukkan tanda-tanda sudah masak apabila ia berasa ringan ketika dikacau. Bolehlah angkat dan toskan minyaknya.
5. Sejukkan kerepek terlebih dahulu sebelum dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Rozana Hashim AsSalihin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Dendeng Sedap. Rencah Semua Hiris Je Tak Perlu Kisar
Resipi Burasak. Sajian Tradisi Orang Bugis Yang Sangat Sedap
Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas. Resipi Lauk Mudah Untuk ‘Lunch’
Kuih Bingka Pandan Sedap. Resipi Gerenti Jadi & Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Siang Ikan Siakap, Cubalah Resipi Ikan Siakap Masak Asam Ni.
Ikan siakap tulangnya keras. Kalau nak sedap makan elok dibuang tulangnya dahulu. Tulang ikan siakap ni besar dan keras, kalau dah tak de tulangnya taklah kita bimbang anak-anak tercekik tulang.
Ni RASA kongsikan cara-cara membuang tulang ikan siakap dengan teknik yang betul. Perkongsian dari laman dapurkakyah. blogspot.com.
1. Menggunakan pisau yang tajam, rapatkan mata pisau di sebelah atas tulang utama ikan dan potong memanjang sepanjang atas tulang ikan tersebut(pastikan jangan sampai terbelah belakangnya)
2. Proses yang sama, lakukan cara yang sama untuk bahagian tulang di sebelah bawah pula(untuk memudahkan ubah kedudukan ikan tersebut..lihat kedudukan kepala ikan untuk gambar atas dan yang ini.
3. Menggunakan gunting khas(guna pisau pun boleh..) potong bahagian bawah tulang utama tersebut.
4. Lakukan cara yang sama untuk bahagian atas tulang tersebut
5.Tarik tulang tersebut..kalau susah untuk tanggal gunakan gunting untuk menanggalkan bahagian yang melekat tersebut.
6. Mudahkan dah pun boleh tertanggal kesemua tulang yang memanjang tersebut.
7.Menggunakan alat mencabut tulang guna playar(plier)…guna pisau pun boleh tapi berhati-hati jangan terkena jari.Selepas itu pastikan tulang-tulang dibuang kesemuanya.
8. Akhirnya menggunakan gunting atau pisau potong ekor, sirip dan apa-apa yang patut..
Dan bersihkan dengan melumur dengan asam jawa dan cuci dengan air bersih akhirnya…
Haa..ikan dah pun siang, ni min kongsikan resipi Ikan Siakap Masak Asa.. Elok juga untuk orang berdiet. Sempena Tahun Baru Cina, ni rmenu hidangan raya Cina tau. Bolehlah cuba…
MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100 gm bawang putih
- 100 gm bawang besar
- 50 gm Serai
- 100 gm Lada Merah
- 150 gm Cili Boh
- 5 keping asam keping
- 50 gm Asam Jawa
- 50 gm Air Limau Nipis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan-bahan ikut citarasa ( dipotong kasar & digoreng sekejap saja):
- Kacang Panjang
- Kacang Bendi
- Tomato
- Bawang Besar
- Lada Merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning
2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa & garam secukup rasa
3. Campur sedikit air jika rasa agak kering.
4. Masukkan Ikan siakap yang di kukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.
7 Panduan Asas Goreng Bihun Untuk ‘Beginner’. Hasilnya Comfirm Buat Anda Kagum.
Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu ‘fail’ nak masak. Ada je bihun keras la, bihun lembik macam bubur lah. Tawar lah. Memang macam-macam. Jom lihat panduan basic untuk memasak bihun agar elok sempurna.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
2. Rendam Dengan Air Biasa
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
3. Jangan Banjirkan Kuali
Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur.
Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
4. Gaul Dengan Lemah Lembut
Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
5. Tambah Garam Gula. Jangan Biar Tawar Heber
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
7. Guna Sudip Bersesuaian
Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
5 Jenis Pai Inti Pedas Sedap & Senang Membuatnya.
Anda suka pai yang berinti pedas, ini RASA kongsikan lima jenis pai yang sangat mudah disediakan dengan inti pedas, Memang kena dengan tekak orang Malaysia yang suka pedas. Risau tak pandai atau malas nak menguli tepung, beli je pastri puff segera, banyak dijual di pasaraya. Korang cuma sediakan inti je. Kalau ada sambal atau rendang lebih bagus jadikannya sebagai inti, lagi jimat.
PAI DAGING
BAHAN-BAHAN:
PASTRI:
- 250gm tepung gandum
- 180gm mentega | lembutkan
- 80gm yoghurt
- 1biji kuning telur
- Secubit garam
BAHAN A:
- 300gm daging kisar
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 batang saderi
- 1 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh lada hitam
BAHAN B:
- 100gm kentang | potong dadu dan rebus
- 150gm mix vegetables
- 60 gram cendawan butang | hiris
- 1 ulas bawang merah | hiris
- 1 biji bawang besar | potong dadu
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt.
- Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh.
- Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
- Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
- Sementara itu, panaskan kulai non stick, masukkan bahan A, kacau rata hingga daging masak.
- Kemudian tutup api dan masukkan saderi dan gaul sebati. Ketepikan.
- Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang merah dan bawang besar hingga wangi sebelum masukkan cendawan, mix vege dan kentang.
- Setelah semua bahan siap, panaskan ketuhar pada suhu200C.
- Canai kulit pai dan letak dalam acuan pai, kemudian masukkan inti daging tadi,
- Canai kulit pai untuk tutup bekas pai. Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya meniadi pelakat pastri.
- Hiris lebihan kulit pai dan kelim pastri Sapu telur ke atas pastri pai.
- Bakar selama 20 minit atau sampai keperangan.
- Pai sedia dihidangkan.
PAI CHOWDER KUPANG DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ulas bawang merah
- 2 keping daging bacon | dicincang halus dan goreng tanpa minyak
- 1 sudu makan mentega
- 2 biji kentang | potong dadu dan direbus
- 300ml stok ayam
- 2 sudu makan susu UHT
- 100gm kupang
- 100gm udang | buang kulit
- Kulit puff pastri segera
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega, tumis bawang merah dengan daging bacon hingga naik bau.
- Masukkan kentang, stok ayam, susu dan kupang. Masak lebih kurang dua minit.
- Seterusnya tambahkan udang. Perasakan sedikit garam
- Tuang inti ke dalam mangkuk casserole bulat untuk acuan pai, sapu telur di mulut mangkuk pai, tutup bekas dengan puff pastri.
- Sapu puff pastri dengan telur dan tabur serbuk parsli.
- Bakar 200C selama 20 minit.
- Pai sedia dihidangkan panas-panas.
PAI COTTAGE
BAHAN-BAHAN:
Kentang Lenyek:
- 6 biji kentang | buang kulit dan rebus
- 200 ml susu
- 25gm mentega
- 150gm keju cheddar
- Sedikit garam dan lada sulah
- Inti Pai :
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 200gm daging cincang
- 2 batang saderi
- 2 ulas bawang putih
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan tomato puri
- 100ml stok daging / 1 kiub daging
- 3 sudu makan sos Lea & Perrins
- 1 sudu teh serbuk Thyme
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Untuk kentang lenyek masukkan mentega, susu, keju, garam dan lada sulah. Ketepikan,
- Sediakan inti: Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga wangi, kemudian masukkan daging cincang, kacau rata.
- Seterusnya masukkan tepung gandum, tomato puri, sos lea &perrins, serbuk Thyme dan daun bay.
- Kacau rata dan perasakan dengan stok daging, garam dan daun saderi.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan ketepikan.
- Masukkan inti pai di dalam mangkuk casserole kecil , kemudian tutup permukaan dengan adunan kentang tadi.
- Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.
- Setelah masak, pai sedia dihidangkan.
PAI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 400gm isi ayam
- 1 1/2 cawan susu
- 1 kiub ayam
- 1 sudu teh serbuk Thyme
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- sedikit lobak mera dipotong dadu
- 1 batang saderi dipotong
- 1 biji bawang putih dihiris
- 50 gm mentega
- 50gm tepung gandum
- 50gm keju parmesan
- 1/2 cawan kacang pis
- Puff Pastri segera
CARA MEMASAK:
- Panaskan susu atas api sederhana, masukkan kiub ayam dan serbuk Thyme. Masukkan ayam dan masak 10 min. keluarkan dan carik ayam. ketepikan.
- Panaskan mentega, tumis bawang besar bawang putih, lobak merah, saderi. Kacau rata.
- Seterusnya, masukkan tepung, lebihan air rebus ayam tadi. Masak sampai kuah hampir pekat.
- Kemudian masukkan keju, ayam yang dicarik dan kacang pis. Gaul sebati dan sejukkan inti.
- Letakkan inti dalam mangkuk casserole bulat kecil, sapu sedikit telur dimulut mangkuk casserole, kemudian tutup dengan puff pastri.
- Sapu telur atas permukaan puff dan bakar 180C selama 20 minit.
- Pai sedia di hidangkan.
PAI BAWANG DAN KEJU
BAHAN-BAHAN:
PASTRI:
- 250gm tepung gandum
- 180gm butter | lembut
- 80gm yoghurt
- 1 biji kuning telur
- Secubit garam
INTI:
- 1 biji kentang | potong dadu dan rebus
- 2 biji bawang besar | hiris nipis
- 1 sudu makan tepung gandum
- 50ml susu penuh krim
- 50 ml susu UHT cream
- 150gm keju Cheddar
- 1/2 sudu teh English Mustard
- 1/2 sudu teh Cayenne pepper
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk inti: Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yogurt. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Seterusnya tambahkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh. Jika terlalu lembut, tambah sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
- Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
- Canai doh dan terap ke acuan pai. Bakar sebentar dengan suhu 180C selama 15 minit.
- Untuk inti: Rebus bawang besar sampái lembut. Kemudian tapis.
- Masukkan bawang dalam periuk, campurkan dengan susu penuh krim susu UHT dan tepung gandum, kacau rata di atas api sederhana.
- Seterusnya masukkan pula kentang, keju, mustard, serbuk cayenne, garam dan lada sulah. Kacau hingga pekat.
- Tuang adunan ke dalam acuan pastri dan bakar dengan suhu 200C selama 20 minit.
- Setelah masak, pai sedia dihidangkan.