Kerepek Kentang Rangup Leka Makan

Share

Menikmati kerepek sungguh melekakan. Sebalang menghadapnya pun habis. Nak puas makan lebih baik buat sendiri. Ini min kongsi cara mudah buat kentang goreng.

BAHAN-BAHAN:-


3 BIJI KENTANG
2 SUDU MAKAN CUKA
500ML AIR
SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI
SEDIKIT PERENCAH PASTI SEDAP KNORR
MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA MEMASAK:
1. HIRIS KENTANG NIPIS2 MENGGUNAKAN PISAU BUAH
2. DIDIHKAN AIR BERSAMA CUKA TERLEBIH DAHULU. KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN KENTANG TADI. PERLAHANKAN API. BIAR SELAMA 3 MINIT.
3. ANGKAT DAN CUCI KENTANG TERSEBUT DAN TOSKAN SEBELUM MENGGORENG.
4. PANASKAN MINYAK. GORENG DENGAN API SEDERHANA BESAR. BILA NAMPAK KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN .
5. TABUR SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI DAN PERENCAH PASTI SEDAP KNORR ATAU APA2 PERENCAH YANG ANDA SUKA.

Perkongsian Drpd: Annie Roslan

Published by
Putri