
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekejap Je Dah Siap, Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Untuk juadah minum petang, sedap dapat makan cucur kucai bersepah rangup di luar lembut di dalam.
Lagi-lagi bila di dapur ada banyak lagi sayur kucai, bolehlah masukkan daun kucai secukup. Jom kita buat cucur kucai dengan resipi mudah oleh Umi Watie.
CUCUR KUCAI RANGUP

BAHAN-BAHAN:
¼ cawan tepung gandum – beli online di sini
¾ cawan air panas (yang mendidih ye)
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
Daun kucai secukupnya | dihiris
Udang (ikut suka nak banyak mana)
Lobak merah | diparut – beli online di sini
Bawang merah | dihiris – beli online di sini
Garam
1 cawan air
TONTON Roti Pintal Kurma | Dapur Rasa Live
TONTON Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Mula-mula kita buat bahan base dulu. Bancuhan Tang Zhong kalau untuk buat roti tu. Kira nanti roti kita lembut tanpa bahan pelembut.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Campurkan 1/4 cawan tepung gandum dan 3/4 cawan air panas menggelegak. Air panas tadi jangan masuk semua sekali tau. Isi sikit-sikit. Dia memang bergentel bila bubuh air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu.
3. Bila dah siap bahan base, masukkan tepung gandum, daun kucai, udang ikut kemampuan, lobak merah ikut selera, bawang merah ikut suka dan garam untuk perasa.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Masukkan juga air biasa saja dalam 1 cawan.

5. Gaulkan sebati, tada dah siap. Rehatkan 5 minit. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap, Mudah & Lebih Sihat. Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Puding Trifle Sedap & Senang, Tapi Dalam Versi Cup

Sebut sahaja resepi puding trifle,terus terbayang dalam kepala keenakan lapisan kek gulung yang dilapisi dengan tepung kastard serta rasa masam manis buah koktail.
Namun kali ini, kita buat versi dalam cup pula. Senang nak ambil makan sambil bersembang bersama jiran kan.
Jom kita cuba ikut resipi daripada Yusma Mustafa ini.
PUDING TRIFLE VERSI DALAM CUP

BAHAN-BAHAN:
1 biji kek swiss roll (pilih warna hijau perisa pandan)
1 kotak jelly (brand nona pilih kotak warna merah perisa strawberi atau raspberi)
1 tin buah koktel
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
1 cawan air
TONTON Makan Di Mana Ep 18: Ubah Selera, Perkena Menu Western…
TONTON DAPUR RASA- PROJEK AIR TANGAN EMAS BERSAMA MAGGI
ADUNAN KASTARD:
1 tin susu cair – beli online di sini
1 cawan tepung kastard – beli online di sini
1 cawan air (nak cair sikit, air masukkan 2 cawan)
½ cawan gula – beli online di sini
*kacau tanpa henti guna api kecil sampai likat, berkilat dan keluar letup-letup.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA BUAT:
1. Potong kek swiss roll, kemudian isi dalam cup. Terpulang nak potong tebal mana. Agak-agak ¼ tinggi cup tu sedang elok saja.
2. Kemudian, tuang adunan kastard.
3. Tapiskan air buah koktel. Kemudian susun buah koktel di atas lapisan kastard. Tekan-tekan sikit buah koktel guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.

4. Tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni, campurkan serbuk jelly dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Kalau guna dua kotak, hanya gandakan kuantiti air. Kena tuang perlahan-perlahan atau ceduk guna senduk sebab nak elak buah koktel tu terapung-apung.

5. Tutup cup dengan penutup. Simpan dalam chiller. Lagi sejuk lagi sedap.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
*Kalau tak nak guna buah koktel, boleh je ganti dengan buah tin lain, macam buah pic, buah laici, buah longan.
*Bahan dan cara buat sama kalau guna bekas atau loyang.
*Resipi ni boleh dapat 25 cup pendek dan kecil yang biasa orang guna buat dadih tu. Saya gandakan resipi sebab nak buat 50 cup.
Kredit resipi: Yusma Mustafa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Kerabu Sotong Yang Sedap & Cukup Segala Rasa

Sotong juga sedap dibuat kerabu selain dimasak sambal atau gulai. Ditambah dengan mangga muda, memang cukup segala rasa. Anda boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Khadijah Jaafar ini. Selamat mencuba.
KERABU SOTONG

BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor sotong saiz sederhana
- 2 biji buah pelam muda | diracik halus
- 1 batang daun ketumbar | dihiris kasar
- 1/2 biji bawang besar merah | dihiris nipis
- 1/2 biji bawang besar holland | dihiris nipis
- 1 biji cili merah/4 tangkai cili padi merah | dihiris
- 1 biji cili hijau/4 tangkai cili padi hijau
- 10 biji tomato ceri | dibelah dua
- 1 peket kecil suhun
BAHAN SOS:
- 3 sudu besar sos ikan
- 1 1/2 sudu besar gula perang
- 2 biji limau nipis | diambil jus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan sotong dalam 5 minit. Angkat dan toskan supaya sotong kering.
2. Dalam air rebusan yang sama, celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.

3. Kemudian, hiris pelam muda, batang daun ketumbar, bawang merah, bawang holland, cili padi dan cili besar.

4. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar supaya mudah dikacau.
5. Satukan bahan sos dan tuangkan ke dalam bekas.
6. Rasa dan sesuaikan mengikut selera anda. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
Anda mencari FOOD STEAMER dengan harga yang berpatutan? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kari Sotong Sesedap Restoran Mamak. Boleh Makan Sampai Licin Pinggan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

