Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sup Telur Chinese Style Ala Hotel, Makan Panas-Panas Gerenti Puas
Makan malam nanti teringin nak menikmati sup telur Chinese Style. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel. Jomlah kita buat. Siapa yang tak sedap badan, dah makan sup ni pasti berpeluh. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera.
Sup Telur Chinese Style
Bahan-bahan:
Bawang putih (cincang halus)-beli online di sini
Halia (cincang halus)-beli online di sini
Kiub pati ayam (tiada MSG)
Filamen ketam (dihiris nipis)
Telur ayam (dibancuh)
Tepung jagung (dibancuh)-beli online di sini
Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL HONEYCOMB 38CM IH NON-STICK WOK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
- Panaskan air di dalam periuk, masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
- Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
- Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
- Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka dan sesudu kecil kicap pekat.
- Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.
Kredit: Zurina Zulkefli
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Apam Koko Gebu Hanya Guna 4 Bahan
Hari ni minum petang kita buat menu yang simple jer. Bahan-bahannya pun senang nak dapat dan mungkin ada di setiap rumah. Kita guna hanya empat bahan nak buat apam koko ni.
Apam koko
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula(boleh tambah)
4 sudu besar serbuk koko
½ sudu besar yis segera
1 1/2 cawan air
Cara membuat:
1.Ayak tepung dan koko,masukkan gula,yis dan akhir sekali air jadikan adunan yang licin.
2.Perap lebih kurang satu jam atau hingga naik, adunan agak pekat.
3.Sapu minyak pada acuan kecil, kukus api besar selama 15 minit.
*apam tahan sehingga 2 hari simpan di tempat yang bertutup.
Kredit: Zahrah Juli
Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang
Hanya Kisar Guna Blender, Ini Resipi Apam Pisang Yang Sedap & Gebu
5 Menu Sihat Sajian Barat… MFA College Kongsi Resipinya
Dalam apa jenis masakan pun jika mahu jadikan ia menu sihat dan rendah lemak, kena bijak memilih bahan ramuannya. Pilihan memanggang, mengukus, membakar adalah antara teknik yang boleh mengurangkan kandungan lemak.
Nak tahu apa resipi sihat dari sajian barat ni, jom semak resipi dari Chef Hazieyanti Soegijono dan Che Haziq Masran dari MFA College ini.
1.BAKED CHICKEN FAJITA ROLL UP
BAHAN-BAHAN :
- 1 keping dada ayam
Bahan untuk perap :
- 2 sudu makan minyak zaitun
- ½ sudu teh jus limau
- 1 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1 sudu teh serbuk paprika
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh serbuk cayenne
- ½ sudu teh daun ketumbar (cincang halus)
Bahan untuk ayam:
- ½ biji lada benggala merah | di hiris
- ½ biji lada benggala hijau | dihiris
- ½ lada benggala kuning | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan perap dan kacau.
2. Perap ayam dengan kesemua bahan perap selama 3- minit .
3. Setelah selesai perap masukkan lada benggala dan gulung ayam bersama lada benggala.
4. Bakar selama 25 minit sehingga 30 minit dengan suhu 180°c dengan ayam dalam keadaan dibungkus dengan aluminium foil
5. Siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak :Bakar
Jenis masakan : Lauk utama, ayam
Keistimewaan : Ayam bakar digulung dengan isi lada benggala
Info Chef : Bagi mengelakkan dada ayam dari kering, balutkan dengan kertas aluminium masa membakar.
2. FISH AND CHIPS WITH YOGURT SAUCES
BAHAN -BAHAN :
- ¾ cawan serbuk roti
- 1 biji telur
- ½ cawan tepung gandum
- ½ sudu teh lada hitam
- ½ sudu teh lada putih
- 1 keping ikan dori
- 1 biji kentang
Bahan untuk membuat sos yogurt :
- 1/2 cawan yogurt
- ½ batang timun jeruk
CARA MEMASAK :
1 .Campurkan lada hitam, lada putih ke dalam ikan dori. Kemudian salutkan sengan tepung, telur, dan serbuk roti.
2. Kemudian bakar bersama kentang selama 15 minit sehingga 20 minit dengan suhu 150°c
3. Sementara itu buat sos yogurt. Cincang timun jepun dan campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata
4. Sajikan ikan dori bersama kentang bakar dan sos yogurt tadi.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak :Bakar
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Ikan dori bakar yang manis dan rangup
Info Chef : Kalau tak nak salutkan dengan serbuk roti, anda boleh juga menyalut dengan oat sahaja. Oat mengandungi khasiat yang boleh membantu kawalan kolestrol.
3. BROCCOLI SOUP
BAHAN-BAHAN :
- ½ biji broccoli
- ½ kentang
- ½ batang saderi
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu makan minyak canola
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak canola di dalam kuali.Tumiskan semua bahan, masukkan air dan biarkan empuk.
2. Kemudian biarkan ia sejuk dan kisar hingga halus
3. Masukkan semula ke dalam periuk dan masak 5 minit sahaja.
4. Masukkan susu segar rendah lemak dan tutup api. Kacau rata..
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 5 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh sebentar
Jenis masakan : ‘Appetizer’
Keistimewaan : Sup brokoli pembuka selera yang enak
Info Chef : Brokoli kaya dengan serat, sayuran hijau ini boleh meningkatkan vitamin D dan mempunyai C, B6, A, E dan K yang diyakini boleh mencegah kanser dan menurunkan kolestrol.
4. APRICOT CHICKEN WITH BALSMIC VINIGER
BAHAN -BAHAN :
- 3 biji buah aprikot kering
- ½ biji bawang Holland
- ½ cup cuka balsamik
- ½ sudu teh bahan perasa
- Air secukupnya
- ½ sudu teh paprika
- ½ sudu kecil jintan putih
- 1 keping dada ayam
CARA MEMASAK :
1. Perapkan dada ayam dengan paprika,jintan putih dan bahan perasa
2. Panggang ayam yang telah perap selama 10 minit
3. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius. Letakkan dalam bekas hidangan.
4. Tumiskan bawang Holland. Kemudian masukkan cuka balsamik
5. Tambah sedikit air kemudian masukkan bahan perasa.
6. Campurkan ayam ke dalam periuk dan gaul sehingga rata
7. Siap untuk dihidangkan bersama buah aprikot
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang dan bakar dalam oven
Jenis masakan : Lauk utama, ayam
Keistimewaan : Ayam panggang berjus dengan rasa masam dan pedas
Info Chef : Cuka balsamik ialah hasil penapaian anggur dan memberikan rasa masam dalam masakan. Polifenol dalam cuka balsamik mampu mengurangi kemampuan kolesterol jahat LDL yang menjejaskan kesihatan.
5. CHILI-GARLIC GRILLED CHICKEN WITH AVOCADO SALSA
BAHAN-BAHAN :
- ½ sudu teh kepingan cili (chillies flakes)
- ½ biji bawang
- ½ sudu teh paprika
- ½ sudu teh cumin
- ½ sudu teh garam
- ½ biji tomato
- ½ biji bawang merah
- ½ sudu teh daun ketumbar
- ½ sudu makan jus limau
- 1/2 biji buah avokado (separuh masak) | potong dadu kecil
- 1 keping dada ayam
CARA MEMASAK :
1. Perapkan dada ayam dengan paprika, jintan putih cumin, kepingan cili dan bahan perasa.
2. Panggang ayam selama 10 minit , kemudian bakar di dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 20 minit.
3. Sementara itu buat avocado salsa. Potong avocado, tomato dan,bawang dadu kecil
4. Masukkan daun ketumbar dicincang dan masukkan jus limau
5. Gaulkan semua dan letakkan di atas ayam yang telah di panggang
6. Siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang dan bakar dalam oven
Jenis masakan : Lauk utama, ayam
Keistimewaan : Ayam panggang berjus yang enak dimakan bersama avokado
Info Chef : Sajian sihat kaya dengan serat dan kandungan potassium. Jika avokado lebam rendamkan dengan air garam.
RESIPI : CHEF HAZIEYANTI SOEGIJONO DAN CHEF HAZIQ MASRAN
TERIMA KASIH : CHEF DATO MOHD FARID ALWI, MFA COLLEGE (MALAYSIA FOOD (AUTHENTIC) COLLEGE,Unit C-1-28 Blok C Pangsapuri Spring Villa, Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor .
mfaeducation.college@gmail.com